bonda memang tak sempat nak bagi anak bonda aktiviti macam ni. boleh je nak buat, tapi nak kemas tu tidak lah. disebabkan selepas scrolling thread; terjumpa pula ada teacher yang buat posting berkenaan aktiviti messyplay.
laju jelah bonda daftarkan anak bonda.
kiranya; ini kali pertama aisy menyertai aktiviti sebegini.
okay juga kan. yang pertamanya aisy dapat 'kawan' baru dan dapat meneroka dunia luar.
cadangnya, bonda memang nak bawa aisy meneroka dunia jika diizinkan Tuhan dan dari segi kewangan. semoga anak bonda bertambah sihat dan bijak.
Messy Play di Shah Alam
![]() |
| menangis kena tinggal sebab tak dapat tolak stoller |
messy play sesi yang bonda sertai ini sepatutnya diadakan lebih awal. namun, kesihatan teacher tidak mengizinkan dan program terpaksa ditangguh.
program macam ni banyak tau. dalam sebulan ada 2 3 kali juga dan berbeza tempat.
macam bonda, bonda pilih shah alam. dekat dengan rumah. ada sesi pagi dan juga petang.
Sibuk Dengan Ride-On-Car
bonda piilih sesi pagi sebab cuaca pagi lebih sejuk dan redup.masa bonda tiba dilokasi, team teacher belum sampai. jadi ada beberapa minit untuk bonda, baba dan aisy bersiar - siar sekitar kawasan.
entah macamana; dari jauh aisy berlari - lari mendapatkan ride-on-car entah siapa punya.
rupanya milik anak aunty yang sedang berehat di kerusi yang disediakan di taman. menangis pula budak aish ni bila orang tak bagi naik.
![]() |
| anak bonda comey bersama ride-on-car merah jambu milik orang lain |
aunty tu cakap "tak apa kasi saja anak you naik. baby saya tak main" (maksudnya waktu tu, anak dia dah tak main).
so enjoy la aisy dengan kereta warna merah jambu milik orang lain.
Main Skateboard
![]() |
| nak angkat, tapi berat. terpaksa menangis |
masa bersiar - siar tu. ada sekumpulan keluarga yang tengah healing sambil tengok anak - anak main kasut roda. ada juga yang datang adik kakak sambil main badminton. ada juga yang main skateboard. main bola.
beriadah orang kata ~
aisy pula kejap nangis kejap okay. masa dah sampai di pertengahan jalan, ada adik kakak ni main badminton.
berdekatan tempat dia main badminton ada lah hamparan tikar untuk mereka letak barang. disitulah ada skateboard.
aisy memang suka tau benda macam ni. dia memang nak main. main cara dia lah tapi. sebab tu sampai menangis bila tak boleh nak angkat.
tak tahu kenapa kena angkat. main push bike p
Aktiviti Messy Play Shah Alam
bonda tak pasti lah gambar pertama ni aktiviti apa. bonda rasa mungkin texture tray atau calm sensory bin? atau mana - mana jelah. yang pasti ini bukan tray pertama yang aisy pergi tau.
oh lupa.
sebelum aktiviti bermula, teacher ajak ibu bapa dan anak - anak untuk panaskan badan dahulu. kena nyanyi dan menari. lagu yang dimainkan adalah lagu biasa yang anak - anak dengar; seperti baby shark dance dan lain - lain.
lain - lain tu sebab tak ingat tajuk KAHKAH! tau nyanyi je.
bonda memang tak faham kenapa aisy tak berminat nak menari. padahal dekat rumah dia rancak je.
dia lagi suka dan tertarik nak tengok orang lain menari dan bernyanyi. alahai anak ~ suka jaga tepi kain orang lain ahhahaha.
selepas dah panaskan badan, barulah aktiviti bermula.
mula - mula tu memang aisy tak berminat nak main apa - apa. dia sibuk lah menangis nak merayau tempat lain.
dia lebih tertarik dengan basikal orang lain.
jadi bonda terus bawa dia masuk kolam. yang ini bonda rasa nama aktivitinya ialah water pour station?
anak bonda memang tak pernah di dedahkan dengan kolam. kalau setakat mandi dalam baldi adalah. tu pun baru - baru juga. saiz baldi tu lebih kurang besar dia. mandi sekejap, dia berdiri lah dalam tu. boleh lah ek vibe 'kolam'.
lama juga anak bonda dalam kolam. bonda tak tahu macammana nak keluarkan dia memandangkan dia macam seronok nak main itu je. dengan tak berganjak dari tempat asal pula tu.
![]() |
| ini mungkin texture tray? HAHAHAH |
selepas main kolam, aisy masuk texture tray pula. mula - mula dia nak bangun. tapi teacher pujuk aisy barulah dia okay. itu pun lama juga. ahhaha.
memang ke sana sini ulang balik tray yang dah main. masalahnya bukan semua tray tau aisy berminat. bonda pun tak tahu apa dia suka dan minat. itulah jadinya bila tak pernah ajar anak messy play! hahahha.
salah siapa ini? bukan salah bonda lah tapi....
![]() |
| soft dough tray |
abaikan jelah ya tudung yang basah. bonda memang cepat berpeluh. tak terbayang pula macammana rupa bonda waktu itu. mesti orang lain annoy. HGAHHAHAHA.
nak buat macammana kalau memang senang berpeluh. harap tak ada bau busuk la.
aduh bila teringat malu.
masalahnya pakai tudung apa pun sama je memang akan nampak. stok hitam dah habis pula.
korang tahu tak; aisy memang TAK SUKA gila dengan soft dough. soft dough tu adunan tepung. dia lembik - lembik basah. geli geleman pula mamat macho ni.
ada gambar dia yang menangis masa bonda calit kan soft dough dengan tangan aish, tapi gambar bonda tak elok. jadi, bila bonda simpan jela bukan untuk tatapan umum.
lepas bonda calit dekat tangan dia, auto tangan dia tak boleh bergerak. macam ada kuasa magika betul.
terima kasih kepada teacher aryn dan team!
program messy play ni 2 jam. bonda tak larat nak cukupkan 2 jam; memandangkan waktu itu pun sebenarnya waktu aisy tidur.
jadi selepas dah selesai semua, bonda minta baba nya bersihkan aisy di paip berdekatan. bonda sebenarnya nak letak gambar aisy dan pampersnya yang berat. tapi macam aib pula. ahahaaha bonda simpan sendiri jelah.
lepas aisy dah wangi, bonda minta aisy salam teacher. insyaallah jika ada rezeki, kita jumpa lagi ya.
![]() |
| bonda bergambar bersama anak bonda; aisy |
terima kasih kepada teacher aryn dan team!
Info Messy Play Shah Alam
instagram: https://www.instagram.com/messyplayshahalam/

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.