lepak dengan budak CboX

macam kucing nak beranak, macam ayam berak kapur, macam kambeng mengembek, macam kera mendapat bunga. ya! tak dinafikan perasaan bercampur baur oleh kerana terlalu taksub lah dapat menghupdate belog. jap-2. nak amek bulu tangkis nak kesat tahik cicak tahik unta. dah bersidai-2 macam jadi penyangkut baju pulak dekat sini. hahaha.

actually aku kalau tak memekik atas entry ni tanpa cerita yang panas macam bubur nasik yang sedap dilahap oleh aku sendiri memang tak sah taraf aku. kan kan? cerita yang aku nak kongsi ni dah lama sangat. tapi baru sekarang ni berkesempatan :)

hari KHAMIS haritu sedia maklum sekolah aku ada menganjurkan hari koperasi sekolah dan dengan secara tak rasmi aku memang langsung tak mengambil apa-2 bahagian. sebab aku tak datang pon. bukan ponteng saja. sebab KAWAN aku kawad ada 1 jam je rehat. memang nanti kalau aku datang jam yang lain-2 aku macam tiang je kan? haah comel sangat.

okay tak nak cerita yang tu memang tak ada langsung dalam senarai. hari KHAMIS tuh aku lepak dekat PKNS. buat apa? aku meet member chating. aku dulu selalu chating kat sini.


7kecik uh nick aku. dulu aku geng dengan 7ribut, 7hujan, apetah lagi. dorang pakat memang suka buat floot belaka. time sedap-2 chating depa masuk memang rasa nak terkam pakai batang penyapu. tuh aku baru je printscreen, wakaka. saje lepak balik mengimbau kenangan zaman kegemilangan waktu tengah HOT dulu :)

HOT lah sangat. *gelabah pulak. hahaha. aku sentap ngan si OMAR. ehem. sapa kenal OMAR angkat kaki. ya-2 saya nampak anda tuh tengah senyum kambing. *pstt. bukan lagi rahsia :)

ramai lah aku tak ingat tah sapa-2. still tanya khabar dekat FB. ada yang dekat FB buat bodoh tak kenal. standart lah tuh. sombongkan? WTF -..-'/ 

selalu dalam chating kalau tak gadoh gedik kompem tak sah kan? sebab gedik tuh la jadik kawan sampai sekarang. ha yang tuh harap-2 jodoh lah kan? siapa? anda. kitkitkit. gelak macam anda. 
saja carik pasal ta pasal-2 kena sekeh kepala. 

macam biasa kalau dah kawan mesti mintak nombor telefon kan? thats why sampai sekarang still boleh sembang. 

IMBAS KEMBALI



pertemuan pertama aku dengan ABEN masa aku lepak dekat SUNWAY. sumpah kecut perut nak jumpa. selama ni bajet HOT dekat CBOX sekali muka macam mintak simen bancuh. kan kan? hahha. tu yang segan tak hilang. gedik lah cakap "aku tak lawa. tak perfect tak cantik". hengkorak hengkaw lah. memang pong. tak dinafikan.

beranikan jugak diri sebab kegedikkan sangat p bagitaw lepak kat SUNWAY sapa suruh. gatal kan? nak tengok wayang sangat. hambek hengkaw. pastu berpusing-2 lah aku. kejap kat sini. kejap tak jadik. kaw bayangkan lah port sunway uh kebanyakkan nye HOT dari aku. aku ni cool je beb. hahha, takut. macam-2 fikir.

aleh-2 jumpa jugak dekat depan carefore kod. eh tak. yang tengah-2 lorong apetah. borak jap. sembang tanya nama dok mana. tangan menggeletar jangan ceritalah. malu nak kabo taw? 
pastu kebetulan dia studi dekat area rumah aku je. so, kalau ada masa terluang lepak kat tasik sama-2. sembang-2 cite prob. 

