Lunch Dan GM Klang Bersama Tasya

Lunch Dan GM Klang Bersama Tasya

entri ni sebenarnya bertarikh 13 februari 2024 ya kawan - kawan. baru hari ini aku macam rajin nak masukkan dalam blog. aku rasa lepasni aku nak kena buat gaya penulisan aku santai - santai macam diari supaya aku tak tertekan untuk menulis. sebab selalu aku macam tak tahu nak tulis apa sebab kena susun elok - elok dan menulis ikut aturan. hahaha. 


Makan Tengahari di Restoran Cili Padi, Klang

bila umur dah meningkat ni, memang dah tak wujud nak lepak dengan tasya jalan kaki sekitar kuala lumpur. kaki pun tak berapa nak kuat. dengan kepala lutut nak tercabut setiap kali lalu tangga. mengalahkan warga emas ya. 

sekarang ni kalau nak lepak pun lebih kepada naik kereta, lepak kedai makan/ cafe. borak lah kau sampai malam. gitu je perjumpaan sekarang. macam a bit boring lah. nak buat macammana, aku jalan sikit dah mengah lah penat lah. aku okay jalan jauh, tapi aku kena selang seli kan dengan duduk dan minum

Lunch Dan GM Klang Bersama Tasya

jadi pada 13hb haritu (memang pilih hari selasa sebab tasya cuti, aku jelah kena AL -_- ) , kitorang decide makan tengahari di restoran cili padi, klang. ingat nak cari kedai yang lauk kampung baru ngam. tapi tulah, harga tak berapa nak ngam. hahaha. 

serious harga murah tau. aku ambil nasi, kerabu perut, ikan kembung seekor, teh o ais limau RM10 je. tasya punya ikan keli, sayur apa tah, teh o ais, tempoyak, sambal belacan rm13. murah kan? kenyang lah. 

'cili padi' tu tak berasa sangat. pedas memang pedas cuma tak setanding namanya. ops, siput sedut masak lemak cili padi tak ada tau! hehehhee. 

restoran cili padi, klang
alamat: 9A, Jalan Tanjung Syawal, 1/KU3, 41400 Klang, Selangor 
no tel: 011-3969 1298


GM, Klang

lepas makan terus gerak gm klang. sebagai perempuan memang tak sah kalau tak menyinggah. sempat juga berhenti di eco shop. 2 kedai tau kitorang berhenti bukan 1 hahaha .tak tahu lah apa yang dicari. macam aku, aku bantu iwan cari lori eco hahaha. benda tengah panas, cari lah. banyak kedai stok tak banyak. kemungkinan siap kotak dah ada pemilik. boleh main cop - cop.

Lunch Dan GM Klang Bersama Tasya

dekat gm ni saja cuci mata nak cari barang nikah si tasya. sudahnya tak beli pun. beli barang personal jelah seperti baju dan skirt. hampeh. 

sempat singgah bungkus kaw - kaw buat ngopi - ngopi dan bergozip. cemas aku. hahaha. 


Aeon Mall, Shah Alam

disebabkan tasya ambil aku, dia kenalah hantar aku balik. hehhehee. kalau tak, melepas lah aku dapat keluar hahahahha. dekat aeon pun cuci mata juga tapi tu lah. lajak juga beli baju dekat sini. beli yang ada offer je, yang tak ada offer tunggu ada offer hahaha. 


Lunch Dan GM Klang Bersama Tasya

masa tasya hantar aku depan kedai iwan tu, dia serahkan aku 1 bag agak berat. masyaallah budak ni hahahhaa. dia bawa hadiah birthday aku doh. terima kasih tasya. terlalu awal ya. memang dia paling awal bagi aku hadiah. so sawit loh. 

sampai harini aku tak sempat nak kemas barang dalam tote bag dia kasi. aku dah selongkar isi, cuma belum sempat kemas. ada lah barang yang dia kasi aku dah guna hahahahhahaa. 

terima kasih tasya sebab hadir dalam hidup gue. semoga kau terus jadi kawan aku selamanya walaupun kita pernah masam muka, gaduh tak bertegur sapa, tarik rambut dan macam - macam. 

Lunch Dan GM Klang Bersama Tasya

nak baca pasal birthday aku, boleh bagi dipautan ini ya, makan malam romantik

Post a Comment

2 Comments

  1. sama la kita kekadang tu dah seminggu baru sempat nak update entry. hihihi. yang penting update tak kesah la dah berlalu pun kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak. kadang tak ada mood atau tak ada masa.

      Delete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.