oh, btw cerita aku pergi aquaria dan i city ni 19 julai 2025 tau. hahaha. baru ada masa nak pilih gambar, edit gambar, dan tulis cerita. aquaria ni bukan rancangan aku walaupun aku dah merancang lama untuk ke sini. disebabkan kewangan tak berapa stabil, aku tangguhkan dahulu sehinggalah bos tempat kerja iwan belanja semua staf dan keluarga untuk menikmati hari cuti di aquaria.
sebelum entri lebih panjang, izinkan aku ucap terima kasih dan mendoakan beliau agar selalu dimurah kan rezeki.
Ikan Di Aquaria
![]() |
khusyuk tengok ikan |
waktu beratur tunggu giliran nak masuk ke aquaria, tidak lah terlalu ramai dan padat. bila dah masuk dalam aquaria, baru aku rasa vibe nya. ramai gila orang. panas. sempit. macam lawatan sambil belajar bersama rakan sekolah. berlaga - laga. OMG. nasib baik ada stroller, jadi dapat nikmat sedikit guna lif tak perlu naik turun tangga.
Anak Seronok Tengok Ikan
memang niat aku, nak bawa aisy ke sini. mesti dia suka. aku tak suka. aku geli tengok ikan. ikan tengok aku pun, aku dah gerun. hahaha pernah lah dulu, pergi rumah terbuka. makan sebelah aquarium. ikan tu asyik pandang aku. naik bulu roma. seram. ikan tu besar tau. kalau dia gigit aku, entah lah ~ tak dapat nak bayangkan macammana.
ternyata aisy seronok tengok ikan. tak sia - sia pergi. rezeki awak ni baby. hehhee. jimat duit bonda. tak berkelip matanya. asyik pandang kiri kanan dan sibuk sampai tak sempat nak pandang aku. tiba ~
Jangan Pergi Hari Cuti !
korang yang berniat nak bawa anak - anak tengok ikan dekat aquaria, di sarankan untuk memilih hari biasa berbanding hari cuti. tapi kalau memang dah tak ada cuti, jalan ajelah. ini cuma saranan. kebetulan ada rakan sekampung pun pergi aquaria. rupanya dia pergi hari isnin. katanya tak sesak, tapi masih ramai orang.
bayangkan hari cuti? letih rasa bawa stroller. hahahaha. asyik langgar kaki dan bontot orang. lagipun bukan semua tempat sesuai stroller. ada aquarium kecil tu dia agak tinggi. jadi kalau baby duduk dalam stroller memang tak nampak ikan. nak senang, dukung jela kan?
aku rasa kali terakhir aku pergi aquaria masa sekolah rendah? entah!
Dahaga Susu
aku rasa, kitorang duduk dalam tu tak lama pun. tak sampai setengah jam. tapi panas memang panas. berpeluh aku hahaha. dalam tu, memang tak bagi aisy susu. lupa barangkali. lagipun taktahu nak bagi macammana. ramai sangat orang.
sampai je dekat luar, terus bancuh susu dan bagi aisy susu. tengok lah tu kaki dia. senang betul.
rakan sekerja iwan 'toast maker cawangan uoa' |
dalam perjalanan dari aquaria klcc ke kawasan parking, aisy terjumpa 'air terjun'. aisy memang suka 'air terjun'. tu sempat lah lepak sini sekejap.
Lampu di I City
tahu tak kenapa i city? sebab dekat dengan rumah dan tak tahu nak pergi mana. itu jelah tempat yang dekat dan jimat minyak. serta boleh bersantai. kalau nak jimat duit, jangan main permainan dekat situ. just chill ambil angin dan tengok orang berseronok.
rasanya macam bulan ni dah 2 kali ke 3 kali pergi. kelakar ek?
Ini Kali Main Bumber Car
bumper car di i city ni sebenarnya ada kenangan 'pahit' dan tempat aku mengenang kebodohan sendiri. boleh baca disini lah perjuangan gagal. rupanya janin yang jatuh dulu, aku namakan aisy mateen. sama dengan nama anak yang lahir sekarang. yang sedang membesar sihat bersama aku. alhamdulillah. rezeki allah bagi.
selepas kejadian tu, lama juga kitorang tak pergi ke i city. mungkin sedih dan sakit hati? tapi jangan risau. bukan aku yang main tapi iwan dan adik aku. aku duduk tepi jaga baby.
Kena Paksa Dengan Adik
aku bawa 2 orang adik tau. sorang 12 tahun sorang lagi 10 tahun. yang 12 tahun ni kalau boleh nak main benda extreme. masalahnya dia taknak sorang - sorang nak berteman. yang 10 tahun ni macam penakut sikit. hahaha. sudahnya, main lah adik yang 12 tahun tu dengan iwan. diorang pilih bumper car.
yang 10 tahun ni tak nak main permaianan kanak - kanak. sombong amat. lepastu dia paksa aku teman dia main permainan yang dia pilih. kacau betul lah. baik aku main benda best sikit kan? nasib baik 1 kepala rm6 je. boleh lah eh buat rasa - rasa. hahaha.
sekarang punya sistem, kalau nak beli 'token' kena download apps ya. lepastu topap dengan pelbagai kaedah pembayaran. pada setiap stesen permainan tu, korang cuma kena tunjuk qr yang tersedia. nanti penjaga tu akan tolak dan 'token' auto deduct dari akaun korang. senang kan? tak payah beratur.
Anak Eksited Tengok Lampu
masa aku menulis entri ni, aku teringat masa iwan nak cari parking. masa ni tengah fikir nak parking dekat mana. parking dekat i city mahal tau. jadi kitorang parking dekat hotel. murah sikit lah. nak parking dalam mall, takut mall tutup. dah nak dekat pukul 10 malam masa tu.
parking lah sekejap depan hotel berbual dengan guard. bukan main aisy seronok tengok lampu. dia asyik bersuara lepastu macam nak melompat. hahaha. comel je tau. agaknya lepasni macam jadikan pergi ke i city sebagai aktiviti setiap weekend? hahahah.
slay |
tu jelah cerita aku nak kongsi dengan korang. weekend aku tak menarik pun. i mean, tempat aku pergi biasa je. hehehe. versi jimat sederhana. hahaha.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.