Photoshoot Raya 2025 X Halal Academy

Photoshoot Raya 2025 X Halal Academy

kembali lagi kita dengan entri bertemakan raya yang masih belum habis. kali ini aku nak kongsi gambar photoshoot raya 2025 x halal academy. photoshoot ini dijalankan pada 26 mac 2025. disebabkan aku tak ada masa nak shorting gambar dan tak ada masa nak menulis, entri ini jadi tertangguh. sikit lagi nak sebulan. harap belum basi. 


Photoshoot Raya 2025

Photoshoot Raya 2025 X Halal Academy

aku rasa macam setiap tahun ada photoshoot raya. tapi tak wujud dalam blog pula. sedih lah macam ni. dekat blog cuma ada raya 2020 sahaja. aku ingat tahun lepas aku memang tak ada update apa - apa sebab aku tak sihat. bayangkanlah, photoshoot dekat taman jepun shah alam. aku demam!

kaknoi paksa aku makan ubat sebab nak aku ada. selalu gambar ramai - ramai aku skip HAHAHA. tahniah kaknoi. tapi tu lah. mana entah gambar aku? WEYH, aku baru minta dekat kawan - kawan yang lain kalau diorang ada gambar. ada pun ~ tengok bawah!

Photoshoot Raya 2025 X Halal Academy
raya 2024


Raya 2024 Hilang? 

raya 2024 ni aku demam dan aku pregnant. pagi tu aku bawa mekap, teruja nak photoshoot. sekali dah petang tak larat. kaknoi kata, "awak makan ubat sekarang lepastu rehat dalam bilik studio." ada lah weyh gambar 2024. 

disebabkan aku demam, aku tak peduli pun semua orang. aku cuma berjemur bawah matahari sebab sedang alami kesejukan di tengahari rembang. kelakar kan? semua orang suruh aku duduk bawah pondok kerana kesiankan aku. tapi tak mampu. 

lepas je shoot video, aku balik dan tidur!


Koleksi Gambar Raya 2025 x Halal Academy

Photoshoot Raya 2025 X Halal Academy
geng waniter

Photoshoot Raya 2025 X Halal Academy
aku dan kak dian

kak dian tenaga pengajar di halal academy dan ada kerja - kerja lain juga. kak dian garang tau. aku suka bila dia bercakap. tak kisah lah dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris. rasa tersusun dan kemas. aku paling takut kalau kak dian sedang mengajar dan aku adalah orang yang berada disisinya sebagai pembantu. HAHAHAHA. macam duduk dalam kelas dengan lecturer ya bila kena panggil nama; berdebar lain macam. risau ~

Photoshoot Raya 2025 X Halal Academy
aku dan kak syu

kak syu ni tak payah diperkenalkan lagi. sekarang kak syu dah official tenaga pengajar di halal academy. taip jela syuhada / kak syue / kak syu dekat ruangan carian tu. mesti ada macam - macam entri keluar. 

kak syu ni suka melayan orang. dia tak kisah pun orang guna handphone dia. ajak ngopi. lepak - borak - gosip. senang ngam dengan sesiapa. 

Photoshoot Raya 2025 X Halal Academy
aku dan aida

ni aida. aida praktikal dekat sini. masa aida mula - mula masuk sini aku jarang tengok aida. bila dia dah lama sikit dekat sini, baru aku rajin menengok dia, dengar dia bercakap dan lain - lain. comel juga aida ni. dia peramah dan lemah lembut. 

Photoshoot Raya 2025 X Halal Academy
aku dan fathihah

fathihah ni kira macam kak syu lah aku rasa. tak perlu diperkenalkan. sebab banyak je gambar dia dalam blog aku. memandangkan fathihah pun dah kerja lama dekat sini. aku dan fathihah dari department yang sama. apa - apa pun memang buat kerja dengan dia. 

Photoshoot Raya 2025 X Halal Academy
aku dan adila

adila dulu praktikal dekat halal academy. tahun berapa aku tak ingat. dia masuk dan praktikal sama tahun dengan afiq kalau tak silap. selepas itu, afiq diserap masuk sini manakala adila tidak. ketika adila praktikal, aku banyak bagi kerja dekat dia. hahahahha. 

masa aku cuti bersalin 3 bulan, adila yang banyak ambil alih tugas aku sebagai admin. kiranya sekarang adila dah pro berbanding aku. dia buat kerja pun laju. duduk pun sebelah - sebelah. senang nak gosip. 

