Minyak Wangi Eco Shop Sweety Collection


saja nak bagitahu. hehehe. haritu pergi kedai eco shop, aku beli minyak wangi sweety collection. minyak wangi tu wangi tau. cuma tak tahan lama lah. bau nya semua manis - manis. nama pun sweety collection.


Kotak Comel Sweety Collection




aku tak pasti ada berapa botol untuk collection ni. yang aku jumpa ada 3 ni lah. aku borong semua, harganya pun baru rm7.20. kotak minyak wangi ni pun comel weyh. tu aku geram nak angkut 3 botol sekali. padahal entah bila nak guna. hahaha. janji beli lah eh. 


Sweety Collection

sweety collection ada 3 pilihan iaitu; caramel delight, creamy peach, dan marshmallow creme. aku bawa pergi ofis yang creamy peach. memang bau peach ala - ala creamy. bau nya lembut. dekat rumah aku suka pakai caramel delight. yang caramel tu dia macam ala - ala bau pastri. serious. memang wangi. 

aku macam ada 1 soalan. kalau kita beli minyak wangi murah. nak bagi dia tahan lama macammana? kena buat campuran apa? HAHAHHA. 

selain dari dibuat minyak wangi untuk kegunaan pergi keluar jalan - jalan, boleh juga untuk sembur di dalam bilik, bilik air. hehehe. rm2.40 je weyh. 

Post a Comment

1 Comments

  1. Wahh taktahu lak ecoshop ad jual perfume. Menarikk

    Cuba search tips minyak wangi tahan lama dekat TikTok, Cuya pernah jumpa orang share. Dia macam kena layer² kan dgn perfume lain

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.