tarikh kejadian sebenar ialah pada 3 september 2023. cuma aku lah yang macam biasa, selalu dan terlalu sangat tak ada masa dan tak ada mood untuk menulis. bila dah ada masa untuk menulis, tertalu panjang pula ceritanya. macam nak buat karangan spm. kadang jadi macam malas nak tulis pun ada. tapi itulah, nanti mula akan rasa menyesal sebab tak ada kenangan.
Sambut di Dolly Dimsum, Sunway Pyramid
malam sebelum sambutan diadakan , aku dan iwan ada datang rumah cikjue dan ayah which is hari sabtu. sebab hari jumaat iwan ada datang rumah ayah dan cikjue sorang - sorang. katanya hari sabtu tu ayah nak jumpa. debau lah; ada buat salah apa lah ahaha. hari jumaat aku kerja jadi iwan datang rumah ayah dan cikjue waktu siang sampai lah ke malam. kebetulan aku dengan iwan ada krisis sikit bermula dari hari khamis HAHAHAH. semua sebab orang lain. menyampah betul aku! tak boleh ke biar je aku dengan iwan berbahagia. kahkah.
tema sambutan hari lahir hani ialah warna nude. berdasarkan gambar diatas, macam aku je yang tak ikut tema. sebabnya warna baju tu diberitahu pada jam 12.30tengahari. sedangkan aku keluar rumah awal dalam jam 10pagi?
sebab hari sabtu tu cikjue bagitahu berkumpul pukul 12tengahari. sekali waktu diubah jadi 1tengahari. hahah. namun sempatlah aku jalan - jalan di aeon cari hadiah hani dan juga bersarapan di kedai mamak. makanan sarapan tu insyaallah kenyang sementara nak tunggu makan tengahari.
Kali Pertama Makan di Dolly Dimsum, Sunway Pyramid
ini merupakan kali pertama makan di dolly dimsum. sebelum ni hanya dengar dari mulut orang sahaja tentang ke famous -an kedai ini. bila sebut sahaja nama dimsum, apa yang terlintas di fikiran aku ialah makanan yang dibungkus kecil - kecil tu. hahaha. aku asyiklah terbayang apa yang nak dimakan masa dekat sana nanti.
dolly dimsum turut dikenali sebagai asia mex concepts. yang nak tahu status halal dolly dimsum boleh search dekat halal direktori JAKIM. aku dah cari dua - dua nama ni dan tiada dalam direktori. dolly dimsum mungkin tak pernah berdaftar untuk mendapatkan pengiktirafan halal jakim atau mungkin dalam proses, aku pun tak tahu. asalkan makan tanpa was - was dan yakin mereka guna barang halal, makan jela. kalau rasa tak yakin, jangan makan. nanti jatuh syubhah guys.
disebabkan aku ni taktahu nak order apa, aku ambil jela pilihan bubur ayam. makan nasi macam bosan kan? selain itu aku habiskan makanan orang. banyak sangat makanan. potion pun banyak. terima kasih ayah sebab belanja makan dan meraikan hari lahir hani.
restoran ini pilihan hani. sebab hari lahir hani kan? hahaha. semua orang follow je. tema warna baju pun selalunya pemilik hari lahir yang akan tentukan. taknak ikut pun tak apa sebab suka suka je. bagi meriah.
selepas kenyang makan, kitorang berbagi - bagi hadiah. dah lama sebenarnya aku tak join sambutan hari lahir bersama diorang. sebabnya segan tak ada pitih. nak makan kosong macam tak sedap lah kan? tahun ni sambut hari lahir hani, aku dan iwan berkongsi wang belikan hadiah. dapat lah beli hadiah mahal sikit. rezeki hani.
Jumpa Anak Buah
ini baby gina. gina ialah anak cikjue. sampai ke hari ini aku masih tak membiasakan diri memanggil cikjue dengan panggilan 'mama' seperti anak cikjue yang lain. sebabnya, iwan membesar dengan ibu tiri. selepas meningkat dewasa sedikit iwan berpindah dan tinggal membesar bersama ayah dan cikjue.
iwan juga memanggil cikjue dengan panggilan cikjue. adalah janggal jika tiba - tiba aku seorang panggil cikjue dengan panggilan 'mama'. aku panggil dalam hati dan dalam tulisan - tulisan aku di istagram sahaja. sebab segan. hehehe
comel sangat anak gina. baru 2 bulan rasanya. tak berani lagi nak pegang. anak orang tu. jadi apa - apa karang susah. biar dia besar sikit lah baru aku minta izin pegang.
