Berehat Bersama Keluarga Sekitar Port Dickson dan Melaka

Berehat Bersama Keluarga Sekitar Port Dickson dan Melaka

ini merupakan percutian yang tak dirancang dan tiada dalam senarai. ikutkan awal pagi tu, aku dan iwan pergi klinik untuk minum air gula. hehehe. kemudian kitorang singgah dobi nak basuh baju. lepastu dapat panggilan dari ayah ajak pergi port dickson ramai - ramai ayah belanja. woah best tu. hahaha. jimat duit hehhee. semoga satu hari nanti aku pula ada banyak duit boleh belanja semua orang makan dan jalan - jalan 1 keluarga. 


Hari Pertama di Port Dickson

aku dan iwan gerak ke port dickson dalam pukul 4petang macam tu. mana tidaknya, nak menunggu baju siap dibasuh sempat lah jamu makan tengahari di restoran berdekatan dobi. selepas tu naik rumah pula. check baju kalau  ada yang basah. alang - alang susun dan kemas sekali baju yang nak dibawa ke percutian tak dijangka ke port dickson. 


Homestay @Ehsan Waterpark, Port Dickson

ehsan dari pakcik google

kitorang memang gerak santai je. tak ada nak kejar apa - apa. ayah cadang suruh aku dan adik aku (syazwan) naik kereta sekali. jimat minyak. boleh lah ayah belanja minyak pergi dan balik.  kebetulan waktu itu aku dan iwan ada duit lebih jadi aku cakap dengan ayah, aku dan syazwan akan gerak asing. senang nak ke mana - mana. kot la nanti balik ada yang nak menyinggah. at least tiada siapa yang menunggu kitorang kalau kitorang lambat. hehehe. 

Berehat Bersama Keluarga Sekitar Port Dickson dan Melaka

lokasi pertama yang dituju ialah ehsan waterpark, port dickson. nais juga tempatnya. macam apartment dan ada 'waterpark' yang sedang ditutup (mungkin dinaik taraf atau tutup selamanya). kalau waterpark tu wujud, memang terbaik doh! berendam jelah kerja.

disebabkan waterpark ditutup, mungkin atas inisiatif warga dekat situ. diorang bangunkan kolam pam yang ada gelongsor tu. boleh la buat rasa - rasa bagi budak main. tapi kena charge lah. tak silap rm10 untuk kanak - kanak pakej sekali dengan burger + nugget + air. boleh la. budak - budak kalau main air memang syok, naik je lapar. makanan tu berguna juga untuk diorang makan kan? 

Medan Ikan Bakar PNKMB Kuala Sungai Baru Melaka

memang tak ada aktiviti apa pun. sampai homestay rilek - rilek atas katil. budak - budak semua sibuk mandi. kita ni dah besar panjang takkan nak join. kolam pun besar bulu mata. hahahaa. baring jela atas 'kolam' katil ni. 

lepas maghrib macam tu aktiviti nya makan malam. iwan bawa kitorang se family ke medan ikan bakar pnkmb kuala sungai baru melaka. banyak aku nak complaint ni. hehhee

Berehat Bersama Keluarga Sekitar Port Dickson dan Melaka

masa kitorang datang, boleh kata kebanyakkan meja cuma ada hidangan air sahaja. fikir sendiri lah ye, memang kita ni mesti lambet lagi nak dapat makanan. disebabkan nak vibe makan ikan bakar tepi pantai/ sungai , so bedal jela. 

pengunjung disajikan dengan lagu dangdut versi budak tiktok. ala - ala clubbing gitu. volume agak kuat dan mengganggu orang nak berbual. sudahnya ayah aku pergi dekat dapur dan minta chef tu tutup/ perlahankan sikit volume. tahu - tahu lagu hilang. tak lama kemudian diganti lagu lain dengan lebih aman damai. HAHAHAHAH. cayalah bapak aku. kalau tak berborak dengan orang sebelah macam nak menjerit. dua - dua serba pekak, lagu lagi kuat dari suara. bingit!


meja yang ada disekitar restoran juga ada yang tak beralas. kesian siapa yang duduk disitu. air sampai selepas 30 - 40 minit. sementara menunggu makanan sampai, memang cawan semua jadi kosonglah. memang terlalu lama. hampir 1 jam - 1 jam setengah juga. masyaallah lapar betul tuhan yang tahu. 

banyak juga menu yang habis. padahal sampai 8 malam. entah lah~ menu paling femes telur dadar pun telur habis! kesian ~ makanan overall sedap dan boleh dikatakan agak murah. cuma sotong tu macam kelakar sikit lah. HAHAHA. entah diorang basuh ke tidak. ada gigi sotong tertinggal. setiap kali mengunyah sotong tu, boleh la rasa keras2 gigi sotong. yerk. tak dapat dibayangkan. 

hampir ke 11 malam juga lah sampai homestay untuk beradu. makan pun kenyang, mengantuk sudah. 


Hari Kedua di Melaka

awal pagi aku dah bangun sebab iwan kelaparan. kitorang bersiar - siar di teluk kemang mencari sarapan pagi. ada kisah cop parking tau. korang baca lah. tak ada apa yang menarik dekat sana. bosan juga. hari kedua macam mencabar sikit. aku tak tahu kenapa ayah aku tiba - tiba nak tukar homestay. tukar angin katanya. nak cari tempat yang boleh memancing. gian mungkin. check out dalam jam 12pm. sambil tu sibuk mencari homestay/ chalet yang boleh memancing. dan akhirnya jumpa. panjang juga kisah chalet tu. hahaha. tapi aku dah buat dalam entri lain. link ada bawah. 

