12 november yang lepas, mak mertua datang rumah. haaaaa gelabahnya, nak kena masak apa ni HAHAH. mungkin tipikal aku ni, bukan yang duduk kampung. pertamanya, sebab tak pandai masak. hahaha. kedua, tak pandai borak sangat. sebab bukan jenis banyak cakap. jadi aku macam gelabah sikit lah setiap kali mak datang. tapi bila mak dah sampai rumah, okay je. hahaha. tengok kdrama together gather.
Lepak Icity Mall
mula - mula tu mak cakap mak nak lepak icity dengan adik beradik. kebetulan aku pun dah habis kerja. aku cakap dengan mak, kalau mak ajak kitorang ikut la. mak cakap "jom lah, ikut lah sekali". tempat pertama yang dituju icitymall. kitorang lepak dekat foodcourt lamaaa gila. diorang tengah bincang pasal wedding cousin (anak makcik yang duduk blah kiri pakai spec mata).
untuk pengetahuan korang, jam awal je aku okay. masuk jam yang ke tiga ke empat, aku dah mula rasa sesak. nak muntah. hahahhaa. tiba - tiba je rasa tak selesa. menyampah la weyh. aku ke toilet 3 4 kali nak redakan keadaan diri aku. bila dah tak selesa, mula rasa nak pengsan la apa lah. hahaha.
lepas dah pergi toilet, aku ajak laki aku pergi jalan - jalan. supaya rasa tenang sikit. lega. lepastu sambung duduk situ lah. makan - makan.
terima kasih mak, lanje makan. heeee
Jalan - jalan Tengok Lampu
lepastu aunty lily dah lama tak pergi icity, kitorang pun pergi lah jalan - jalan sana. tengok lampu. ambil gambar. dah sudah, banyakkkk gambar hahhahaha. semua macam orang mudaaa. hahaha aku je hambar sebab aku dah gems.
korang tengok la tu. aku je yang pakai tah apa - apa hahhaa.
Masuk Balik Icity
dah penat berjalan tu, masuk lah balik icity. sebab parking kereta dalam icity mall. lepastu ain (kot?), nak cari skincare. jadi kitorang ni cepat - cepat pergi ke kedai. haaa lupa. bodyshop ~
tak habis lagi ni tau. hahhaa. dah habis tu kitorang bergerak lepak mamak pulak. hahahha. lepak dengan makcik - makcik dan mak ni best. sebab tak perlu jalan banyak sangat. tapi kalau dah berjalan, memang berjalan betul tau. lepastu banyak sembang. mengeratkan silaturrahim la. sebab aku pun memang tak reti lah nak borak banyak. dengan kawan pandai la.
okay tu je nak share, nanti mak datang la lagi. sebabkan mak, kite dah terjebak tengok cerita yang mak tengok HAHAHA.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.