Future Land Fun Zone, Sunway Pyramid
sementara menunggu gina susukan anaknya; aku, iwan, idhlan dan cikjue jalan - jalan menuju ke tempat bowling. disebabkan ramai sangat orang, cikjue bagi nama dan kitorang keluar dari tempat bowling. idhlan dan iwan main game VR.
nama tempat main game VR tu ialah future land fun zone. ada beberapa game yang disediakan. ada pakej dan harganya agak mahal sedikit lah. yang iwan main ni pakej rm60 / rm65 untuk 2 game. mula - mula diorang main game racing. agak membosankan. game kedua diorang main roller coster. nampak menarik sebab diorang pusingkan tempat duduk macam real. hahaha. terbang rambut.
Bowling di Sunway Pyramid
iwan dan idhlan |
selepas nama cikjue diumumkan di pembesar suara, cikjue buat pendaftaran dan bayaran. semua orang pun dah sampai. gina, baby dan suaminya; fahim tak join. sebab kawasan bowling tu terlalu ramai sangat orang. tak elok untuk baby kecil. lagipun agak bising.
gina dan fahim habiskan masa di sekitar sunway pyramid sementara menunggu semua orang berbowling. mula - mula main 1 game je lepastu tambah lagi 1 game. awal - awal main semua ke longkang. game kedua baru semua main dengan bergaya.
game pertama aku tak sempat tangkap gambar. layar paparan hilang. cepat betul. kali kedua baru sempat ambil gambar. game pertama dimenangi oleh cikjue! tahniah. game kedua pula dimenangi oleh cikjue juga, diikuti oleh tempat kedua; iwan, tempat ketiga hani, tempat keempat idhlan dan terakhir sekali ayah.
ayah antara orang yang banyak memberikan tips namun keputusan ayah agak tak memberansangkan. kemenangan tidak berpihak kepada ayah.
love <3
Kenduri Durian di Padang Jawa
selepas berpenat - penat berlawan bowling, ayah dan cikjue singgah di padang jawa untuk membeli stok buah durian. selain itu mereka makan sekali disitu. iwan lah yang request nak makan durian.
iwan kata 3 bakul ayah beli. durian dekat sini agak murah dan berbaloi berbanding tempat lain. lebih jimat. ayah beli durian untuk dijadikan stok sebagai hidangan bagi menu cendol durian yang dijual di santai, setia alam. datang lah kalau kelapangan.
aku tak join sebab aku tak makan durian. aku dah terbaring macam nak demam. mungkin terlalu lama dalam penghawa dingin. hidung pun berair je. iwan balik dengan keadaan yang barai. katanya badan panas. hahah rasakanlah penangan buah durian!
itu sahaja cerita kali ini.
buat hani; adik iparku. semoga hari lahir kali ini lebih bererti dan lebih baik dari tahun sebelumnya. semoga diberi keberkatan dunia akhirat. semoga diberi kesihatan yang baik. diperluas dan dipermudah urusan rezeki. semoga menjadi anak yang baik dan solehah buat ayah dan mama. semoga berjaya dan mencapai cita - cita sebagai seorang pelajar dan manusia. semoga hani tumbuh membesar menjadi seorang dewasa yang memberi manfaat kepada orang sekeliling. maaf kerana kakak bukan kakak ipar yang baik dan tak pernah memberi apa - apa untuk hani. kita tak rapat dan semacam tak ada hubungan apa - apa. ketahuilah oleh hani, kakak pemalu dan tak reti berbual. terima kasih selalu layan kakak waktu kakak datang rumah mama dan buatkan air. terima kasih sebab jadi adik ipar kakak. semoga hani akan terus jadi adik ipar kakak sampai hujung nyawa. jika sekiranya hani perlukan apa - apa bantuan kakak, insyaallah kakak akan membantu semampunya.
3 Comments
Memang le macam karangan SPM panjangnya, semua cerita dia letak dalam 1. Hahaha.
ReplyDeleteLawa adik iparnya
hahahah kena letak dalam 1 entri. sebab hari yang sama dan beraktiviti yang sama ahhaha. tq kak ammi singgah sini
Deleteuishhhhh 3 bakul durian! aaaaaaa puasnya makannnnnn duriannnn mcm tu! :P
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.