OPPO Memperkenalkan A98 5G yang Baharu, Menampilkan Pengecasan SUPERVOOCTM 67W Bertaraf Mercu dan Pengalaman Lancar

 
OPPO Memperkenalkan A98 5G yang Baharu, Menampilkan Pengecasan SUPERVOOCTM 67W Bertaraf Mercu dan Pengalaman Lancar

OPPO pada hari ini telah memperkenalkan tambahan terbaharu kepada keluarga siri A telefon pintarnya, OPPO A98 5G, di Malaysia. Diposisikan sebagai “A-volusi Kualiti Untuk Semua”, siri A OPPO sentiasa berusaha untuk kecemerlangan dalam mencapai standard kualiti untuk semua dan OPPO A98 5G turut tidak terkecuali.

A98 5G menampilkan prestasi bateri bertaraf mercu dengan pengecasan SUPERVOOCTM, sebuah bateri besar 5,000mAh, dan Enjin Kesihatan Bateri OPPO. Tambahan pula, dilengkapi dengan satu Skrin Besar Selancar Sutera 120hz yang menakjubkan, teknologi Penambahan RAM, dan ColorOS 13.1 yang terbaharu, A98 5G memberikan pengalaman yang sangat pantas dan lancar dari awal hingga akhir.


A-volusi Kualiti untuk Semua

OPPO Memperkenalkan A98 5G yang Baharu, Menampilkan Pengecasan SUPERVOOCTM 67W Bertaraf Mercu dan Pengalaman Lancar

OPPO A98 5G tersedia dalam dua kemasan warna — Dreamy Blue dan Cool Black. Kedua-dua kemasan dihidupkan lagi dengan proses ikonik OPPO Glow untuk mencipta kesan kristal berkilauan dan kemasan kalis cap jari. Dengan berat sekitar 192 g dan berukuran sekitar 8.2 mm dalam ketebalan,telefon pintar ini juga menampilkan satu Kerangka Belakang Melengkung 3D untuk cengkaman yang boleh dipercayai lagi selesa dalam kerangka yang kelihatan nipis.

Setelah lulus enam ujian utama yang direka bentuk untuk mengukur ketahanan terhadap kejatuhan fizikal, air, radiasi, kerosakan iklim, kejatuhan kecil berulangan dan kestabilan isyarat, A98 5G dicipta untuk kekal bergaya dan tahan lama.

Menampilkan Platform Mudah Alih Qualcomm® Snapdragon™ 695 5G, OPPO A98 5G memberikan prestasi berkuasa tinggi dan boleh dipercayai. OPPO A98 5G dilengkapi dengan 8GB RAM dan ruang simpanan ROM besar sebanyak 256GB yang juga menyokong penambahan kad SD sehingga 1TB. Dengan teknologi Penambahan RAM OPPO, kapasiti RAM telefon boleh menukarkan sehingga 8GB ruangan ROM yang tidak digunakan kepada RAM sementara, menggandakan jumlah RAM yang tersedia.

Di samping prestasi tinggi yang dihasilkannya, A98 5G juga lulus ujian Perlindungan Kelancaran 48 Bulan yang dijalankan di makmal OPPO. Mencatat purata kadar penuaan kurang dari 10% selepas penggunaan harian selama empat tahun, A98 5G menawarkan jaminan kelancaran selama 4 tahun berbanding telefon siri A daripada generasi sebelumnya.


A-volusi Kualiti Bateri untuk Semua

OPPO Memperkenalkan A98 5G yang Baharu, Menampilkan Pengecasan SUPERVOOCTM 67W Bertaraf Mercu dan Pengalaman Lancar

Direka untuk beraksi sepanjang hari, OPPO A98 5Gdilengkapi dengan salah satu konfigurasi terbaik dalam pengecasan kilat dan bateri untuk julat harganya.

