assalamualaikum korang.
beberapa minit/ jam yang lepas, aku baru je join contest dari rakan blogger yang bernama cuya! kalau korang nak join boleh join dari pautan ini ya; Segmen Pencarian Model Lukisan Digital by Cuya.
Kenal Cuya Dari Komen!
sebelum ni aku bukanlah pengikut blog cuya. dalam bulan januari 2023 macam tu cuya ada buat satu entri berkenaan bagaimana rasanya direject dan ditinggalkan? kalau nak baca boleh klik pautan ini; direject dan ditinggalkan. aku ada tinggalkan komen yang sangat panjang hahaha. biasalah aku kan suka menaip. memang buat karangan lah.
lagi - lagi aku menulis sesuatu dari pengalaman. dan pengalaman tu ada pengakhiran noktah. tidak kisah lah sama ada titik akhir itu pengakhiran yang bahagia atau derita. yang penting tidak digantung diawang - awangan. aku pun seronok je tinggalkan komen dekat entri tu.
disebabkan sudah jadi pengikut blog cuya, aku rajin juga tinggalkan komen di entri - entri lain jika ada kelapangan.
Join Contest Dari Cuya
tadi scroll dashboard blog, terjumpa entri cuya sedang menjalankan contest. aku pun tengah tak buat apa join jela. hehehe. berdesupp laju aku whatsapp cuya!
taddaaaaa. cuya pun sekejap je buat gambar aku tau. korang boleh tengok dekat bawah hasil dari cuya. cuya menjalankan perniagaan lukisan digital. kalau korang suka dengan lukisan digital, korang boleh la mengupah cuya untuk hasilkan lukisan digital untuk korang dengan harga yang berpatutan!
gambar sebelum |
gambar selepas |
terima kasih cuya. cantik lukisan ni. .silap - silap boleh jadi wallpaper handphone!
korang boleh blogwalking ke blog cuya dimasa lapang untuk melihat hasil tangan dari cuya. cuya juga ada komik tau. banyak gila. aku tak minat baca komik, aku lebih kepada membaca novel. malangnya selepas kejadian banjir akhir tahun 2021, semua buku aku telah rosak dan hanyut oleh banjir. minat membaca aku dah terkubur.
cuya seorang yang sangat kreatif. cuba korang tengok hasil seni dari manusia bernama cuya disini seni kreatif. aku pun tak mampu. sekadar nak bantu lekat gam untuk adik -adik buat pendidikan seni je mampu. selebihnya aku merungut. hahaha. dah lah tak berseni disuruh bantu adik dalam pendidikan seni pula. ah pishang.
1 Comments
Terima kasih untuk entri ni! Ada unsur lawak juga dalam dia.. Cuya terhibur membaca. Masheh sapot Cuya!! <3 <3 akan datang sapot lagi dehh.. hehe
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.