Teratak Rehat Atie Ira Chalet D'Pantai - Melaka

Teratak Rehat Atie Ira Chalet D'Pantai - Melaka

sebenarnya entri ini adalah bertujuan untuk aku 'review' teratak rehat atie ira chalet d'pantai melaka. panjang weh nama chalet ni. chalet ini merupakan penginapan hari kedua kami sekeluarga. kalau ikutkan aku dan mak aku nak cari chalet yang ada kolam. senang adik - adik aku nak mandi dan ada orang tengokkan. 

memandangkan ayah aku pula gian nak memancing, akhirnya iwan pilih chalet yang ini. 


Booking Lambat

Teratak Rehat Atie Ira Chalet D'Pantai - Melaka

chalet ini dibooking memang last minute gila. memandangkan chalet ini ada kekosongan, memang ini pilihan chalet yang sesuai untuk ayah memancing. pic (owner) chalet meminta kami untuk membuat bayaran penuh sebelum tengahari untuk 'lock' bilik katanya. 

ayah tanpa memikir panjang terus bank in rm415 untuk 2 bilik aircond apartment rm145x2 dan 1 bilik aircond teres rm125. aku, iwan dan adik perempuan aku akan tinggal di bilik apartment tingkat 1, manakala mak dan ayah pula akan duduk di bilik aircond apartment tingkat paling bawah. adik aku, isteri dan anaknya pula akan tinggal di bilik aircond teres.

iwan tanya kepada owner jika kami boleh masuk awal. owner kata tidak boleh kerana tidak sempat kemas. then okay lah kan. 


Kena Sidai Dengan 'Staf'

kami sampai di teratak rehat atie ira chalte d'pantai melaka tepat jam 2.45pm. aku dan iwan terus ke bahagian 'pendaftaran' yang tak berapa nak pendaftaran sangat. macam rumah owner lah macam tu. aku perhati je white board yang di sangkut dekat dinding. mana nama aku? kami 'lock' bilik atas nama IWAN/MIZA. tapi nama kami tidak ada! aku dah hangin dah. tadi kabo nak lock sangat. 

ada seorang nenek, dan seorang lelaki yang mengaku diri sebagai staf. aku syak tu anak kepada owner chalet. katanya chalet belum kemas lagi. aku tanya lagi sekali "memang tak kemas langsung ke?". lepastu ada lelaki lain yang jawab "oh belum siap kemas, tengah kemas". aku cooldown sekejap. kunci paling awal yang kami terima ialah kunci bilik untuk bilik teres yang akan diduduki oleh adik aku, isteri dan anaknya. 

manakala bilik aku dan mak ayah aku masih belum siap. ayah aku mood baik sebab dapat memancing. lega~ kalau tidak, kena maki orang depan tu. 

Bilik Lambat Kemas

Teratak Rehat Atie Ira Chalet D'Pantai - Melaka

definisi "tengah kemas" tu macam dalam gambar ni lah. hahaha. bilik ni ditinggal. hanya cadar selimut yang baru siap dicabut dan belum diganti baru. tilam berbogel merai kedatangan tetamu baru. 

Teratak Rehat Atie Ira Chalet D'Pantai - Melaka

lama aku tunggu depan bilik ni. namun tak ada sesiapa pun yang datang. pukul 3.20pm macam tu baru lah aku dan mak dapat masuk ke bilik masing - masing melepas rehat dan penat. geram tau! iwan call owner chalet, dan owner tersebut hanya berikan kami extra masa untuk checkout. checkout normal pukul 12pm, kami dapat pelepasan checkout dalam jam 2pm macam tu. 

terima kasih pada staf yang kemas bilik kami. 


