Makan Tengahari Di Restoran Famous Thai

 

Makan Tengahari Di Restoran Famous Thai

assalamualaikum korang.
aku baru je balik dari makan tengahari di plaza shah alam. dulu plaza ini kelihatan seperti hidup segan mati tak mahu. agaknya sebab banyak butik kot. butik laku ketika musim perayaan sahaja. sekarang plaza ini penuh dengan kedai makan. kau pilih jelah nak apa, macam - macam ado. 


Restoran Famous Thai

Makan Tengahari Di Restoran Famous Thai

ini kali pertama aku makan disini. tiada apa - apa expectation. cuma dalam kepala otak aku, mesti mahal ni. heee. antara menu yang dipilih oleh semua ialah jus tembikai, teh o lemon ais, air kosong, salted egg sotong, kailan ikan masin, kangkung belacan, ikan asam pedas, ikan stim, dan beberapa menu lain yang aku lupa. 


Makan Tengahari Di Restoran Famous Thai

aku akui yang rasa makanan disini tidak sesedap 'tegap' restoran ini berdiri. maksudnya, mungkin 3/5? nya cantik tau. luas. sesuai untuk makan bersama keluarga yang ramai. detik waktu menunggu makanan sampai tidak lah terlalu cepat dan tidak lah terlalu lama. sedang - sedang sahaja. 

Terima Kasih Kak Dian

makanan tengahari ini dibelanja oleh kak dian. kak dian memang dah lama tak datang ofis. haritu kak dian belanja kopi walaupun dirinya sendiri tidak hadir ke ofis. kebetulan syarikat ada mengadakan bacaan yassin untuk encik anwar pada hari jumaat.
 
Makan Tengahari Di Restoran Famous Thai
bergosip semua

kak dian ialah orang terpenting dalam syarikat; yang membangunkan framework bagi kebanyakan modul di halal academy. 

terima kasih kak dian untuk makan tengahari yang mewah ini. semoga kak dian dilimpahkan rezeki didunia dan akhirat kerana berkongsi. semoga urusan kehidupan kak dian dipermudahkan. 

Makan Tengahari Di Restoran Famous Thai
kak dian tengah fikir apetah

Post a Comment

2 Comments

  1. Alhamdulillah. Sedap tu dpt makan di restoran ternama...

    ReplyDelete
  2. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki pada yang rajin memberi

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.