Photoshoot Raya 2025 X Halal Academy
aku dan mira

ni mira. aku suka eja nama dia 'm.i.r.a' tapi dia suka eja nama dia 'm.y.r.a'. aku tak biasa lagi nak eja nama dia macam tu. lagipun nama penuh yang dia guna tak ada 'y'. HAHAHH tak puas hati pula, padahal nama dia bukan nama aku pun kan? semenjak mira ada dekat sini, banyak video wujud untuk staf. aktif semua pergi shoot. aku terkecuali lah. aku admin je. bab halal aku ke laut sikit. 

Photoshoot Raya 2025 X Halal Academy
aku dan kak niza

ni HR di halal academy. kalau jual produk/ item dekat dia laku tau. hahahha. kak niza suka 'support' aka membeli/ suka makan. jadi kalau staf ada barang baik, boleh try promote dekat kak niza. laju dia beli. hahahahha.  

Photoshoot Raya 2025 X Halal Academy
aku dan afiqah

afiqah ni pun sama. dulu praktikal dekat sini dan sekarang dia staf tetap. aku tak tahu lah afiqah selalu kena buli atau afiqah yang membuli. dulu - dulu dia selalu kena buli kot? sekarang dia buli orang. hahahaha. bab makan memang jatuh kepada afiqah. kalau pergi hotel makan buffet, afiqah adalah orang yang paling sesuai. 

Photoshoot Raya 2025 X Halal Academy
aku dan aina

aku dan aina tak ada apa - apa nak diceritakan. aku dan dia boleh dikatakan duduk di bawah department yang sama aku rasa. dulu aina pun praktikal dekat sini selepas itu diserap masuk. kemudian dia jadi staf  tetap. tak lama selepas tu aina bekerja di tempat lain yang lebih baik. sekarang aina kembali bekerja disini cuma aku tak pasti fulltime atau partime. hehehhee

Photoshoot Raya 2025 X Halal Academy
aku dan afifah

aku dan afifah pun tak ada apa nak diceritakan. afifah duduk agak jauh dari aku namun suara afifah memang selalu kedengaran. kalau tak dengar suara afifah, maksudnya dia banyak kerja lah tu. aku jarang borak dengan afifah, cuma bila perlu je. 

Photoshoot Raya 2025 X Halal Academy
pemenang kuiz kak dian

niat kak dian nak memberi duit raya pada staf. namun disebabkan hal yang tak diingini, kak dian sediakan kuiz. bagi sesiapa yang berjaya jawab soalan dari kak dian akan dapat duit raya/ hadiah. inilah muka pemenang. aku memang tak menang sebab aku tak jawab apa - apa dan tak nak jawab. aku noob. hahahahhaha. lagipun, aku tak retiiiiiiiii lah nanti semua orang pandang aku. hahahahahah bodoh betul. 

kak niza berjaya jawab kuiz dan terima hadiah paling mahal dari kak dian. item dari H&M tak silap. dah lupa ~ 

Photoshoot Raya 2025 X Halal Academy
halal academy muka serious

muka serious ni macam tak berapa nak jadi sebab uncle senyum. aduuduuu. tak apa lah asalkan uncle bahagia. hehehee. 

Photoshoot Raya 2025 X Halal Academy

tahun ni dah masuk 8 tahun aku dekat sini. aku masuk halal academy dari tahun 2017. tapi masih tak faham berkaitan halal. bukan tak faham, cuma 'halal' tu tak sesuai dengan otak aku. hahahaha gitulah aku rasa.

semoga tahun depan aku masih dengan syarikat yang sama dan photoshoot dengan orang sama. 

selamat hari raya!

tontok video dekat bawah tau. kitorang pun tak terlepas join trend terkini. hehehhee




Watch on TikTok

Post a Comment

2 Comments

  1. Masih belum lambat lagi... Selagi tak up, kita up je gambar raya... Kikiki

    ReplyDelete
  2. Mesti semua sporting tu... sebab tu dapat gambar cantik2

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.