Dirompak ! Jadikan Pengajaran Untuk Semua





Dianggarkan kira-kira RM1000 rugi. Apa yang rugi meyh? -__- Alhamdulillah, tiada kematian jiwa yang dilaporkan. Tadi kecik pergi keje masuk shift pagi, tengok stor bersepah je. Dengan orang ambik-2 gambar lah bagai. Macam, something wrong je doh. 


Rupanya semalam ada rompakan berlaku dekat 7Eleven dekat xxxxxxx . Rokok dunhill 20 memang licin habis. Dengan hanya bersenjatakan parang. Ya allah, tak tahu lah kalau pagi tadi kecik yang ada dekat situasi diorang :'( Mesti dah menangis time tu jugak. Mungkin time-time tu jugak kecik dah kene tetak sebab menggedik nak nangis. :( , saya wanita yang punya hati luluh. Maafkan saya. :(


Nampak tak sekarang? Jiwa manusia tidak lagi bernilai. Hina macam anjing, jijik macam babi, zalim macam firaun. Yeah, itulah manusia sekarang. Terlalu mengejar dunia sampai sanggup membunuh. Membunuh tu nampak macam sembelih ayam dekat pasar right? Sebab tak ada iman dalam diri yang boleh menghalang dari melakukan hal yang terkutuk tu. 


Sampai sekarang tangan masih lagi menggeletar lepas ternampak laporan yang staff lain buat atas kertas masa nak kira rokok -_- , terkejut. Serius. Takut. Serius. Siapa yang keje dekat tempat yang beroperasi 24 jam tu kan, peti pos jangan letak banyak-banyak duit k? Handphone jangan letak dalam poket. Mana tahu masa perompak datang menyerang dan-dan pulak handphone nak berbunyik. Kaan ta pasal-2. Tak pon kasi je silent. Tayah nak pegang hendphone 24 jam. Kalau perompak datang terjah jangan melawan. Buat je apa yang dia mintak. Jangan nak bajek bagus nak acah-acah kuat lah hero lah ape lah kan. 


Tapi kalau dia ajak kaw buat maksiat, biarkan diri rela dibunuh. Takkan lah korang bodoh sangat nak ikut kalau dia ajak kau buat maksiat kan? Biar kita mati asalkan maruah terpelihara. Allah kan ada ^_^ , yeah nampak macam berat je nak terima. Dari korang berhempas pulas menambah dosa. Kan dah terbeban. Redha dengan apa yang berlaku. 


امْرِئٍ مُسْلِمٍ يَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنِّي رَسُوْلُ اللهِ إِلاَّ بِإِحْدَى ثَلاَثٍ : الثَّيِّبُ الزَّانِي، وَالنَّفْسُ بِالنَّفْسِ وَالتَّارِكُ لِدِيْنِهِ الْمُفَارِقُ لِلْجَمَاعَةِ
[رواه البخاري ومسلم]
Terjemah hadits / ترجمة الحديث :
Dari Ibnu Mas’ud radiallahuanhu dia berkata : Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Tidak halal darah seorang muslim yang bersaksi bahwa tidak ada Ilah selain Allah dan bahwa saya (Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam) adalah utusan Allah kecuali dengan tiga sebab : Orang tua yang berzina, membunuh orang lain (dengan sengaja), dan meninggalkan agamanya berpisah dari jamaahnya.
(Riwayat Bukhori dan Muslim)

Pelajaran yang terdapat dalam hadits / الفوائد من الحديث :

  1. Tidak boleh menumpahkan darah kaum muslimin kecuali dengan tiga sebab, yaitu : zina muhshon (orang yang sudah menikah), membunuh manusia dengan sengaja dan meninggalkan agamanya (murtad) berpisah dari jamaah kaum muslimin.
  2. Islam sangat menjaga kehormatan, nyawa dan agama dengan menjatuhkan hukuman mati kepada mereka yang mengganggunya seperti dengan melakukan zina, pembunuhan dan murtad.
  3. Sesungguhnya agama yang disepakati adalah yang dipegang oleh jamaah kaum muslimin, maka wajib dijaga dan tidak boleh keluar darinya.
  4. Hukum pidana dalam Islam sangat keras, hal itu bertujuan untuk mencegah (preventif) dan melindungi.
  5. Pendidikan bagi masyarakat untuk takut kepada Allah ta’ala dan selalu merasa terawasi oleh-Nya dan keadaan tersembunyi atau terbuka sebelum dilaksanakannya hukuman.
  6. Hadits diatas menunjukkan pentingnya menjaga kehormatan dan kesucian.
  7. Dalam hadits tersebut merupakan ancaman bagi siapa yang membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah ta’ala.

Tanda-tanda kiamat *sebahagian  nak tau lebih banyak di --> s i n i :


Melimpahnya Harta Benda Dan Luasnya Perniagaan Serta Banyak Media Massa;- Dari Umar bin Tsa’lab r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat, adalah tersebarnya (melimpahnya) harta benda dan luasnya perniagaan. Dan pena-pena akan bermunculan yang menunjukkan banyaknya bacaan dan tulisan;- (Riwayat An-Nasae’i).


Ramai Orang Muda Menyebut Dalil Agama;-Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat. “;-(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dan dapat dilihat juga sekarang banyak orang2 bukan Islam yang menggunakan hujjah2 dari AlQuran dan AlHadith yang mana mereka membuat komentar menurut kefahaman mereka sendiri sedangkan mereka tidak faham dengan Islam.

Orang Mukmin Lebih Hina Daripada Haiwan;- Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan datang atas manusia suatu masa, di mana keadaan orang mukmin pada masa itu lebih hina daripada domba” ;- (Riwayat Ibnu Asakir).

Umat Islam Mengikuti Langkah-Langkah Yahudi Dan Nasrani;- Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi s.a.w. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”;- (Riwayat Muslim).


Penyakit Umat-umat Dahulu;- Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah s.a.w. bersabda: “Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi”;- (Riwayat Hakim).


Sama-sama kita baca doa ni, amin kan tau :)


وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.
Surah Al- Baqarah, Ayat 201


Esok kecik keje shift malam, doakan kecik tak ada pape eyh? Habis bulan ni nak resign. Tak sanggup dah -,-

Post a Comment

2 Comments

  1. sramnye klo de kes camni..siap membabitkan senjata lg...

    sy nak tawarkan awak domain dot com..domain ni ditaja oleh rakan blogger..klo berminat bg jwpn selewat-lewatnya esok..sy pilih blog awak coz awak blogger yg aktif.

    ReplyDelete
  2. Seriau baca, kecik jaga diri ya.. :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.