assalamualaikum semua. mood raya masih ada. jadi semua entri memang berkait rapat lah dengan raya dan rumah terbuka. harap nya semua pembaca masih sudi baca dan tak rasa bosan. dalam minggu ni mungkin ada beberapa entri rumah terbuka. mungkin lah ~
buat - buat candid |
Makan - Makan di Rumah Uncle
kalau ikutkan memang dah lama sangat tak jejak rumah uncle. aku kerja dengan syarikat sekarang pun dah jejak 6 tahun. masih bertahan sebab persekitaran yang menarik, bos yang baik. bos jahat sikit tu normal lah. hahah kekadang kena marah, kekadang kerja salah. biasalah mana - mana sama.
agaknya dah 2 tahun lah tak datang sini. dulu sebelum covid setiap tahun datang sini makan - makan. berbuka puasa sama - sama, sambut raya pun sama - sama. covid memang musnahkan semuanya. sambutan kali ini adalah sambutan jamuan makan kecil - kecilan. jemputan nya cuma staf syarikat dan juga orang jauh yang diterbangkan dari korea. noh semua anasayo. aku diam dan banyak mendengar. hahaahah.
ni orang yang buat - buat rajin di dapur. paling rajin yang basuh pinggan. bergilir - gilir diorang. aku tak buat apa. biasa lah, buat - buat sibuk. sesekali menjengah singki dan ajak si pembasuh pinggan berbual. lepastu aku ke depan, cari makanan. sekadar basuh pinggan sendiri je. maaf semua.
(siapa - siapa taknak gambar nya terpamer disini, mohon pm ya)
Bergambar Kenangan
selepas majlis ni habis baru aku perasan. tak ada gambar makanan. sedih. bila aku dapat tahu uncle nak buat makan - makan, aku tanya noi apa menu yang disediakan. dia kata ada laksa joho. seronok aku. yela laksa joho dekat kedai kadang - kadang dijual dengan harga rm15. malas betul. sekali makan. ya ampun.
dari kiri: noi, aku, syahmi, teha, anis |
sibuk jela mencelah dia ni pun (syahmi)!
aku teringat, raya tahun lepas aku ada buat rumah terbuka. jemputan nya cuma sedara mara sahaja. maaf kawan - kawan sebab tak jemput. untuk kali pertama aku masak laksa joho. memang terbaik. nenek aku menambah makan. dia kata sedap jaa. hahaha.
puas makan! tapi rasa tak cukup sebab sibuk layan tetamu. terngiang - ngiang rasanya. cukup bahan. semua orang puji sedap. alhamdulillah. walaupun aku cuma orang selangor dan tak ada kena mengena dengan joho.
dari kiri: kak niza, aku, teha, nisya, nina |
aku tak faham apa masalah aku letak tangan atas kepala teha? hahaha. masih berfikir. yang nisya ni, pandang kamera sorang - sorang je tak ajak dah orang lain. grr. sementara nak makan, kitorang beramah mesra lah. aku pun lupa sebenarnya. gambar ni sebelum ke selepas makan. tapi tengokkan muka nina, macam belum makan lagi. mungkin belum makan lagi lah kot.
kak niza pun masih rilek je. sebab pada hari kejadian, kak niza macam kelam kabut nak keluar. ada kerja diluar. dalam gambar ni masih steady, aku anggarkan ni gambar sebelum makan lah ye. lama juga menunggu nak makan. lapar tau.
sebenarnya boleh je makan awal. tak ada orang yang nak mula masalahnya. aku ni pemalu. nasib baik lah alif gentle. dia mula dulu cedok nasi lemak. aku follow dari belakang ambil langkah kanan ambil laksa joho yang aku dah tunggu dari semalam.
aku geram dengan gambar ni. nampak kepala je. tapi sebab lawa, aku letak lah juga walaupun kalau tak letak pun tak apa sebenarnya. sajalah nak menghargai semua orang yang dah interframe dalam gambar ni.
Sketsa Mini
saja buat mini komik yang tak berapa nak komik. dah banyak masa sangat. semua gambar pula lawa - lawa. nak masukkan juga semua. khairul ni memang hobi dia begini lah. masa orang ambil gambar dia akan buat - buat lalu sebab nak masuk dalam gambar. bukan sekali dia macamni tau. hahahha.
minta maaf cakap. saya terlalu retis untuk masuk dalam kamera. hahaha. helok betul semua gambar. hasil dari kamera - kamera mahal, iphone terkini. jangan jual telefon lah kak noi. simpan buat kenangan untuk guna bila kita nak bergambar ^_^
terima kasih uncle menjemput makan - makan. terima kasih aunty masak nasi lemak sedap. haritu nak minta bawa balik, tak lepas pula. sebab ada tetamu lain pula petang tu. tak malu nya aku. hahahah. nasi lemak sedap. rendang sedap. kuih sedap. semua aku makan tau. kenyang gila ~ alhamdulillah.
1 Comments
Selamat hari raya mieza... Meriah rayanya ye
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.