sebenarnya masih ada gambar yang belum di muat naik ke google drive. aku sepatutnya bawa kamera ke pejabat untuk memindahkan gambar ke laptop. tapi itulah. pagi tadi aku agak kelam kabut dan terpaksa tinggalkan kamera dan aku keluarkan memori kad. dengan harapan laptop yang aku guna boleh masukkan memori kad kamera, rupanya hampa lah tuan puan.
masa rehat, aku dah berkejaran berlari ke aeon mencari usb card reader. dengan tak jumpa kedai aksesori telefon. dah jumpa, tak jual pula. berlapar lah aku dan pulang semula ke pejabat dengan kesedihan.
Majlis Cukur Jambul
ikutkan hanya majlis sanding, tapi emak cakap buatlah sekali. memandangkan dalam keluarga aku ada 2 bayi yang baru dilahirkan. jalan sekali orang kata. kalut juga masa majlis tu sebab tak ada rehersal. majlis pun menumpang orang. hahahaa.
bahagian goodies perfect, bahagian nak pusing orang marhaban bercelaru. harapnya majlis cukur jambul ini adalah amal baik yang diterima. mana tidaknya, majlis cukur jambul untuk 2 bayi, tapi itulah. haahaha. yang bawa peralatan cuma aku ~
|
goodies sponsor dari keluarga maklong |
aku pun baru teringat nak bertanya last minute. yang sepupu aku pun, memang tak ingat nak bertanya/ ditanya. sebab semua orang kalut. majlis hari sabtu, hari jumaat aku pergi beli peralatan. gigihlah. 2 rambut dari kepala bayi digabungkan duduk dalam satu mangkuk. gasak lah ya.
yang kelakarnya, lepas potong rambut tak tahu nak ke depan atau kebelakang. sebab dulangnya hanya 1. lepastu jadi persoalan, perlu beri rambut pada semua ahli marhaban ke? atau yang depan sahaja. ada yang kata pusing sampai belakang, ada yang kata cukup depan je. ah entahlah. pening aku ~
yang rasa berdosa tu; orang bermarhaban, tetamu yang ada dekat situ berborak, bergambar, bertelefon macam tak ada apa - apa yang berlaku. ah ~ bila ingat balik tu rasa macam. betul entah tindakan aku. orang berdoa pun aku tak bertadah tangan. hmmm.
Majlis Sanding Bertema Coklat Nude
|
adik sedih, kakak dah kahwin (bersama adik beradik) |
aku baru perasan. masa majlis aku, aku pilih navy blue. adik aku yang syazwan tu pun navy blue. adik aku yang baru melangsungkan majlis sanding pun navy blue. kelakar kan? mungkin nak pilih hitam, terasa macam dark sangat hidup. jadi pilihan terbaik ialah navy blue. lebih selamat dan cantik.
|
orang kuat majlis yang sangat banyak membantu untuk majlis |
sebenarnya yuni tak mhu adakan majlis. namun selepas didesak ayah, barulah majlis ini terjadi. dulu zaman aku, ayah sponsor majlis. kali ini giliran yuni pula. itupun banyak 'pantang'nya. janji majlis jalan.
baru aku tahu rasanya bila majlis kenduri kahwin, kita akan berjumpa dengan ramai orang. maklumlah masa majlis aku dulu ditentukan oleh pihak dewan. jadi masa yang ada agak terhad. tidak sempat bergambar dengan semua orang dan semuanya telah berjadual. tapi masa tu, aku tak peduli orang. yang penting gambar aku onz jelah dalam kamera. yang datang kenduri, datang makan jelah.
|
geng sepupu |
aku pun tak jumpa sesiapa pakcik makcik yang datang dari kampung. adalah jumpa tapi yang betul - betul rapat. yang nenek atuk sedara tu memang haram aku tak jumpa. sekarang baru aku rasa tindakan aku salah. huhuu.
Dapat Bertegur Sapa
|
bergambar bersama atuk nenek, ayah mak |
aku dapat rasa vibe majlis yuni ni best gila. aku dapat bergambar HAHAHHA. aku dapat berbual 'mesra' dengan atuk nenek sedara. aku dapat menegur siapa yang aku nak. pengantin pula tak ada sesi bergambar di luar. sepanjang hari memang dalam dewan. jadinya, semua tetamu dapat bergambar dengan pengantin. waktu aku dulu, aku tak ada gambar dengan keluarga besar. apetah lagi dengan keluarga aku. sadis lah ek. hmmm.
lagi 1, aku rasa macam sedara mara yang dari jauh semua ada. adalah tak cukup sorang dua, tapi rasa 'perfect!'. aku ke hulur hilir macam orang sibuk HAHAHH. mantol. macam function lah pada hari itu.