D'Ribut Pengkalan Balak

sementara nak menunggu jam 3petang, sempat lah kitorang singgah restoran makan tengahari. katanya semua orang masih kenyang. tapi macam semua orang makan mee udang. sumpah sedap dan berbaloi. harga aku tak pasti lah. tapi memang real mee udang. selak - selak jumpa udang. mee yang tak ada! ahhaha.

tempat lain tu, udang nya sikit mee yang penuh. manis udang pun terasa ya. sesetengah tempat tu claim manis udang walhal letak gula. aku memang baran ada gula dan rasa manis pada makanan. nak letak gula tak dosa, yang rasa macam baran bila rasa manis tu terlalu kuat. hilang selera lah nak makan. 

Berehat Bersama Keluarga Sekitar Port Dickson dan Melaka

restoran ni aku approve untuk mee udang dia. memang terbaik. korang boleh cuba. dekat bahagian bawah aku akan share semua lokasi ya. 

Teratak Rehat Atie Ira Chalet D'Pantai, Melaka

Berehat Bersama Keluarga Sekitar Port Dickson dan Melaka

selepas makan tengahari kitorang menuju ke chalet. jarak restoran nak ke chalet sangatlah dekat. dalam 10 minit macam tu. 10 minit tu sebab banyak kereta. aku rasa kalau tak ada kereta dalam 5 minit dah sampai. 

lokasi chalet ni agak strategik kerana betul - betul terletak bersebelahan dengan pantai. petang - petang lepak tepi pantai layan angin pun syok juga. ayah aku paling gembira dapat baling tali pancing. terbang duit beli umpan dan kesabaran yang tak bertepi kerana tiada ikan yang tersangkut dimata kail. hehhehe. 

adik aku awal - awal dah sibuk main buaian dia tu. syok lah kan. 

aku ada sedikit komen juga di chalet ni, korang boleh baca kisah chalet disini. hehehe. kaki complaint doh aku. 

DeMuara Ikan Bakar, Kuala Sg. Baru Melaka

Berehat Bersama Keluarga Sekitar Port Dickson dan Melaka

macam biasa. memang datang sini berehat je tak buat apa. tiba - tiba je ayuni dan kawan lelakinya sampai naik motor. hahahaha. lama juga nak menunggu ketibaan berhormat ni. maklumlah dari shah alam. dengan hujannya. sabar jela. 

malam tu kitorang makan dekat demuara ikan bakar, kuala sg baru melaka. entah lah ye. semalam dengan hari ini punya restoran dua - dua lama nak menunggu. cukup korum semua ada. hehehe. meriah. pakcik letak otak - otak dengan jelly kelapa. dua - dua licin. lapar betul semua orang. 

dah habis makan tu terus semua orang pulang ke chalet untuk berehat. 


Hari Ketiga di Melaka

Berehat Bersama Keluarga Sekitar Port Dickson dan Melaka

aku dan iwan macam biasa. bangun awal pagi. katanya syazwan dah keluar lagi awal misi mencari nasi lemak. aku ni tak percaya dengan 'sambal' yang orang buat. manis leting. jadinya aku cakap dengan iwan, aku nak makan laksa johor. kebetulan semalam, masa pusing - pusing kereta nampak gerai laksa johor. tak sempat nak tanya apa - apa, abang gerai tu kabo "maaf kak, laksa habis tinggal air je". berlalu lah aku dengan hampa. 


Pantai Pengkalan Balak, Melaka

jadinya hari ketiga iwan bawa aku lagi ke sini. adik aku yang apan tu ikut sekali. lepak lah kitorang tepi pantai. masa nak alih kan kerusi, ternampak 1 hp dekat atas kerusi. kitorang ambil dan cuba - cuba call. tapi tak siapa yang angkat. 

Berehat Bersama Keluarga Sekitar Port Dickson dan Melaka

masa tuan kedai hantar air, telefon tu ada atas meja. tuan kedai tu diam je tak cakap apa. tapi aku perasan lepas dia letak dulang dekat kaunter, isterinya menggelabah cari telefon tu. lah ~ hahaha. tadi call tak berjawab. sekarang menggelibas pula. hahahah. 

masa kitorang pulangkan telefon tu, nampak macam tuan kedai fikir kitorang ni 'jahat'. walhal anak dia yg hyper. dengan letak kerusi hujung2 longkang. sikit lagi nak terbalik. aku tunggu je tau budak tu nangis. tapi tak nangis - nangis. power dik!

laksa johor sedap weyh! 

habis je laksa dan rokok, kitorang pun pulang ke chalet. 

Lepak Tepi Pantai

Berehat Bersama Keluarga Sekitar Port Dickson dan Melaka

disebabkan kitorang ni extend sampai pukul 2/3 petang banyak lah masa terluang. kasihan iwan tak makan tadi. iwan makan nasi lemak yang adik aku beli. taktahu sedap ke tidak. nasib baik iwan bukan kaki complaint macam aku. semua sedap katanya. hahahah alhamdulillah. 

Bergambar Kenangan

Berehat Bersama Keluarga Sekitar Port Dickson dan Melaka

cuaca pun cantik cerah. kitorang tak melepaskan peluang untuk bergambar. heheh. cukup semua orang ada dalam gambar. memang terbaik.

Berehat Bersama Keluarga Sekitar Port Dickson dan Melaka

helok je kan gambar aku. maklumlah guna iphone bukan milik aku. HAHHA. 

Berehat Bersama Keluarga Sekitar Port Dickson dan Melaka

Berehat Bersama Keluarga Sekitar Port Dickson dan Melaka

terima kasih mak dan ayah belanja 3hari 2malam bersama keluarga tercinta! 
semoga ayah murah rezeki dapat belanja lagi. hehehh

Post a Comment

4 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.