sebuah masjid yang didirikan adalah atas dasar cinta sesama mereka. aku memandang mereka dengan mata yang redup. cuba menyelami isi hati mereka berdua. sayu. sungguh, cuba menilai nilai. kebahagiaan yang mereka pertaruhkan adalah kerana cinta yang mendalam kerana itu terbentuk nya sebuah masjid. masjid suci yang akan kekal dengan redha ALLAH.
manis jari wanita itu disarung cincin. ditambah dengan seri ayu di wajahnya. betapa terlihat dia gembira. terlalu gembira kerana dirinya dimiliki oleh insan bergelar suami. hari ini dan hari-2 selepasnya wanita itu akan mengecapi saat indah. indah bila cintanya tersemat hanya untuk insan bergelar suami.
aku cuba merelakan perasaan yang bertamu. menghilang kan rasa sendu yang mendayu-2 melekat di tangkai hati. tersekat jiwa. terdetik hati. bila masa aku akan melalui saat indah seperti wanita itu? aku juga punya cita dan impian. kelopak mata kian basah. perlahan lahan menyalahkan takdir tuhan nya. jemari-2 erat ku genggam. aku cuba menusuk jauh.
siapa lelaki yang sudi bertamu? menjadi peneman tika hati gundah? aku bukan wanita tadi. memiliki keindahan cinta paras rupa. aku miskin cuma punya harta setia. aku juga bukan wanita sempurna yang memiliki keabadian untuk terus kekal indah. aku cuma wanita yang rela diri nya terkorban demi sebuah kebahagian yang hakiki dalam mencari keredhaan ALLAH.
7 Comments
InsyaAllah :)
ReplyDelete:) . kaw ni bro. sayang do kat kaw <3 // hahah
ReplyDelete:) . kaw ni bro. sayang do kat kaw <3 // hahah
ReplyDeletebagus dah fikir kan masa hadapan ....
ReplyDeletealhamdulilah ..
bagus dah fikir kan masa hadapan ....
ReplyDeletealhamdulilah ..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletehhaa. HARUS LAH kod ,
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.