entri ini adalah sambungan dari entri percutian ke pulau langkawi. yang tak sempat baca permulaan cerita boleh singgah sana ^_^
Aktiviti Menarik di Pulau Langkawi | Hari Kedua
Langkawi SkyBridge
nak ke langkawi skybridge kena naik cable car. kau orang boleh bayangkan tak reaksi aku dalam cable car? perjalanan dari bawah ke pertengahan agak mendebarkan. aku duduk di lantai sahaja. ketakutan menjelma saat aku aku duduk di kerusi yang tersedia. aku takutkan ketinggian.
aku cuma sanggup duduk di kerusi tersedia hanya untuk bergambar! habis bergambar aku duduk di lantai semula. nasib baik hari berkenaan cuaca agak baik dan menyebelahi. tiada angin kencang. deruan bersiul yang kadang kadang terdengar kadang menggerunkan. maklumkan duduk di cerun tinggi.
cable car akan berhenti 3 atau 2 kali tak silap. setiap perhentian ada aktiviti yang boleh dilakukan. ya allah, memori aku hilang. hahaha.
apa yang aku tahu, aku memang tak mampu nak ke seberang melalui titian jambatan itu. aku hanya duduk di laluan depan sahaja. berbeza dengan perjalanan aku ke langkawi ketika bersama blogger dulu. aku tak berani ke penghujung jambatan. aku minta bantuan orang. sepanjang perjalanan ke hujung, aku memegang siapa - siapa yang bersama aku hahaha.
aku tiada gambar menarik kali ini. makcik aku siap bergambar atas jambatan yang berlapik kaca. tidak lah aku berani. kecut jantung aku ini.
demi sekeping gambar di jambatan langkawi, aku gagahkan juga diri ini. aku minta iwan ambilkan gambar aku. waktu itu, ada angin sepoi sepoi menolak jambatan. terasa getar didada. aku ada buat video tau. memang nampak jambatan ni bergerak hahaha.
sempat juga aku bergambar tempat yang ada mangga banyak - banyak. tak kuasa lah aku nak beli mangga dan kunci dekat situ semata nak dapatkan 'lambang' cinta akan kekal. kita jaga jela cinta yang dah ada dan jaga cinta ini selamanya. cewah ~
tak beli mangga pun, dah boleh dapat gambar lawa. hahahah tiba ~
bergambar di kerusi cafe |
dekat jambatan ni ada 1 kafe tau. nak duduk tempat tinggi sambil layan kopi boleh lah beli secawan kopi untuk sekeping gambar.
Mendaki
ada some part yang memang kena mendaki. disebabkan nak rasa semua vibe kenangan di pulau langkawi, memang kami lenjan jelah. cuma kesian dekat iwan sebab lutut dia. harap dia tak menyesal. aku pula lupa nak bawa minyak untuk urut kaki. semoga suamiku cepat sihat, allah angkat segala sakit lutut tu.
aku juga doakan semoga mak aku cepat dan kaki cepat kuat untuk berjalan banyak lepas ni. mak dan ayah aku kemalangan. aku ada tulis dekat sini; mak dan ayah kemalangan. ayah aku dah recover banyak. mak aku, insyaallah. besi arial pun dah cabut dan mak aku dah buat pembedahan kali kedua pasang besi dalam kaki.
Muzium 3D Langkawi
turun dari jambatan kami singgah di muzium 3D langkawi. memang belum pernah jejak sini atau mana- mana muzim 3D di malaysia seingat aku. datang sini memang akan habiskan masa 1 ke 2 jam untuk ambil gambar.
korang layan lah gambar dulu.
nak dapat gambar yang cantik kena pandai main angle untuk gambar nampak lebih menarik dan real. pastikan si tukang ambil gambar tak bosan atau jemu nak snap gambar. hahaha silap - silap boleh bawa gaduh kalau salah angle. handphone mahal tak berguna jika gmbar yang diambil serupa pakai handphone murah.
selepas keluar dari muzium 3D atau mungkin sebelum masuk muzium 3D, kami ada masuk satu tempat ni. macam naik kapal angkasa; serupa itulah. tempat ni terpaling worst sekali. duduk dan pandang atas. konon - konon macam dekat angkasa. keluar dari tempat tu semua mendengus hahaha. paling tak boleh lupa. bukan kami je, pelanggan lain pun membuat mimik muka dan reaksi yang sama.
Aktiviti Menarik di Pulau Langkawi | Hari Ketiga
Parasailang Langkawi | Pantai Cenang
hari ketiga di langkawi, aku dan iwan dah bergegas kemas seawal pagi dan terus pindah pergi homestay mak. bilik yang aku duduk hanya dibayar 2 hari kerana penerbangan aku sangat awal. terpaling awal berbanding orang lain. air asia memang tak guna. hahahah
7.30pagi bersarapan dengan semua orang di warung berdekatan homestay dan ayah terus hantar aku dan iwan ke lapangan terbang. jam 10.30pagi baru lah aku naik kapal terbang untuk berlepas. seawal jam 11.45 aku tiba di KLIA.
marilah kita menikmati gambar orang lain yang masih belum pulang kerana waktu penerbangan dianjak/ tidak berubah dari yang asal. hahahaha.
aku tak lahu lah si syazwan ni memang real berani atau buat - buat berani depan shira hahhaa. setahu aku dia memang gayat dan sangat takutkan ketinggian. yang main natang ni dia berani pula. hahaha. takpela demi isteri tercintah. dapat juga 1 gambar gempak yang orang lain tak ada.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.