semalam aku ke pasar malam. aku ada beli nasi ayam kunyit. sambal dia memang totally out; tak sedap langsung. sebab selalu nasi ayam kunyit, dia punya sambal kan ala ayam gepuk sikit.
aku ada buat sambal lebih untuk laksa johor tempoh hari. aku gunalah sambal tu untuk nasi aku.
memang mantap rasa dia (puji diri sendiri).
malam tadi; bermula lah segalanya. aku dah mula bersin - bersin.
nak tidur pun tak senang.
hingus mengalir je. hingus cair tu kan.
ni dekat pejabat pun sama. kepala aku dah pening.
hingus tu masih mengalir dan blocking hidung aku sebelah.
mata aku pun dah berair.
dan mula rasa tak selesa. rasa sejuk.
aku rasa macam nak demam.
entah ~
balik ni aku nak pergi klinik dan mintak MC. aku cuma nak baring dan tidur je bila memikirkan keadaan sekarang.


🌿 Ruang Bicara
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.