ikutkan aku nak post entri ini selepas dari majlis resepsi aku. sebab percutian ke langkawi ni berupa hadiah dari ayah untuk dua orang anaknya yang berkahwin. bukan honeymoon, lebih kepada percutian keluarga lah.
masalahnya entri majlis resepsi yang aku nak post selepas setahun pun tak post lagi. kononnya nak publish masa anniversary setahun. nah kau, nak 2 tahun masih belum tulis apa - apa. tiba - tiba aku rasa menyesal. gambar tak lengkap, ingatan dah lupa, kenangan makin samar. kenapa aku simpan perangai malas dalam menulis kenangan untuk aku simpan? salah siapa nih. marah betul. paling rasa marah bila setiap percutian aku, gambar tak lengkap. aku tak ambil gambar makan malam. gambar resort / homestay/ kenderaan yang aku naik. aduh. menyesal tak sudah. namun tetaplah nasi dah jadi bubur. aku kena jadi lebih prihatin lain kali.
Bercuti ke Langkawi 3 Hari 2 Malam
percutian ke langkawi kali ini adalah selama 3 hari. bermula 12 februari 2022 sehingga 14 februari 2023. antara ahli yang terlibat ialah keluarga aku lah. hahaha. lepastu ada makcik aku dan anak - anak serta atuk dan nenek. tambahan satu keluarga kecil iaitu kawan aya. si havoc; pakcik zul. oh sebenarnya ayah aku dah beli tiket untuk semua orang. di akhir waktu, atuk dan nenek tak jadi pergi sebab percutian ke langkawi akan ada aktiviti mendaki dan lain lain. kaki atuk aku tak kuat. nenek aku nak, tapi dia kesiankan atuk aku lonely nanti. hahaha sunyi orang tua tu.
Tiket Asing Jadual Berubah
pakcik zul beli tiket sendirian berhad. ayah belikan tiket untuk keluarga aku dan makcik aku sahaja. air asia dan sidai orang berpisah tiada. aku dan iwan antara orang yang malang juga. hahaha. perjalanan pergi aku dilambatkan dan aku paling awal pulang ke selangor. sakit hati betul ya.
trip pertama berlepas ialah ayah, mak, adik aku 4 orang, cu dan anaknya. trip kedua ialah aku, iwan, syazwan dan isterinya. aku dan 3 orang lainnya ke lapangan terbang dihantar oleh seorang pemandu iaitu kawan ayah aku. jiran sekampung lah orang kata. dia pun memang bawa van. sesuai sangat nak hantarkan kami. ada imbuhan upah untuknya.
aku sampai di lapangan terbang lebih kurang jam 9pagi. tak ingat berlepas jam berapa. namun tiba ke destinasi pada jam 12.05tengahari. cahaya matahari terik memancar kami.
sampai sahaja di lapangan terbang langkawi, kami mencari kereta sewa yang telah ditempah oleh ayah. syazwan memakai myvi manakala aku dan iwan pakai kereta apetah la. perjanjian nya myvi 1, axia 1. tapi yang dapat kereta lain. huhu. memang kereta yang aku dapat agak malang keladi. memang aku ingat betul.
Kereta Sewa Malang
maklumlah, ini kali pertama menggunakan kereta sewa. selepas dapat kunci memang kami terus gerak ke perhentian pertama iaitu mencari makan mengisi perut yang lapar. tak ada masa nak check kondisi kereta ke apa. memang dah lapar sangat. kami ke laksa corner langkawi. tiada gambar makanan harap maklum.
selepas makan, aku dan iwan sempat ke pinggir pantai ambil gambar berdua. itu memang sudah semestinya.
selepas makan, kami semua bergerak ke homestay. homestay yang ayah tempah ialah sebuah rumah yang ada 3 bilik dan tambahan 2 bilik asing. aku dan syazwan masing - masing dapat sebuah bilik. mak ayah adik - adik, makcik dan anaknya, serta pakcik havoc; zul duduk serumah.
Aktiviti Menarik di Pulau Langkawi | Hari Pertama
Langkawi Mangrove Tour | Eagle Feeding dan Sungai Kilim
aktiviti petang kami ialah memberi makan helang walaupun sebenarnya semua penakut. hahahaha. tak de kose nak bagi makan helang. pandai - pandai lah helang tu cari makan sendiri ye dak. disebabkan kami ni datang dalam kumpulan yang besar, dapatlah naik satu bot yang besar untuk memuatkan kumpulan kami tanpa ada pengungjung lain. bab harga korang search jelah. aku pun tak tahu sangat.
perjalanan bot membawa kami ke habitat burung helang. pemandu bot mula membuang kulit ayam untuk mengumpan sang helang datang berkerumun. terlalu asyik. aku takut dan risau kalau - kalau helang ni menyambar aku. aku minta maaf kalau ada bahagian yang aku tertinggal. masih samar nak mengingat semua.
pakcik zul terpaling berani. duduk hujung - hujung bot. ngeri jelah kalau jatuh dalam air tu. warna dah seram.
ayah juga buat - buat berani bergambar dihujung bot. tapi tak boleh lawan pakcik zul. dia berdiri hujung bot seperti pelakon kapal titanic. hahahha. kau bayangkan jelah. aku malas nak share gambar terlalu aib. tibaa ~ rasanya kami ada pergi ke gua buaya?
