betul lah orang cakap. tinggal lah ditempat dimana kita selesa didalamnya.
tinggal di rumah yang nyaman, pulang tanpa rasa takut, dan menemukan damai di tempat yang sederhana—barangkali itu bentuk kemewahan yang paling nyata.
Selesa Di Rumah
semenjak kitorang pindah rumah yang sekarang, memang weekend akan duduk rumah. aku rasa macam dah 2 bulan tak cuci mata di mall. tak rasa ralat pun. tak rasa menyesal. rasa seronok.
dulu sebab rumah panas. memang setiap kali cuti, mengharapkan penghawa dingin kuat yang menampar sisi.
rambut, habuk bertebaran segenap rumah. nak kemas, nantilah --
akhirnya setiap kali cuti, tak lekat dirumah.
kali ini menjadi! tak menyesal pun duit habis awal bulan haritu untuk sebuah rumah selesa. rumah masih blok sama, cuma unit sahaja bertukar.
rumah sekarang ada ruang sidai baju. ada mesin basuh. rumah lama, ruang nak letak mesin basuh memang tak ada langsung apatah lagi dekat mana nak sidai. sebab tu lah sebulan, duit dobi sahaja cecah rm100.
sekarang tak lagi. anak pun selesa, mandi kolam dekat ruang mesin basuh. iwan pun ada ruang berehat petang - petang.
Teringin Makan Lempeng
memang teringin nak makan macam - macam semenjak pindah rumah. senang sangat. teringin, dan buat. rasa malas tu tak ada. janji ada duit sikit untuk beli barang. hahahah.
yela, nak makan lempeng kelapa ni dekat kedai bapak mahal. kalau kedai hipstur yang warong tiga lima tu bapak mahal. cukup sekali jelah eh aku pergi.
dah la kena palau.
bayangkan eh, meja dah la kecik. masa tu order lempeng sekeping, aku order soto kot dengan 2 cawan air. 50 ringgit ke berapa tah. tapi memang rasa tak berbaloi sangat untuk sarapan pagi.
Lempeng Kelapa
aku cakap terus terang lah eh. aku memang bab masak tak berapa reti. semua tengok resepi je. lepastu pula tak asthetic. hahahaha
masa masak tu, memang fikir entah jadi entah tidak. tapi alhamdulillah. berbekalkan kari ikan berbaki iwan masak, memang ngam buat cicah lempeng. kenyang perut pagi sabtu!
Resepi Lempeng Kelapa
bahan - bahan lempeng kelapa
- 🥥 1 cawan kelapa parut
- 🥛 1 cawan santan
- 🌾 1¼ cawan tepung naik sendiri dulu
- 🧂 ½ sudu kecil garam
- 🍬 1 sudu besar gula (kalau nak manis)
- 💧 air (jika perlu)
(gula garan boleh adjust ikut rasa macam kau nak)
cara bancuhan
- gaul rata semua bahan tadi.
- kalau adunan terlalu pekat, tambah air. (sedikit demi sedikit).
- kalau adunan tu dah boleh cedok dan ratakan atas kuali tanpa melekat/ tumpah, kira adunan tu dah sedang elok. (jangan cair sangat pula)
- guna api kecil sahaja ya. (atau sederhana, yang penting dijaga)
- boleh angkat bila warna dah kekuningan atau sehingga garing. (ikut mana suka - jangan hangus sudah)
sebab dekat rumah aku tak ada tepung gandum, hanya ada tepung naik sendiri. kita bantai jela apa ada.
resepi aku tak ikut che nom tau, sebab resepi che nom resepi lempeng kelapa yang kaya dengan kelapa santan. aku taknak ikut sebab nanti tak boleh makan banyak dan cepat muak.
bayangkan jela, dengan resepi ni, aku boleh makan sampai 4 keping ke 5 keping. berbaki lagi 1 keping, tak larat habis dah. hahahahah
lempeng kelapa ni boleh cicah dengan sambal ikan bilis, kari atau apa - apa yang kau suka. selamat mencuba guys.



🌿 Ruang Bicara
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.