semalam yakni 26oktober2023 merupakan ulangtahun perkahwinan kedua kami. yang nak baca entri ulangtahun perkahwinan pertama boleh baca di > ulangtahun perkahwinan yang pertama. semalam waktu bekerja aku whatsapp iwan seperti hari - hari normal yang lain. cuma di waktu - waktu akhir nak pulang ke rumah, aku minta iwan bersiap.
aku cakap dekat iwan; harini kita akan makan diluar. aku tak tahu pula, bila aku sampai dirumah, iwan dah siap susun semua makanan. so touching. dalam poket dia cuma ada rm5. dengan berbekalkan rm5 di tangan, dia sempat membeli susu cair, beberapa biji kentang dan juga salad.
ada spageti, kambing perap, kentang putar bersama sos. toching weyh. iwan cakap dia nak deko meja siap nak letak dalam bilik konon tengok pemandangan kolam rumah, siap ada bunga ros. tapi bunga ros tu macam imaginasi dia jelah. aku pun tak tahu ada surprise. kalau tahu, tak ada lah aku buat plan last minute dinner di atsky.
Sambut Anniversary di ATSKY, KL
ini merupakan kunjungan kali kedua aku ke ATSKY tapi bukan cawangan sama. haritu kami berbuka puasa di cawangan ATSKY Bukit Bintang. disana kawasan agak luas untuk indoor. pemandangan outdoor juga menarik. cuma kali ini aku tak berpeluang nak ke kawasan outdoor. tak tahu lah mengapa.
Tempah Dekorasi Majlis
ini merupakan kali pertama aku request decoration yang serupa ini. memang di atsky pelanggan boleh memilih untuk menambah set dekorasi. untuk set dekorasi harga bergantung jumlah pax yang menghadiri majlis berkenaan. dekorasi sama sahaja cuma warna tema berbeza bergantung kepada jenis majlis. aku pilih untuk set ini di bahagian indoor. sejuk sikit lagipun takut hujan tiba - tiba.
untuk majlis harilahir temanya ialah warna hitam & emas, untuk anniversary ialah warna merah hati, untuk farewell pula warnanya ialah putih. kebetulan di belakang aku ada sambutan majlis harilahir, jadi dapatlah aku tengok warna belon dan set dekorasi untuk majlis harilahir. aku rasa set dekorasi untuk semua majlis sama sahaja. menggunakan lilin bateri, gubahan berbunga (berbeza mengikut majlis), dan warna belon mengikut tema majlis.
gambar paling cantik, yang lain semua tak lawa. kena bawa jurugambar peribadi lepasni |
masa kami sampai disini, meja sudah pun siap di deko. macam terpinga - pinga juga sebab susunan deko dia di antara tengah - tengah bucu. duduk fikir nanti nak letak makanan macammana dan kami tak boleh duduk bersebelahan secara dekat. lucu bila teringat balik.
suasana indoor agak nyaman cuma sesekali terdengar kanak - kanak meja belakang dimarahi ayahnya. lagu berkumandang memecahkan suasana. pilihan lagu agak tak menarik. tak pasti itu pilihan lagu untuk pelanggan yang inginkan suasana romantik atau sekadar lagu yang dipasang sehari - hari biasa tu. entahlah.
Harga Berpatutan di ATSKY
untuk pilihan menu di atsky berbaloi dan tak terlalu mahal. cuma untuk orang yang tak berapa nak ada duit waktu itu, akan terasa mahal. iwan pilih lamb shank seperti biasa, manakala aku pula pilih set nasi bersama ayam salted egg. air pula kami pilih jus oren dan nescafe panas. makanan tambahan ialah squid ring.
Ulasan kepada ATSKY
untuk harga makanan yang ditawarkan agak berpatutan pada waktu itu kerana kewangan aku sedang ada dan cukup. untuk harga dekorasi pun mungkin murah berbanding tempat lain. nak komen lebih - lebih pun, aku cuma bayar rm70 untuk set dekorasi. hahaha. aku ingat macam ada bunga betul tapi tak ada. yang pakai bunga asli mungkin harga lebih mahal.
untuk muzik pula macam tak romantik sangat. aku rasa muzik tu untuk semua orang kot. untuk tips: kalau nak buat majlis dekat sini kena effort sikit part gambar. staf macam tak friendly sangat dan macam tak sudi nak ambilkan gambar walaupun mereka dah nampak kita ni terkial - kial selfie. hahaha. boleh je minta tolong cuma gambar tu tak berapa menjadi lah sebab mereka macam nak cepat sambung kerja. tapi terima kasih untuk akak jaga kaunter sudi ambil gambar kami dekat pintu masuk atsky; cantik juga gambarnya.
jumlah harga makanan kami hari itu ialah rm 113.35 sahaja; pecahannya ialah rm8.90 jus oren, rm3.30 nescafe panas, rm20.80 salted egg chicken bersama set nasi, rm49.90 set lambshank, rm14.80 squid ring. rm5.86 caj sst dan tambahan service caj rm9.77.
lambshank agak lembut dan sos yang disajikan bersama set ni sedap, masam - masam. manakala aku punya salted egg tu iras - iras butterchicken. aku malas nak order butterchicken sebab nanti kuah manis (alasan sebab susu manis). dah order salted egg pun manis juga; so failed untuk set nasi salted egg. keropok pun lemau. jus oren ada rasa pahit sikit maybe kulit dia termasuk blender sekali.
selain itu, admin yang aku whatsapp kata ada parking percuma diantara jam 5petang - 10malam. ada 2 pilihan parking iaitu di basement dan multilevel parking. masalahnya kami tak jumpa parking basement yang percuma dan satu - satunya basement yang kami nampak agak mahal bayarannya. total parking yang dikatakan 'percuma' tadi hanyalah rm20 something HAHAHA. terkejut aku. mentekedarah.
Ucapan Kepada Suami
jam 12.50pagi, iwan dah pun beri ucapan panjang pada aku. aku memang dah tidur awal. iwan tidur lambat pada hari tersebut. aku baca semua whatsapp yang iwan beri pada waktu pagi di pejabat dan membalas mesej berkenaan. tak reti nak beri ucapan panjang secara berdepan. nanti nangis. kitonya manjo. hahaha
nak pergi kerja dan pulang dari kerja pun cuma "happy anniversary hubby/ sayang". gitu jelah kami.
terima kasih telah mendampingiku, menjadi suami yang memiliki hati lapang untuk memaafkan dan meminta maaf jika memang bersalah, menjadi pendamping yang akan mengingatkan tanpa pernah terbesit keinginan untuk berbuat kasar. menjadi seorang laki - laki yang tak main tangan dan berkata kasar dan menyakitkan. seorang pendamping yang mampu mencintaiku tanpa banyak kat tapi menunjukkannya. menjadi laki-laki yang tahu bagaimana memperlakukan seorang perempuan dengan baik.
2 Comments
Happy anniversary
ReplyDeleteTahniah
ReplyDeleteEppi annibersari
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.