Peristiwa dan Pengajaran



gambar hanya sekadar hiasan semata-mata


Kecik baru mandi seusai balik keje *wah sastera megah pulak pagi-pagi ni kan. Actually kecik nak berkongsi apa yang terjadi pagi tadi. Tak de apa pun yang menarik. Cuma sekadar nak direnungkan bersama buat pengajaran kepada kita semua. 


Dalam pukul 2 lebih tadi rasanya ada seorang perempuan ni. Hantar surat resume dekat 7E. Lu tengok muka dia dengan gaya dia memang tak caya yang dia ni ada kelulusan. Siap dapat tawaran jadi pengurus dekat pizza hut pulak tu. Huyyo. Memang respect gila dekat dia. 


Dia pinjam kredit kecik sebab nak suruh ayah dia call dia balik. Dia acah-acah gangster tapi agak nampak kebiadaban dia jugak sebab cara dia bercakap dengan ayah dia. Orang lain akan pandang dia macam tak betul.


Kecik pun ada perasaan yang sama jugak macam orang lain. Macam dia gila pun ada jugak. Dengan hisap rokok nye dengan serabai nye. Dengan bajet bagusnya. Tapi sikit pun tak percaya yang dia tu berkelulusan kod -_- . Okay cerita seterusnya. 


Time dia tengah buat sesi luahan perasaan dengan ayah dia, ada lah sorang pak cik ni datang naik beskal. Pakcik tu pakai baju kaler putih tapi terbalik. Nampak lah kesan jahitan dia dekat luar. Beg balik kampung dia letak dekat sit beskal dia. Ada plastik bungkus makanan yang dah habis katanya. Kesian pakcik tu. Dah makan ke belum ye?Berkopiah. Nampak alim. 


Datang dekat akak yang tengah sedap isap okok. Nak tanya jalan. Tengok kecoh kat luar, kecik pun join lah dua kaki nak tau lah apa yang berlaku kan? Pakcik tu cakap la dekat kitorang nak mintak tolong tanya jalan. Nak pergi rumah anak dia. 


Duduk dekat flat ape lah kan. Dekat area Seri Kayan, Shah Alam lah gamaknya. Beb, rasa macam naik bulu roma nak menitis air mata bila pakcik ni tenang je macam tak ada masalah pape cakap yang dia dari JOHOR. Beb, jauh tu datang Shah Alam naik beskal. Tak mungkin lah pakcik tu nak tipu kitorang kan?


Nampak baik je. Lgipun kan tak baik nak bersangka buruk dekat orang lain. Lagi pun jugak buat pe lah dia nak menipu ? Bukan dapat apa pun. Nasib baik lah ada customer yang datang 2 , 3 pagi nak beli rokok tolong tunjuk kan jalan. Kebetulan pulak depa pun nak hala ke tempat yang sama. Depa nak tolong hantaq pakcik tu jalan naik kereta, tapi pakcik tu dengan rendah hati  menolak pelawaan depa dengan alasan, nak naik beskal. Mereka pun akur. So, pakcik tu laju je naik beskal yang depa ni naik kereta. :/ *hati-hati ye pakcik


Masyaallah. Tak dapat bayangkan macammana payah peritnya pakcik tu datang dari JOHOR ke SHAH ALAM semata-mata nak jumpa anak dia??? Kita naik kereta pun dah mengeluh macam-macam. *bersyukur ye anak-anak. Dia pun dari masjid Kampung Kebun Bunga. Usai solat sunat mungkin. Kata beliau, selalunya kalau dia call anak dia , mesti anak dia akan ambil dia dekat kampung. Tapi dah banyak kali call, handphone tak berjawab, macam ada sesuatu je berlaku. 


Kalau nak kata handphone habis bateri itu mustahil. Sebab masih boleh cas kan? Kalau handphone jahanam masih boleh call kampung pakai public untuk call rumah kan? Banyak kemusykilan yang masih tergantung dekat benak yang ta terpikir pun nak tanya. Dan tak terfikir pun nak ambil gambar pakcik tu. Bila semua dah berlalu baru lah idea ni terhegeh-hegeh nak datang. 


SERIUS, muka pakcik tu tenang sangat. Tapi kan. Hmm, macam kecik dah ta dapat bayangan muka pakcik tu lah. -_- , apa ni? Siapa pakcik tu ye? -_- , Muka dia tenang , nampak warak, sabar, macam tak ada masalah pape langsung, tak nampak penat dan lapar. 


Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : " Barang siapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar, maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong dalam kalangan orang-orang yang memperoleh hidayah." 
(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

Kecik harap, pakcik tu selamat jumpa anak dia tanpa ada sesuatu buruk yang berlaku dekat dia. Yela, sekarang ni kan macam-macam bende boleh berlaku. Nyawa manusia dah tak lagi nampak bernilai. Sesetengah menganggapnya sampah yang harus dilupuskan. Doakan pakcik tu yang baik-baik ye? Terima kasih. Mudah-mudahan dia selamat dengan tujuan asal dia.



Pengajaran yang kecik dapat :
// Jangan menilai orang melalui luaran
// Hornati orang tua kita sebagai mana kita dikasihi oleh mereka sedari kecik :)


Post a Comment

2 Comments

  1. ibu bapa memang sanggup buat apa saja demi anak2 kan? tapi anak2 belum tentu lagi... sedih baca cerita ni... hargailah kedua orang tua kita dan sentiasalah bersyukur...

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum.. ^_^ smg pkcik tu slmt smpai ke destinasinya.. itula bukti kc syg sorh ayah wat anaknya.. sob3.. sedih plak. hmm..

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.