Budaya Cop Parking di Teluk Kemang, Port Dickson

Budaya Cop Parking di Teluk Kemang, Port Dickson
rujukan: https://www.peakpx.com

masa aku bercuti di port dickson sempat juga singgah teluk kemang. dekat sini korang boleh lah membeli - belah baju pantai, pelampung dan macam - macam makanan. majoritinya makanan yang dijual disini semuanya sama sahaja ~


Misi Mencari Sarapan Teluk Kemang

Budaya Cop Parking di Teluk Kemang, Port Dickson

pada hari kedua, seawal jam 8.30 pagi aku dah tiba di pantai teluk kemang mencari sarapan pagi. susah juga nak cari nasi lemak ya. kebanyakkan makanan yang dijual adalah makanan yang patut dimakan waktu pagi. contohnya seperti mee kari, mihun, bakso dan lain - lain. 

aku meman tak ambil gambar makanan. entahla. makanan tawar ya. bakso tawar tak rasa apa. standard bakso orang melayu ni ada mihun, sup, sambal yang taktahu sambal apa, bebola. boleh lah jual rm7-rm10. tak ada mood ya nak makan HAHAHAH. 


Cop Parking

Budaya Cop Parking di Teluk Kemang, Port Dickson

seawal 8.30 pagi parking dah penuh dengan kenderaan keluarga. masing - masing tak lepaskan peluang mandi manda di pantai. yang aku nak marah adalah kerana banyak lot parking yang dicop dengan kerusi, penyodok, tayar dan lain - lain. 

kebanyakkan yang cop lot parking adalah tuan gerai/ kedai yang bekerja di sekitar situ. boleh meh? 

Budaya Cop Parking di Teluk Kemang, Port Dickson

masa iwan nak parking kereta depan kedai baju, ada pelanggan yang sedang belek baju dikedai makcik ni. lepas dah habis bayar pelanggan pun beredar. ada makcik tu suruh iwan berhenti kereta. makcik tu tak membenarkan kereta parking sampai dalam ikut kotak parking. dah bontot kereta tu macam terkeluar sikit. entah apa - apa perangai. dia bayar lot kedai je bukan lot parking. 

Post a Comment

2 Comments

  1. mmg macam2 ragam peniaga.. ammi pun tak gi telok kemang dah sebab dengarnya nak duduk situ pun kena bayar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah tu. dengan kedai dekat situ pesan awal2. kalau duduk dekat meja dia order di meja dia je. serba salah. awal pagi kena makan mee kari hahahaha letih la

      Delete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.