tengok ABEN memang cuak. gengster bhai. banyak kabel. kabel lah sangat. hahaha. guraw manje 5 saat. lepastu tak kisah lah. dah kawan kan? dia pun okayy nengok ngupe aku yang mintak dibacuh simen. sob-2~ tak sedih. bersyukur denga nikmat ALLAH :) 
*habis cerita pasal ABEN


aku kenal dengan MIA lama dah. itulah first time aku meet dengan dia. selama ni sentap-2 dalam FB dengan chat je. RINDU-2 SAYANG-2. selama dalam chating aku kenal dia, dia sangat baik. paling best suka buat orang lain sentap dengan lawak antarabangsa dia tuh. hahha. tapi kadang-2 menceriakan haty yang terluka :)

IMBAS KEMBALI





MIA janji kalau dia balik dari SARAWAK dia nak bagitaw aku. dan kawan yang baik selalu tunaikan janji kan? dia belajar dekat SARAWAK. aku terpaksa tunggu dia. patutnya dari tahun lepas dah jumpa. tapi tyme tuh dorang jumpa ramai-2 dengan budak CBOX lain. maka nya aku ni pemalu.

tuh yang padan kan je MIA sorang-2 dengan hempat hekor lelaki. hahaha. MIA ni happy go lucky sangat. sama je macam ABEN. gila-2 hotak masuk air campur dengan air suling memang gempak la.
kesian dia kena tunggu lama. dah lah first time date kod~. ABEN ajak aku tumpang dua kaki naik kereta dia, malangnya aku keseganan :) . so, aku pergi jelah merem-it bersama motor capuk :).

nasib tak tumpang ABEN, kalau tak berhujan panas ribut petir lah MIA. sampai tasik aku meses MIA tanya kat mana. hati aku jangan cerita lah. YA ALLAH. malu malu. tak sampai berapa saat ada sorang awek ni datang aku pun. eh MIA ke. ye lah ni. muka sama. salam cium berlaga lah pipi mak esah sama mak ropiah hatta kesekian kali lama bebenor terpisah.

weyh, first time jumpa kod~. terus cerita itu ini macam dah 5 tahun kenal. gila lah. hilang malu aku. memang aku sayang MIA lah cerita nya. dia tuh macam kakak aku dah kod~ cuma tak iktiraf je. sebab tak layak. bagai pipit dengan enggang. bagai merak dengan gagak. begitulah.

dia COMEL sangat! comel serius. aku suka dia. sudah jatuh hati, hahhaha . lepak . tipu je -..-'/
*oke habis

then, tunggu ABEN kemain lama. akhirnya tiba jugak. kitorang duduk lepak jap. cite itu ini. lepastu masuk PKNS. MIA belanja makan :) . makan laksa penang. jeles tak? ekaw hado? takdow? padan ngan muka ekaw ado ku kesah? -..-'/ lepastu MIA belanja aiskream. :)

TERIMA KASIH MIA :)

lepastu pusing tasik sampai lebam. mengimbau kenangan ABEN dengan arwah kawan dia. MIA tuh saja je. nak kasi ABEN kuat. hahaha. lepak dekat pondok cerita semua lah. macam-2. lepastu pukul 5 kod gerak balik. 

rasa macam 5 saat je jumpa . dah RINDU. aku jelah RINDU depa. depa tak rindu aku pong. HAKIKAT kod. hahaha. ni aku lupa nak mintak maaf. aku ciplak gambar dorang dalam muka buku :) . maaf! 


aku saja gabung kan semua gambar ni. ada moto visi semua tapi malas nak list. hahaha. ABEN sorang laki patutnya dia dok tengah. oleh kerana aku yang hedit kesimpulannya sukahati aku lah kan. hahha. aku letak gambar aku yang tak cantik tuh tengah sebab aku sorang je bawak 18. yang lain semua atas 18. dorang dah tua. aku je muda. 

so aku saja nak perasan diapet oleh dua orang tua, so aku tengah-2 :) *guraw kasor nampak? 

nota sapu tangan : 
harap sangat PERSAHABATAN yang pernah terjalin antara kita akan kekal menjadi sahabat sampai bila-2. TERIMA kasih sebab sudi bersahabat dengan KECIK meskipun KECIK bukan insan sempurna seperti yang lain :) . 
*maaf panjang berjela :) 

Post a Comment

0 Comments