tak perlu diperkenalkan lagi nama McDonald's kerana semua orang pun memang dah kenal kan. McDonald's ni dah jadi makanan rutin rakyat malaysia. macam aku sekeluarga (sebelum kahwin), memang jadikan McDonald's sebagai makanan hari gaji dan makanan meraikan sesuatu. bukan takat tu je. McDonald's juga kami jadikan sebagai makanan wajib bila malas masak. senang kan?
McDonald's Dekati Golongan Belia
sekarang ni semua orang menggunakan media sosial tidak kira peringkat umur yang mana. dari muda hingga golongan tua. tua maksud aku berusia la ya. sekarang ni nenek atuk pun dah ada media sosial kan? lagi - lagi mereka yang pandai menggunakan telefon. yang tak ada tu mungkin mereka buta huruf. macam atuk aku, dia tak ada media sosial. tapi aktif je scroll youtube. hahaha. biasalah tu.
oleh yang demikian, McDonald's juga tak terkecuali mendekati golongan belia dengan menggunakan platform media sosial bagi memperkenalkan pelbagai pilihan kerjaya didalam syarikat berkenaan.
dengan cara yang bagaimana?
Drama Bersiri Menggunakan Instagam Reels
korang suka tengok drama? kaki drama? of course korang adalah salah seorang kaki drama. hahaha. untuk pengetahuan korang, McDonald's telah mengeluarkan satu siri drama original menggunakan platform instagram reels bagi menarik minat golongan belia yang sedang mencari - cari pekerjaan.
syarikat berkenaan telah mengambil keputusan untuk menyelami kehidupan anak-anak muda hari ini dan mencari jalan baru untuk mengetengahkan budaya, nilai dan pelbagai peluang yang wujud di McDonald's. Dengan mengambil kira media sosial sebagai medium popular, syarikat ini ingin menyemai minat dan menggalakkan permohonan pekerjaan dengan terbitnya mini drama bersiri dengan sembilan episod bertajuk “Kau Sundaeku”.
lepas aku tengok mini drama “Kau Sundaeku”, aku teringat zaman aku kerja dekat McDonald's masa tahun 2011 - 2012 hahahhaa. masa ni tunggu keputusan spm. seronok sangat, dapat ramai kawan. paling best hari jumaat. orang beratur sampai luar pintu. masa ni tak ada lagi order online. semua manual dekat kaunter. aku jadi runner, main lari - lari tengok pesanan dan penuhkan tray makanan. rindu ~
Mini Drama Bersiri bertajuk "Kau Sundaeku"
Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai berkata:
Kami sentiasa mencari jalan untuk terus mendekati golongan belia di negara ini. Siri drama Instagram yang santai dan menyeronokkan ini tidak dinafikan merupakan sesuatu yang baru dan lain daripada yang lain. Kami mahu mencipta hubungan yang lebih baik dengan generasi muda supaya ia membolehkan kami mempamerkan peluang pekerjaan yang menyeronokkan dan laluan kerjaya yang ditawarkan oleh keluarga besar Mekdi
mini drama bersiri sembilan episod yang bertajuk “Kau Sundaeku” mula diterbitkan di instagram reels pada 21 Disember 2022. setiap episod hanya mengambil masa satu (1) minit sahaja. siri drama ini mengisahkan tentang seorang pengurus dan tiga kru restoran yang datang daripada latarbelakang berbeza.
Mereka telah menemui ‘rumah’ dan mempunyai rasa kekitaan semasa bekerja di McDonald’s.
Siri ini menampilkan Rasyiqah Johan dan Zafira Natasya Yong yang merupakan finalis Dewi Remaja, dan Adam Aliff Tay serta Subhasree Uiaramuthu.
Pencapaian Terkini McDonald's
McDonald's secara konsisten telah diiktiraf sebagai majikan pilihan rakyat Malaysia. pencapaian terkini yang diperoleh McDonald's termasuklah:
- Anugerah Majikan Terbaik Antara Yang Terbaik 2021 (Best of the Best Employer Award 2021)
- Anugerah Majikan Terbaik 2021 (Best Employer Award 2021) oleh Kincentric (merupakan penyedia perkhidmatan penasihat sumber manusia global)
Sebelum ini, McDonald’s juga telah memenangi:
- Anugerah Majikan Terbaik (Best Employer Award) daripada Aon lima tahun berturut-turut (2014 hingga 2018)
- Majikan Terbaik untuk Wanita (Best Employer for Women) pada tahun 2015
- Majikan Terbaik untuk Generasi Y (Best Employer for Generation Y) pada 2013
McDonald’s melaburkan jumlah yang signifikan bagi menjalankan pelbagai program latihan untuk mempersiapkan golongan belia menempuh kerjaya dalam industri makanan dan minuman.sebagai contoh, Program Perantis Vokasional McDonald’s yang merupakan program latihan berasaskan industri selama 18 bulan yang menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran dan 30 peratus pembelajaran teori di dalam kelas.
kejayaan program ini merupakan hasil kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diperkenalkan oleh Kementerian. Sejak 2018, Program Perantis Vokasional McDonald’s telah membantu lebih 3,500 belia daripada pelbagai latarbelakang untuk mendapatkan pengalaman dan pekerjaan dalam industri makanan dan minuman.
“Program latihan kami disasarkan kepada golongan belia untuk memacu mereka kearah laluan kerjaya yang positif dan membantu mereka meningkatkan potensi diri sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Golongan belia di Malaysia adalah masa depan negara dan peningkatan pekerjaan yang diisi oleh golongan belia pastinya memberi manfaat besar kepada ekonomi kita dalam jangka masa panjang,” kata Melati.
sebagai sebahagian daripada Visi McDonald’s 2026, restoran khidmat segera ini komited melaburkan sejumlah RM1.35 bilion dalam tempoh beberapa tahun mendatang untuk membuka 500 restoran di Malaysia. Dengan pengembangan ini, syarikat dijangka mampu menawarkan lebih 50,000 peluang kerjaya untuk rakyat Malaysia menjelang 2026, termasuk 15,000 perantis baru di bawah Program Perantis Vokasional McDonald’s.
Tonton Full Episod "Kau Sundaeku"
website: https://www.mcdonalds.com.my/
facebook: https://www.facebook.com/My.McDonalds/
instagram: https://www.instagram.com/mcdonaldsmalaysia/
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.