Sepetang Di MyTOWN Bersama Keluarga Mertua

Sepetang Di MyTOWN Bersama Keluarga Mertua

semalam ketika aku sedang tidur - tidur ayam (kerana baru lepas tidurkan anak), mak mertua call iwan. sebelum itu, mak ada whatsapp ajak makan tengahari bersama keluarga. lagipun mak rindu cucu katanya. memang pada awalnya, aku dan iwan tak dapat sertai, tapi akhirnya. hanya dengan 1 pujukan telefon, iwan kalah dan setuju untuk sama - sama menyertai acara bersama keluarga di hari minggu.

mak bagitahu; nanti berkumpul di mytown jam 3petang. sewaktu panggilan telefon diterima, jam sudah menunjukkan jam 1tengahari. memang terus lah aku menyediakan dan menyetereka baju, mandi dan bersiap. akhirnya jam 3petang baru melangkah keluar rumah.


Hujan Di Bumi Kuala Lumpur Di Hari Minggu

waktu rumah ditinggalkan di belakang, langit cerah dan damai. rupanya kegelapan menghias langit disepanjang lebuhraya federal menuju kuala lumpur. nasib aku, iwan dan anak juga terselamat dari menjadi mangsa kemalangan. bersyukur ~ 

rupanya ketika aku melelap mata, ada si bodoh yang sedang khayal ingin melanggar kami dari laluan lorong tengah. ketika itu kereta yang aku naiki sedang berada di lorong kanan. memang si bodoh itu khayal. nasib baik iwan melajukan sedikit pemanduan kereta, dan kami terlepas dari dilanggar oleh si bodoh. beliau cuba melajukan kereta dan duduk setara dengan kami dan mengangat tangan tanda meminta maaf. 

aku tak faham situasi dan tak merasai apa - apa kerana aku tak nampak apa yang terjadi.  agaknya kalau aku nampak, mungkin akan terlebih kalut dan hal lain pula terjadi? 

setibanya di kuala lumpur; puncak menara merdeka 118 seolah bertampal di atas sehelai kertas bewarna kelabu (belum hujan lagi. langit kelabu bersih). agaknya kalau ambil gambar memang lawa gila. di pertengahan bandar kuala lumpur, hujan turun selebatnya. 

kuala lumpur alami banjir kilat (tidak terlalu teruk). mungkin cuma takungan air, kerana kegagalan sistem longkang.


Makan Tengahari di Restoran A'Decade

rupanya orang dari johor yang menaiki bas tiba - tiba pun sudah sampai dulu di lokasi yang dijanjikan. hehehe. 
maaf mak lambat banyak pula. jammed teruk. 
terus kami duduk dan membuat pilihan makanan tengahari. anak dijaga oleh pakcik makcik atuk yang baik hati. dapatlah aku dan iwan makan dengan tenang. 

Sepetang Di MyTOWN Bersama Keluarga Mertua

Sepetang Di MyTOWN Bersama Keluarga Mertua

semoga murah rezeki mak belanja keluarga makan tengahari di restoran a'decade cawangan myTown. harga makanan ada yang mahal ada yang murah. berbaloi kerana portion makanan sesuai untuk dimakan oleh 2 orang (kecuali tengah lapar). 

rujukan: facebook


aku memilih nasi goreng tomyam with seafood. memang real macam dalam gambar. puas hati aku. cumanya, aku tak dapat nak makan habis. gambar makanan tak ada, sebab kalut lah. aku dan iwan je yang masih menunggu makanan sampai sedangkan yang lain sudah menghabiskan makanan. 



Minum Petang Di Kafe Ikea

Sepetang Di MyTOWN Bersama Keluarga Mertua

makanan tak sempat hadam, sudah diajak minum petang. mungkin yang tak hadam tu cuma aku dan iwan sebab terpaling lambat sampai. hehehe. yang lain pun dah lama habis makan. maaf lah tidak ada gambar. 

di meja kafe ikea, mak ada membuat perbincangan. itulah sebenarnya tujuan perjumpaan pada hari itu. perbincangan keluarga rupanya. ohhhh ~ 

terima kasih uncle sebab belanja anak buah dan semua minum petang. aku yang masih kekenyangan cuma memilih ice blended mocha yang dikongsi dengan iwan. itu pun lambert nak habis. juga tambahan sepotong kek (yang bukan aku pilih tapi diambil oleh adik buat cicipan sambil berbual bersama).

aku banyak diam, dan mendengar. sesekali gelak dan angguk tanda faham. jam juga sudah menunjukkan 8malam. kami semua bangun dan melambai tangan.  sebelum berpisah, sempat juga kami bergambar kenangan. cuma di restoran dan minum petang tiada gambar. 

Sepetang Di MyTOWN Bersama Keluarga Mertua

ketika berbual, anak dijaga oleh uncle (uncle tu yang berdiri disebelah iwan). uncle bawa pusing - pusing sebab anak nangis. tak lama lepas tu, adik datang ambil wallet dan mereka tenggelam di dalam h&m. 

ada hadiah rupanya untuk muhammad aisy. terima kasih uncle belanja cucu. semoga murah rezeki uncle dan semua orang. 

Sepetang Di MyTOWN Bersama Keluarga Mertua

gambar berdua dengan anak is wajib ya. hehehehe. sekarang dah malas pakai handbag. semua barang aku 'tumpang' beg iwan. dan aku pula ada beg lain yang perlu disandang. oh, aku memang tak pakai stroller sebab anak tak nak. jadi memang terpaksa bawa beg 'sekolah' ke sana sini. tak apa lah demi anak hahahahhaa. 

jalan dekat mytown teringat dulu, lepak sini dengan my tasya. korang boleh baca dekat sini; lepak dengan tasya

Post a Comment

2 Comments

  1. Alhamdulilah Allah pelihara keselamatan awak sekeluarga...
    Seronoklah sesekali dapat keluar makan dengan family

    ReplyDelete
  2. Datang sini memang kena cari makan lah. 😁

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.