semenjak ada thread ni, memang macam - macam resepi mudah lalu dekat feed tau. selalunya aku tak heran, tapi kali ni macam nak cuba resepi keropok lekor 3 bahan.
kalau tak silap aku resepi ni untuk anak - anak yang tak suka makan nasi. maka terhasil lah inovasi mak mak dengan membuat keropok lekor versi anak tak suka makan nasi. masalahnya, anak aku tak makan pun sebab dah tidur. aku dengan iwan yang sedap makan.
Resepi Mudah Keropok Lekor
![]() |
| chatgpt; abaikan kesalahan pada poster |
kenapa aku boleh terjebak dengan resepi ni? sebab dekat dapur aku ada bahan seperti yang dinyatakan oleh pengguna thread berkenaan.
Bahan Menghasilkan Keropok Lekor
Resepi Mudah Keropok Lekor 3 Bahan
bahan - bahannya ialah;
1 cawan ikan bilis,
1 cawan nasi sejuk dan
1 cawan tepung ubi
(garam dan perasa secukup rasa)
aku dah sahkan dekat google. 3 bahan ni memang legit dan dipercayai. cuma kalau korang tak berkenan, boleh lah tambah kurang apa yang patut untuk buat ia lebih sedap.
Cara Penyediaan Keropok Lekor 3 Bahan
caranya mudah sahaja.
1. kisar ikan bilis dan nasi sejuk (aku cadangkan korang guna pengisar yang tak perlu tambah air banyak pada campuran ikan bilis dan nasi - sebab kesalahan pertama aku ialah aku guna pengisar besar dan meletakkan banyak air pada pengisar)
2. masukkan ikan bilis dan nasi sejuk yang telah dikisar ke dalam bekas/ mangkuk besar
3. masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit di dalam campuran ikan bilis dan nasi sejuk.
4. uli adunan sehingga sebati (jika adunan masih lembik dan melekat banyak di tangan, tambahkan tepung ubi sedikit demi sedikit - 1 sudu 1 sudu)
5. bentukkan doh memanjang.
6. masukkan doh yang telah siap diuli ke dalam air panas yang mendidih, dan biarkan sehingga adunan itu timbul (biarkan 2 - 3 minit lagi di dalam air selepas timbul).
7. angkat, tos dan sejukkan
8. goreng didalam minyak panas sehingga garing
tips:
- kalau doh lembik sangat; boleh tambah tepung.
- kalau doh keras sangat; boleh tambah air.
- kalau risau adunan tu terlebih keras/ lembik; boleh je masukkan dalam piping beg (aku guna plastik bungkus makanan dan potong hujung) untuk membentuk adunan menjadi panjang
- sebelum bentukkan semua doh, boleh cuba rebus dulu 1 (potongan kecil) untuk tambah atau kurangkan garam.
- boleh cuba goreng 1 dahulu untuk tengok keropok tu jadi atau tak. maksudnya adakah ia terlerai atau cantik di dalam gorengan.
![]() |
| hasil keropok lekor 3 bahan |
menjadi doh! cuma tawar sikit dan bila dah sejuk agak keras! HAHAHHAHA. maklumlah percubaan kali pertama.






🌿 Ruang Bicara
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.