Keguguran Lagi
Darah Melimpah
Panik Sekejap
Bergegas Ke Hospital
Takdir dan Ujian
![]() |
lemah |
Aish Mateen
seorang aish mateen. maaf kerana aku.. entah mahu dipanggil ibu, mama, emak, mommy atau apa telah gagal dalam perjuangan kali ini. entah apa silapnya kali ini. mungkin kesihatan diri atau ketidak kesempurnaan aku sebagai seorang manusia. atau mungkin juga kerana dosa - dosa lampau yang masih tergantung berselerakan kerana ego tidak meminta - minta kepada tuhan untuk diampukan. maaf ya kerana tidak bertahan lama. maaf kerana tak ada makanan makanan mahal / susu susu mahal/ makanan berkhasiat aku beri. aku beri hanya termampu gaji. maafkan aku kerana perjuangan ini gagal awal. ternyata aku bukan pejuang yang layak. semoga aish mateen dari rahim aku kali ini insyaallah boleh mendengar kan aku dan membantu aku di akhirat kelak. walau entah berapa usianya ketika aku gagal lagi memeluk kamu di rahimku. maaf kan aku lagi sekali. mungkin ini khilaf dari diri sendiri.
buat suamiku iwan. maaf kerana kali ini aku gagal memeluknya lama. tak bertahan lama. maaf ya. aku gagal menjadikan kau seorang yang dipanggil bapa atau setidaknya ayah oleh seorang anak. mungkin belum masanya kita sesuai menjadi ibu dan ayah. tuhan telah takdirkan kita untuk menjalin rasa dan rindu dahulu berdua - dua. masih belum ada percutian bersama - sama. belum ada lagi rezeki berlebih - lebih untuk kita. mungkin ini masanya kita bercinta semahu mahunya. menjadi ibu dan ayah mungkin disuatu masa yang kita sendiri tak jangka. maaf ya, kali ini aku gagal lagi. semoga engkau tabah menyantuni ku sebagai seorang isteri walau aku tak sempurna mana dan belum mampu memberikan kau seseorang yang dipanggil anak. nanti kita cuba lagi ya. Terima kasih kerana banyak membantu dalam hal rumah tangga. Terima kasih kerana kau seiras pelakon korea dimata aku. terima kasih menjaga aku. tapi aku tak lupa, kita masih belum pernah bercuti berdua. kau berhutang yang itu. Hahaha. salam sayang adindamu. tibaa. hahahah. ily hubbysem.
1 Comments
Allahuakbar... Moga akak dan suami terus tabah. Takziah diucapkan. Allah lebih mengetahui, semoga lepasni melekat terus sampai selamat melahirkan. inshaAllah.
ReplyDeleteBolehlah banyakkan percutian tu... 💙
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.