Berlegar tanpa jemu
Jelmaan bayanganmu
Berulang kau datang pergi
Menghidupkan cinta dalam hati
[Verse 2]
Detik berputar saksinya
Peperangan dalam jiwa
Sekali lagi kecundang
Ditewaskan rindu yang bertandang
[Prechorus]
Semakin aku cuba melupakan
Semakin engkau sering ku ingati
Ataupun itu cumalah khayalan
Kehadiranmu sekadar menguji
[Chorus]
Suaramu... terngiang saban waktu
Harumanmu... mewangi jadi rindu
Seperti hidup bagai tawanan
Menanti mengharapkan
Bermimpi dari kejauhan
Pesonamu... meruntun sanubari
Senyumanmu... terbawa dalam mimpi
Sukarnya melawan perasaan
Andainya ku nafikan
Sengsara tidak kesampaian
Oh... kasih
Kekasih
[Solo]
Semakin aku cuba melupakan
Semakin engkau sering ku ingati
Cintamu
Repeat Chorus
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.