baru sahaja november meninggalkan kita semua. sepantas masa berlalu. sehingga tak perasan kita sedang melewati penghujung kalender 2023.
banyak hal terjadi. banyak hal yang dkhuatiri. sedih, menangis, gembira. segala nya tersimpul satu.
From This to This
1 december 2023. akhirnya aku dapat guna laptop laju. hahahha. gembira? tapi ada yang 'terkorban'. sebelum ni aku guna laptop kak syu. sebelum kak syu berhenti kerja, (dan belum ada plan berhenti), aku ditawarkan i pad/ i ape tah, arwah punya. aku bukan budak apple doh. memang tak reti guna.
aku swap dengan laptop kak syu yang dah berkurun lama. laptop tu sejak 2018? tapi memang dah lama gila. hahaha. aku guna pun 2 tahun rasanya. sebelum tu kak syu yang guna. laptop kak syu laptop dell. memang laju sebab kak syu guna untuk design. siap tambah RAM bagai.
bila sampai dekat aku masih laju. cuma lately dia makin slow. slow dia okay lah. bukan slow sangat. cuma tiba - tiba je not responding. marah betul aku.
Laptop Ienovo ThinkPad
selalu je aku mengadu dekat kaknoi. laptop buat hal. dengan tak boleh katup nya. hahhaha. terpaksa laptop aku dibuka 24jam tanpa katup selayaknya sebuah laptop hahhaha.
dari semalam aku sibuk pindahkan file ke dalam hardisk untuk dipindahkan ke laptop yang 'bakal' aku dapat harini. skrin agak kecil berbanding dell. kau boleh tengok gambar bawah ni.
aku sebenarnya tak isukan sangat saiz skrin. yang penting performance. aku bukan budak design. aku admin bawahan je . cuma aku suka buka banyak tab. senang! dell asyik hang dan menyusahkan aku. kadang - kadang dia ter off sendiri tak semena - mena. nasib baik semua file dalam drive je. kalau tak corrupt je semua. hehehe
Ada yang 'Terkorban'
aku dapat tukar laptop ni bukan saja - saja. ada kisah disebalik semua ini. ada staf yang berhenti kerja tiba - tiba. orang kesayangan arwah encik anwar. aku buka blogspot ni dari tadi. aku mencari gambar sesuai. banyak gambar alif beramai - ramai. terpaksa aku minta dengan kak noi.
dengan playlist macam gampang. lagu sedih mat. rasa kecewa tak tentu hala. rasa sedih tiba - tiba. aku tak ada gambar farewell alif. aku busy menangis. orang semua buat ucapan, aku tak mampu. teringat arwah en anwar. teringat perpisahan. sedih doh.
kebaikan alif muncul satu - satu. entahlah dah berapa lama alif dekat sini. tak terhitung. alif banyak bantu aku.
kerja yang melibatkan syarikat atau kerja yang melibatkan peribadi. dua - dua ada. kali terakhir alip bantu aku ialah ketika aku ingin mendapatkan gambar untuk entri pelembab muka. bersungguh - sungguh dia. entahkan ikhlas entahkan tidak. tapi aku tak peduli kerana dia tetap membantu. habis segala lighting dipancarkan ke muka. dibantu oleh si syahmi.
alip jarang cakap 'tidak'. cumanya, agak lambat. aahaaa. ofis sebelah - sebelah, tapi terpaksa call. tapi tak apalah, bukan masalah besar sangat pun. hehehhe
Shamin Alif
april 2021 |
mei 2021 |
ogos 2021 |
januari 2022 |
april 2022 |
julai 2022 |
ogos 2022 |
mei 2023 |
terima kasih alif untuk kenangan - kenangannya. terima kasih banyak bantu akak. depan - depan tak mampu nak ucapkan kata maaf. agaknya sebab banyak buat salah kot, atau akak yang terlalu emosi sebab banyak kenangan dan perpisahan yang terjadi dalam masa beberapa tahun ni. selamat berjuang di tempat baru, alif. semoga maju jaya hendak Nya~. semoga alif dapat menggapai bintang. semoga sihat - sihat selalu. semoga kita akan berjumpa lagi ^_^ di jalur yang berbeza atau mungkin di dunia atau mungkin di akhirat kelak.
1 Comments
panjang kronologi laptop tu... alhamdulillah dpt guna laptop laju dah... boleh update blog selalu lepas ni
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.