Gua Kelawar
perjalanan seterusnya ialah ke gua kelawar. masih lagi menaik bot yang sama. bot akan berhenti di jeti dan kami diturunkan disitu. rasanya disini ada sekawan monyet liar. disini kami berjalan sendiri dan tiada panduarah.
jangan risau dengan kegelapan kerana laluan ini telah disimen dan tak extream pun. kemudian kami ke kawasan ternak ikan. aktiviti paling aku tak suka bila melibatkan air. tak menyelam mesti ikan. geli! aku buat - buat hadir jela dekat situ. kalau tak hadir tak ada gambar aku pula. maaf lah kalau susun atur lokasi bersepah. aku sendiri sudah lupa yang mana dulu yang mana terkemudian.
tak silap ada kedai makan kawasan ternak ikan ni. aku fikir ayah nak ajak kami makan tengahari disini. sangkaan ku meleset. hahaha. lagipun restoran ni mesti mahal kan.
aktiviti hari berkenaan dilanjutkan sehingga ke dataran lang.
Dataran Lang
di dataran lang tiada apa yang nak dibuat selain bergambar dengan mercu tanda 'done hadir' langkawi. yang menariknya dekat sini kawasan agak luas. jika datang pada waktu tengahari atau petang, bawa lah topi dan cermin mata hitam kalis cahaya matahari. memang panas terik. korang boleh membeli belah disini.
aku sempat beli 'baju baru' sebagai kenang kenangan untuk aku pakai di ke esokkan hari.
Pengalaman Pahit di Pulau Langkawi
Kena Saman
kenangan pahit yang tak dapat dilupakan di langkawi ialah kena saman. hahaah yang ni kelakar. yelah kali pertama pakai kereta sewa, mana ada pengetahuan nak check petrol lah, check kondisi kereta lah, check roadtax kereta lah. memang tak ada masa dan tak tahu. tahu ambil kunci, kereta boleh jalan then jalan.
selepas pulang ke dataran lang (mungkin) menuju ke homestay, di pertengahan jalan ada sekatan jalan raya. memang tak boleh nak berpatah balik dan kami memang confident kereta kami okay. aku dah siap tukar pemandu sebab rekod aku baik. rupanya kereta aku naiki kena saman kerana roadtax telah tamat tempoh. syazwan pun kena saman juga. lesen mati. hahaha elok lah tu. masing - masing kena keluar rm300. nasib aku baik sebab aku disaman atas kesalahan kereta bukan diri sendiri. aku tak perlu keluar rm300 tetapi pemilik kereta sewa yang kena keluar duit.
kereta sewa di pulau langkawi ni adalah satu hal yang penting dan menjadi keutamaan. bukan semua orang akan bawa kereta sendiri bila ke sana. sangat tak logik bila kereta tu roadtax mati. aku pun dah lupa nama syarikat tu. kalau tahu, aku tepek dekat sini. hehehe
Minyak Kereta Habis
selepas aku maklumkan empunya kereta sewa, dia memberikan kami sebuah kereta lain. tak silap aku mungkin axia/ myvi yang agak 'buruk/ lama'. kami terima seadanya lah. kerana kereta yang awal kami dapat dah tak boleh digunakan lagi.
kereta sewa yang lama kami tinggalkan di tempat kami menikmati makan malam (aku lupa dimana). iwan dimaklumkan untuk ambil kunci kereta sewa yang baru di sekitar itu. hari itu kami gembira kerana telah memiliki kereta lain.
rupanya ini malapetaka malang kali kedua. hahahhaa. sakit hati aku. dalam perjalanan pulang ke homestay dari tempat makan, kereta kami tersengguk - sengguk. minyak petrol tinggal 1 atau 2 bar sahaja semasa kami terima kereta. perjalanan dari tempat makan ke kawasan petrol pam terdekat agak 'jauh' dan tak sempat sampai. sudahnya, aku dan iwan berhenti di kawasan deret kedai dan menunggu yang lain tiba menyelamatkan kami.
aku dah la baru je isi minyak kereta lagi satu yang dah mati roadtax. sekarang kereta minyak ni pula yang habis. akhirnya ayah ambil keputusan untuk tidak lagi kami gunakan kereta asing. ayah minta kami berkongsi kereta dengan syazwan kerana kami antara orang paling awal yang akan pulang.
tamat untuk hari pertama yang penuh dengan malapetaka.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.