![]() |
| dihasilkan oleh Ai |
pagi tadi masa aku lalu round the board, aku nampak ada motosikal tu berhenti dekat tepi. aku fikirkan ada kemalangan. aku memang tak perasan atas motor tu ada seorang ibu dan seorang anak lelaki.
bila dah ke depan sikit, baru aku perasan. ada seorang lelaki; mungkin seorang ayah. sedang berlari ke tengah jalan.
![]() |
| dihasilkan oleh Ai |
aku amati, ada sesuatu terjatuh di permukaan jalan. aku pun tak pasti apa. warna hitam. aku fikir mungkin ada barang terjatuh.
risau juga, takut ada yang melanggar. nasib baik kopiah tu jatuh dekat susur keluar tu, jadi orang memang tengah berhenti sebelum mulakan semula perjalanan.
lepastu aku pun teruskan perjalanan. biasalah pagi - pagi tu memang jammed dekat area chekers. sekali tu aku terpandang cermin sisi dan aku nampak motor tadi.
![]() |
| dihasilkan oleh Ai |
comel je anak lelaki dia pegang kopiah sebab takut terbang.
mungkin harini hari jumaat. jadi anak - anak dikehendaki pakai kopiah. kesian pula kalau dia je tak pakai. silap - silap menangis depan pintu sekolah/ tadika.
comel - comel juga, cuma yela. jangan bahayakan keselematan.
semoga kita semua dijaga dan baik - baik sahaja. salam jumaat ~



🌿 Ruang Bicara
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.