haritu bonda datang perpustakaan dengan adik - adik. aisy pula tak ikut. bonda rasa haritu bonda tak nak bawa aisy sebab bonda nak siapkan surat. jadi tak ada orang yang boleh tengokkan aisy. nak harapkan adik - adik (makcik - makcik aisy) memang semua kelaut dalam.
Sensory Board
beberapa tahun ni, memang bonda dah lama sangat tak ke perpustakaan. kerana kekangan masa dan dah bersuami. HAHAAH. suamiku tidak mahu ke perpustakaan.
haritu bonda ternampak dengan satu akaun tiktok ni. dia tunjuk sensory board. macam menarik je. dulu bonda pergi perpustakaan bonda jarang masuk bahagian kanak - kanak ni. bonda sibuk dengan novel bonda.
sekarang ada anak, bonda bawa anak bonda pula datang sini. tapi kena lepak bahagian kanak - kanak la.
aisy ternampak sensory board. seronok dia menekan semua yang ada dekat situ.
Suka Pegang Buku
kalau dekat rumah, aisy memang ada buku cerita. baru 2 lah tapi. bonda pun baru je belikan. selain tu ada buku ABC dan 123 yang beli di kedai eco; versi buku tebal.
bonda suka buku macam tu. tapi kalau kata nak beli dekat luar, macam tak berbaloi. bonda rasa agak mahal memandangkan bonda tak ber-kewangan sangat.
yang menariknya dekat perpustakaan, buku untuk bayi banyak. lagi - lagi buku keras/ tebal yang macam bonda suka tu.
aisy memang suka pegang buku. tapi dekat perpustakaan dia tak gemar sangat.
dia lebih suka nak main!
Main Lego
ada beberapa buku yang bonda ambil dan letak atas meja. tapi aisy lebih suka main lego. makcik - makcik pula memang saiz sama. jadinya, berebut lah diorang.
masalahnya, makcik nya dah kumpul lego untuk diorang main sama - sama. tapi aisy lagi suka cabut dan bagi orang lain (jiran terdekat) . hahahahahhaa
Healing Tepi Tingkap
dulu - dulu masa bonda habiskan banyak waktu di perpustakaan, bonda suka pilih kerusi yang menghadap tingkap. kaki naik atas ala gaya bos.
penghawa dingin sejuk.
berasa macam baca buku dirumah tapi level - level orang kaya hahaha .
oh dekat tepi tu ada pemandangan kolam. berbaloi betul kalau duduk tepi tingkap.
tengok lah si aisy dan makcik nya.






0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.