Selamat Pengantin Baru Irsyad dan Farhana

Selamat Pengantin Baru Irsyad dan Farhana

majlis irsyad di adakan di dewan d'intan rustic hall grandballroom. agak jauh di selayang. jadi aku dan iwan bangun awal giler. tapi memang patut awal lah kan? majlis adik ipar. kena hadir awal pagi. minta maaf pada ayah dan cikju sebab sampai lambat dan tak berapa membantu. hmmm


Salin Baju Pula

Selamat Pengantin Baru Irsyad dan Farhana

terbiasa nak pergi mana - mana, memang akan sarapan diluar. jarang nak sarapan dirumah. sebabnya, tak kuasa nak bangun lebih awal nak sediakan sarapan lepastu nak mengemas. tak termasuk nak mandi, kemas beg dan lain - lain. lambert lah. jadi senang, makan jelah dekat luar kan?

tahu tak korang? aku tukar pampers aisy sebelum keluar rumah, around 7pagi lah kot macam tu. memang aku siap pakai tudung baru aku tukar pampers aisy. 

jadi selepas sarapan dekat mamak, tiba - tiba aku rasa macam baju aku lembab. aku pegang la baju aisy. masyaallah. hahahahah weyh, bocor. anggaran dalam 1 jam macam tu je. pampers pants tu jarang bocor walaupun dari malam sampai aisy bangun tidur pagi. pelik eh? ke aku salah pakaikan? adududu. 

tak memasal lah eh. pakai dah comel ikut tema; tiba - tiba bocor. dah pakai baju tak masuk tema; anakku. hahaha. kesian lah aku, tak bawa baju spare. aku lap - lap jelah part baju aku dengan tisu basah. lepastu sembur sikit minyak wangi. taktahu lah macammana. 


Meriah Gila Majlis

untuk pengetahuan, aku tak banyak gambar. majlis ni majlis keluarga lelaki dan perempuan. keluarga lelaki memang dah ramai. sebahagian keluarga pengantin lelaki, dah sampai seawal 1 hari sebelum majlis. diorang tinggal dan tidur di aras yang sama dengan dewan. mudah kan? bersiap terus datang majlis. dah la all include eh? dengan baju, dewan, mekap, katering. mantol. 

Selamat Pengantin Baru Irsyad dan Farhana
sebelum


masing - masing ada bilik. masa aku sampai, kebanyakan diorang belum mandi hahaha. berlari - lari main siap budak - budak ni tau. aku makan awal dalam pukul 11 pagi. awal weyh makan tengahari. sebab aku takut nanti ramai dan dewan penuh. aku susah sikit nak bergerak ada baby. baby nak tidur lagi itu ini. terpaksa menetap duduk di kerusi jela banyaknya. sesekali join diorang. 


Selamat Pengantin Baru Irsyad dan Farhana
selepas

dewan nampak kecil, tapi bila dah masuk. besar nau. tempat ambil makanan pun tak ramai orang. kebetulan pula tetamu tu beransur pulang dan berganti dengan tetamu lain. ayah aku pun puji, sebab tak nampak langsung orang beratur panjang. 

tetamu ramai! keluarga pengantin lelaki pun penuh pentas. 


Berulang Makan Ais Krim

disebabkan aku tak ada bilik, aku memang duduk je dekat kerusi dalam dewan tu. sesekali ada lah aku berjalan sikit. makanan ringan tersedia ialah ais krim dan manisan. masyaallah, aku berulang makan ais krim lebih 5 kali. malam tu berkokok. letih ~ padahal baru je baik dari batuk tau. 

Selamat Pengantin Baru Irsyad dan Farhana

Selamat Pengantin Baru Irsyad dan Farhana

Selamat Pengantin Baru Irsyad dan Farhana


patut aku jadikan kamera bff kan? ambil semua gambar hahahaha. aku kena aktif ambil gambar lah lepasni. hmm. 

aku sertakan beberapa gambar untuk tatapan korang seperti biasa. hahahhaa. gambar orang lain yang tak ada aku (yang sepatutnya aku letak dalam blog, aku tak letak. sebab aku tak ada. jadi suasana ramai dan meriah tu macam tak wujud seperti yang ditulis aku ). 

Selamat Pengantin Baru Irsyad dan Farhana
keluarga lelaki; bergambar bersama pengantin

Selamat Pengantin Baru Irsyad dan Farhana

Selamat Pengantin Baru Irsyad dan Farhana
bonda bersama anak bonda ashem boy

aku stay dekat majlis irsyad sehingga jam 6.30 petang. dan pulang menghadap jammed. tapi aku tidur tak terasa sangat. 


Dipaksa Masuk Bilik

geram tau. mentang - mentang semua cousin tu lelaki. diorang semua paksa aku masuk bilik. kesian ek. hahahaha. tahu kenapa? diorang nak pukul snukerrrrrrrr. mata aku sampai berair pertahankan diri aku yang aku okay je duduk tempat panas. hahahaha. 

yang akhirnya aku terpaksa masuk bilik cousin iaitu madi sebab ayie (suami madi) siap call madi cakap aku nak masuk padahal aku tak cakap apa - apa pun. tak sampai beberapa minit aku masuk bilik selepas dipaksa, iwan buat - buat lah caring. intai aku tengok okay ke tidak. tup tup hilang ya. dah ada dekat pusat snuker. harey betul hahahah. 

diorang jual 'baby panas tu. kesian dekat baby'. hahahahahha aku lemah lah ~ 


Ucapan Untuk Pengantin

selamat pengantin baru buat irsyad dan farhana. semoga perkahwinan ini akan disemai dengan kasih dan sayang yang tak berbelah bahagi. semoga ikatannya akan terus kukuh dan sukar dibuka. semoga setiap hari cinta akan diraikan dengan penuh jiwa. semoga perkahwinan ini diberkati. 

Post a Comment

0 Comments