Adik Sedih, Kakak Dah Kahwin
yang ini aku rasa macam kesian lah dekat adik aku yang last. hatinya seremuk tisu. mudah menangis untuk situasi orang dewasa. sepatutnya waktu ni, dia gembira. punya laha dia menangis. dari bawah pentas sampai naik pentas sampai turun balik dan masih lah kekal menangis.
|
aisy bergurau dengan baba ^_^ |
tak silap aku, ini dah kali kedua dia menangis untuk yuni. kali pertama masa yuni nikah. dia sedih sebab nanti kakaknya dah tak balik rumah, dah tak sayang dia. maklumlah adik bongsu. abang nya pula suka menyakat, lagi sedih lah budak tu.
memang kita selalu rasa sedih bila ada ahli keluarga lagi - lagi bila adik beradik yang kahwin. sebab akan fikir lepas ni, kakak / abang dah pergi jauh. dah pindah. tak balik rumah. dah jauh. adik pula masih kecil. kononnya masih perlukan kakak. padahal kalau dia dapat telefon, mana layan orang lain pun. kalau jumpa kawan - kawan pun, kakak abang pun dia dah tak nampak. mungkin waktu majlis tu, rasa sedihnya baru terbit. mungkinlah ~
aku ingat nak tulis pasal ayah aku, sebab aku geram dengan beliau waktu majlis tu. tapi tak apalah. HAHAHHA. yelah weyh, geram! kita tanya soalan, jawab jela rilek - rilek. ini tidak. jawapan dibalas dengan marah - marah. aku ni dah lah senang air mata bertakung. aku tak suka la bapak aku ada sifat pemarah yang tak suka menjawab soalan dengan baik. tu jela, yang lain aku sudah bagitahu pada adik aku yang lain. kira macam dah lepas rasa sakit hati tu.
Koleksi Gambar di Majlis Sanding Ayuni
|
keluarga belah pengantin perempuan (ayah) |
|
keluarga belah pengantin perempuan (mak) |
|
keluarga belah pengantin lelaki |
|
bff ayuni |
|
bergambar bersama cousin; fatin bergambar bersama ayah apan dan danish |
|
cu, paklong, ayah, iwan, aku |
|
bapak ayah |
|
apan dan rakan - rakan |
|
atuk, nenek, mak, ayah, anak nenek |
|
pakngah dan makngah |
|
der, makder dan keluarga |
|
maktam dan keluarga |
|
pakcik, makcik dan keluarga |
|
bestie |
|
keluarga arwah paklang |
|
cu dan keluarga |
|
keluarga mal |
|
syazwan sekeluarga |
|
cousin; teha dan suami bersama anak |
|
cousin; kak fatin dan anak |
|
fatin dan tok |
saja lah aku letak gambar pengantin dekat perenggan paling bawah. dengan harapan orang akan baca sampai habis. hehehe.
terima kasih pada semua yang meraikan yuni dan pasangan. terima kasih pada semua yang hadir. terima kasih pada semua yang membantu. terima kasih kepada yang sponsor itu sponsor ini. terima kasih mak ayah yang banyak sponsor anak - anak. semoga murah rezeki semua orang. terima kasih tetamu yang sudi berikan sedikit waktu untuk merai yuni dan pasangan.
semoga yuni dan pasangan hidup bahagia sampai syurga. tak pandai nak jiwang pula dengan budak ni. hahaha. terima kasih sebab banyak mudahkan urusan orang sekeliling. jagakan mak, jagakan anakku yang comel; muhammad. terima kasih masak, kadang - kadang aku makan kat rumah mak. aaa sedih lah. padahal ucapan biasa je. patutla adik aku yang bongsu sedih. walaupun diorang ni macam anjing dan kucing, tapi situasi ini kadang meremuk kan hati. terima kasih yuni jadi adik aku. terima kasih kepada mal sudi jadikan yuni pasangan hidup. semoga selalu bersabar dengan kerakusan kekerasan kedegilan yuni sepanjang hari. semoga kalian bahagia sampai bila - bila.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.