Masalah Bilik

Teratak Rehat Atie Ira Chalet D'Pantai - Melaka

bilik aku memang panas waktu siang. entah macammanalah nak setting remote penghawa dingin tu. samar - samar je tulisan nya pun. letih. bilik mak aku pula, sejuk gila sebab tak ada remote yang boleh control. remote tu memang tak dapat pun. yang ada cuma remote tv sahaja. boleh on tv tapi tiada siaran. remote njoi tak ada. bijak kan? 

bilik adik aku tak ada pemanas air, kesian ~

selain itu, pintu tandas bilik aku pun macam nak roboh. dah lari dari laluan asal. tak boleh kunci. terpaksa lah mandi tu berhati - hati takut ada yang membuka tiba - tiba. air jangan cakap lah, kecil macam kencing tikus. silap haribulan, kencing tikus lagi laju ya. tandas mak aku pula tak boleh pam. macam - macam hal mat.

Teratak Rehat Atie Ira Chalet D'Pantai - Melaka

mungkin sebab aku tingkat 1. lah, habistu memang tingkat 1 tak perlu air eh? hahaha. yang duduk tingkat 2 aku rasa memang air besar kencing semut. tu pun kalau air keluar lah hahaha. terpaksa lah menadah air setiap kali nak mandi. tak puas langsung. air panas taktahu boleh guna ke tak. sebab air tak keluar. kahkah. 


dengan tak sediakan sabun dan shampu nya. bekas ada, tapi itulah. kosong. tuala memang tak dapat. kena minta. yang kelakar nya 'staf' boleh cakap "tuala habis, sebab ramai request. hotak dia. kalau tak request tak dapat lah? 1 bilik ikut bilangan katil. kalau semua orang request pun for sure cukup je tuala tu. melainkan bilik yang tersedia dekat chalet tu ada 10, tapi tuala 5 helai je. memang tak dapat lah. 

kelakar tau. tuala pula macam tuala zaman nenek nenek. yang ada pewarna cat tumpah. seolah - olah dah basuh tapi warna tu masih lekat. bedal lah. masalahnya tuala tu macam tuala zaman nenek - nenek yang dah kena banjir doh. hahaha. aku lupa nak bau sebab aku tak guna. macam geli dan tak bersih. 

Teratak Rehat Atie Ira Chalet D'Pantai - Melaka

oh ya, aku terlupa pasal bilik adik aku. selain dari tak ada pemanas air, bilik dia dekat dengan pokok. memang banyak nyamuk. penghawa dingin pun malu  - malu nak keluar angin sebab bilik agak luas. ah entahlah. 

paling penat, bilik mak aku tak ada line internet. HAHAHAHAH. benda penting ni. nasib baik bilik aku ada juga 2 3 bar walaupun perlahan. bilik mak aku non hado. ada masa whatsapp lepas, ada masa 1 tick. malas aku. 

persekitaran chalet agak kotor. tak dijaga. kau faham - faham jelah melayu ~ hahaha


Gazebo Tepi Pantai

chalet ni best sebab tepi pantai je. selain tu boleh memancing, tu pun kalau ada ikan lah. gazebo yang tersedia tu kena bayar kalau nak guna untuk bbq. ada tempat membakar dan juga singki, memang sangat memudahkan pengunjung. cuma harga gazebo tu dikira ikut kepala. lucu ya. hahaha. 

kalau nak mandi pantai, kena berjalan sikit. kawasan chalet ni macam tak sesuai budak - budak nak mandi, agak bahaya. 

kawasan parking agak luas dan bebas. chalet ada pelbagai pilihan tersedia.



Teratak Rehat Atie Ira Chalet D'Pantai - Melaka
alamat: Kg. Sg. Kertah, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, 78300 Melaka 
no tel: 019-217 2317 

Post a Comment

4 Comments

  1. Benci nya la pengalaman mcm ni..tak seindah yang diduga. Stress weh

    ReplyDelete
  2. Lama tak masuk Melaka. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  3. Tergamaknya owner homestay tak jaga facilities & biarkan guest stay dalam keadaan tak selesa.

    ReplyDelete
  4. Fasiliti macam hauk tu. Sedih rasanya. Lagi-lagi pergi dengan famili.

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.