balik kampung


yob, aku rasa keterujaan mula mendingin dalam diri :) . wahwahwah. indahnya bahasa aku kan? -..-'.
renek-2 dalam peluh mula membasahi baju aku. almaklom tak sabar nak jenguk reban ayam rebn kambeng lembu segala dekat kampung tok wan. padahal selama ni tak pernah pun nak kisah. biasalah tu nak membajet kan diri di alam maya. ada sesapa yang nak kisah? hahah diam-2. blog aku kan? ha kan. da kene tegur tu.

petang tadi lepas je aku menyempurnakan tugasan amanat atuk aku yang telah berangkat ke MEKAH untuk menyiram pokok-2 beliau yang tersayang tu, mak aku suruh kemas beg. hey, kaki tak cecah lantai rumah lagi. hahah. hebak-2. maka, bermula lah sesi aku mengemas beg.

"mak, balik kampung berapa hari? "
"4 je la kod. baju bawak lebih, takut hujan".
"mak, baju bawak berapa helai?"
"untuk 4 hari lah macam ta biasa je."
"yela, tapi berapa? "
"sukahati awak la. "

aku pun berkira-2 lah. esok bertolak dari rumah. sampai sana mandi (1 baju). esok pagi mandi lagi hari sabtu (1 baju) petang pon sama (1 baju). ahad mandi pagi dan petang (2 baju), isnin mandi pagi petang (2 baju), selasa kemungkinan besar balik rumah , so mandy pgi jelah (1 baju).

mak ai. 8 semuanya? erkk, macam batak sangat je kan nak balik kampung? -..-'. tak campur seluar kecik dengan baju kecik lagi. opss sensor. oke aku tak segan. ala, banyak nye. aku bukan batak sangat pong.
nak taw sesuatu tak? untuk buat aku rasa tak nak pening-2 kepala kan, aku buat list. hahha. oke kelakar sangat kan? aku buat list biar senang kalau ada barang-2 yang tertinggal :) .

tapi ohsem gak idea aku. ohsem lah sangat. sangat menggelabah la. popoyo suda. erk, lama nya lah kat kampung. cane aku mahu ONLINE. jadi blogger sambilan? haiyak. suda pening la. apa-2 sajelah, tak nak pikir lagi. nanti pandai-2 lah aku rembat berukbend sapa-2 ken. aku mahu nonton SUPER SPONTAN. k bye :)

Post a Comment

0 Comments