Penambahbaikan dalam pengecasan kilat dan bateri membawa maksud bahawa A98 5G boleh dicas sehingga 100% dalam hanya 44 minit menggunakan 67W SUPERVOOCTM, sementara pengecasan selama 5 minit adalah cukup untuk memberikan pengguna menikmati 6 jam panggilan telefon atau 2.5 jam tontonan Youtube seperti kebiasaan. Bateri 5,000mAh boleh memberikan sehingga 39 jam panggilan telefon, 16 jam tontonan video YouTube, atau 8.4 jam permainan video atas pengecasan penuh untuk memberikan pengalaman lancar, tahan lama sepanjang hari. Setelah pengecasan penuh, bateri juga mampu bertahan sehingga 17.5 hari dalam mod sedia dengan Sentiasa di Paparan.

Tambahan pula, A98 5G juga dilengkapi dengan Enjin Kesihatan Bateri OPPO, membolehkan bateri mengekalkan 80% daripada kapasiti asalnya selepas sebanyak 1,600 kitaran pengecasan dan nyahcas, sekali gus memastikan bateri berprestasi sehampir mungkin dengan kapasiti optimum sehingga empat tahun penggunaan jika dicas sekali sehari secara purata.


A-volusi Kualiti Skrin 

OPPO A98 5G menampilkan sebuah paparan 6.72-inci dengan Kadar Segar Semula Tinggi Ultra 120Hz bertaraf mercu. Dengan kadar segar semula yang tinggi, paparan tersebut menawarkan sebuah pengalaman yang lebih lancar dan responsif, tidak kira sama ada para pengguna sedang menatal Instagram atau bermain permainan yang terbaharu.

A-volusi Kualiti Kamera 

OPPO Memperkenalkan A98 5G yang Baharu, Menampilkan Pengecasan SUPERVOOCTM 67W Bertaraf Mercu dan Pengalaman Lancar

Dengan Kamera AI 64MP yang termaju, Kamera Swafoto 32MP, Kamera Kedalaman 2MP dan Lensa Mikro 2MP, OPPO A98 5G menyediakan pengalaman fotografi yang dipertingkatkan sepenuhnya kepada peminat fotografi untuk melancarkan kreativiti mereka. Telefon ini juga dilengkapi dengan ciri lain yang penuh mengagumkan seperti Mod Potret, Perapian Potret AI, Swafoto HDR, Potret Warna AI dan banyak lagi yang bakal membantu menghasilkan imej yang menakjubkan dan berkualiti tinggi dalam pelbagai situasi.

Dengan pembesaran sehingga 40 kali ganda, Lensa Mikro menawarkan perincian butiran yang luar biasa apabila meneroka dunia mikroskopik melampaui pandangan mata kasar. Pengguna kini boleh menerjah terus ke dunia mikroskopik untuk merasai perspektif baharu mengenai kehidupan, meneroka lebih banyak rahsia di sebalik objek harian.

Ketersediaan dalam Pasaran

OPPO Memperkenalkan A98 5G yang Baharu, Menampilkan Pengecasan SUPERVOOCTM 67W Bertaraf Mercu dan Pengalaman Lancar

OPPO A98 5G tersedia untuk pratempahan dari 15 Mei hingga 18 Mei 2023 dengan harga pasaran yang dicadangkan iaitu RM1,399. Para pelanggan yang membuat pratempahan OPPO A98 5G layak menerima pelbagai hadiah bernilai sehingga RM377 yang turut termasuk sebuah OPPO Band, Fon Putik Nirwayar Sebenar, dan waranti 1+1 tahun.

Para pelanggan kini juga boleh memilih untuk membuat pratempahan di kesemua My OPPO Space, Kedai Jenama OPPO dan Kedai Dalam Talian Rasmi OPPO.

Untuk maklumat lanjut berkenaan OPPO A98 5G, sila lawati https://www.oppo.com/

Post a Comment

2 Comments

  1. Setiap tahun ada je kemajuan terbaru gajet, sampai tak terkejar. 🤭

    ReplyDelete
  2. dulu pernah guna Oppo Reno 5. Memang comel foto. Cuma slps setahun guna bateri plak cpt abis. Lalu abe kie ganti dgn Samsung A53 5G.

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.