Hadiah Hari Lahir

Hadiah Hari Lahir

assalamualaikum korang. 
aku nak kongsi dengan korang semua hadiah yang aku terima sepanjang menjalani hari lahir pada februari tempoh hari. 

kalau korang ada baca entri aku pergi  makan di restoran famous thai haritu, aku ada dapat kek tau. kak dian ada tanya "harini ada birthday sesiapa tak?" aku suruh kak noi diam. aahha. lepastu bila keluar dari restoran, aku pergi tandas sekejap melepas hajat. 

Dapat Banyak Kek

lepastu tunggu la orang lain konon nak gerak sama - sama pergi kereta. tiba - tiba kak syu hulur kek dekat aku. "happy birthday miza. ni je akak bagi". 


Sepotong Kek Dari Kak Syu

Hadiah Hari Lahir

Hadiah Hari Lahir

Hadiah Hari Lahir

terima kasih kak syu. memang setiap hari lahir, kak syu tak lupa bagi aku hadiah. cuma tahun ni tak dapat bunga. hahahha. tahun ni dapat banyak kek, sampai tak larat nak makan kek. waaupun kek ni cuma sepotong, percayalah. nak habiskan nya makan hari. hahahha. 


Cheesecake Dari Kak Noi

Hadiah Hari Lahir

beberapa hari kemudian atau aku tak ingatlah. aku tak expect apa  apa. aku macam biasalah. lagak staf yang rajin. sambil - sambil buat kerja. tak ada rasa apa  apa yang aneh walaupun kejap - kejap teha pandang. kejap - kejap noi bangun. lepastu diikuti dengan anisyah. 

Hadiah Hari Lahir

tiba - tiba "happy birthday to you..". kak noi bagi aku cheesecake. waaaaa. kek mahal ni. topping dia mahal. hahaha. bukan kaleng - kaleng. aku pernah search harga toping ni. konon nak buat kek. selain tu boleh guna dekat roti ke, bancuh air acah - acah stabak ke. aku batalkan niat. 

tak apa lah. itu cuma kehendak aku kan. aku biarkan kehendak aku berlalu pergi. lagipun suatu hari nanti akan ada seseorang yang memberikan kita sesuatu dengan hal yang kita mahu. sesuatu yang kita tak terfikir akan dapat. benda ni tak ada lah mahal sangat sampai tak mampu. cuma fikir dua tiga kali macam tak berbaloi. sekali kak noi hadiahkan cheesecake dengan toping ni. terima kasih kaknoi.


Pavlova Dari Kak Tira

Hadiah Hari Lahir

beberapa hari kemudian kak tira pula bagi aku pavlova. aku tengah syok duduk buat kerja. lepastu dia pegang kotak kecil dan bagi pada aku. dia kata "happy belated birthday mieza. makan pavlova tak?" mesti lah makan. hahaah. siapa entah yang tak makan pavlova. sedap. cuma manis sikit la. heee. terima kasih kak tira. 


Makan

Hadiah Hari Lahir

saja lah aku dan suamiku lepak di kedai makan mama dan ayah bersempena kedai baru. haritu datang masa kedai belum dibuka dan masih dalam perancangan nak buka kedai. dulu masa buka kedai tingkat bawah, banyak juga menu nya. kali ini menu nya sedikit kerana ini tapak kedai orang. jadi pemilik kedai nak semua menu tu ada pada dia. dia kan pemilik. 


Lepak Kedai MamaAyah

Hadiah Hari Lahir

mama okay je. dia pun ada pelanggan tetap. menu mama yang selalu diingat - ingat kanak - kanak ialah ais kepal meylow dan ais kepal yang didatangkan dengan beberapa variasi. selain itu ada cendol, chicken chop dan lamb chop. puas makan. 

cuma kentang putar tu tak cukup! aku ni suka makan kentang tu. tak pernah bosan dan muak. dengan syarat makan terus habis sekali tu. bukan ulang makan. kalau ulang makan. mahu muntah semua. 

alkisahnya saja lah datang nak lepak malam. aku dan suamiku memang tak ada masalah. kitorang memang dah tak pernah keluarkan duit untuk karoke. hahhaa. kalau bosan, call mak dan ayah cakap nak karoke. nanti ayah aku pasang siap - siap. kalau nak lepak kedai makan dan nak karoke, bagitahu mamaayah. siap!

Hadiah Hari Lahir

masa tengah sedap sedut cendol, tiba - tiba dekyah datang dengan kek. auu malu. satu kedai nyanyi lagu harilahir. rasa sweet ngat. awal - awal sampai kedai memang aku nampak dekyah. dekyah yang tak nak pandang aku. dia mungkin tak nampak kot atau malas layan aku. 

Hadiah Hari Lahir

dia borak apa entah dengan mama. lepastu eh kek sampai. jenuh juga nak habiskan kek ni. semua orang dapat sepotong buat rasa - rasa. mama pun belanja makanan aku pada hari tersebut. 

Jumpa Gina dan Fahim

tak lama kemudian gina dan fahim pun sampai kedai mama. aku dah lama tak jumpa gina dan fahim semenjak kes suamiku merajuk dengan ayah. hahahahhaha. aku gelakkan orang. aku pun macam tu. kalau aku tak puas hati dengan ayah ke mak aku, aku malas datang rumah. nanti mak aku buat - buat la tanya kenapa dah lama tak datang rumah. bijak tak? 

Hadiah Hari Lahir

tak berbual apa pun. hahaha aku dari dulu tak rapat dengan gina walaupun orang macam gina senang dibawa berbual. aku yang tak reti berbual. aku borak sekejap je dengan gina. tanya khabar lepastu saja order bakso kedai sebelah untuk kelihatan sibuk tengah makan. 

baby dalam kandungan gina membesar dengan sihat. tapi gina masih nampak kurus. tak aci. hahahha. .yang aku ni macam di pam - pam. semoga baby terus tumbuh sihat ya. sepat gina hulurkan hadiah pada aku. 

masa nak balik tu mama pula hulur hadiah. terima kasih mama. adik mama ada disitu. dia pun bagi aku hadiah juga. terima kasih ya semua.


Hadiah Dari Bff

Hadiah Hari Lahir

yang ini aku tak sangka - sangka. shopee rider call aku. dia kata nak hantar barang. setahu aku, semua barang dari shopee aku guna alamat syarikat. ni macam pelik je hantar dekat rumah. dah lah aku tak ada dekat rumah. 

entah macammana, rider tu jumpa peti surat. dia sumbat masuk dalam peti surat. selamat dia tak perlu hantar dekat syarikat. hahaha. jimat minyak. tp tulah. 

aku macam pening sikit dengan nombor rumah. nombor rumah aku 10-15 . sepatutnya dibaca no unit 10, tingkat 15. betul tak? tapi barang tu dimasukan didalam peti surat yang bernombor 15-10. aku buka la peti surat tu dan check. haah la. pelik

nombor unit rumah aku 10 dan tingkat 15. tapi peti surat aku yang memang rumah aku sewa tu 15-10. aneh kan? jadi sebenarnya kalau aku nak tulis alamat, kena tulis unit rumah dulu atau tingkat ya?

aku baru tahu hadiah ni dari siapa. haahahah terima kasih yuyin, my everything! 

 doakan aku tumbuh menjadi seorang perempuan yang baik dan disukai tuhannya dan orang sekeliling. amin

Post a Comment

3 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.