CEO Halal Academy Jadi Chef

 


assalamualaikum pembaca blog KD.
harini aku cuti sebab AL. pagi tadi lepas siapkan sarapan untuk husband yang tak seberapa, dalam pukul 8 lebih macam tu aku hantar report yang tak siap dekat bos dan aku kembali bermimpi. heee. dalam pukul 10 macam tu baru aku bangun. weyh panas tahu tak walaupun gerimis. eh maroh betul. 

CEO Halal Academy Rajin Masak  

CEO Halal Academy Jadi Chef

tanggal 13disember2021, kak noi dah pesan pada semua orang. 'esok' jangan bawa bekal/ beli makanan dekat bawah sebab bos nak masak. kak syu pun tulis lah menunya dalam group whatsapp team. ada sambal udang dan lain - lain. sekali ada pula orang komen nak petai. ahahah tahu  - tahu je petai sampai. cuma aku tak pasti petai tu dah siap tanggal kulit atau belum. en anwar cakap petai tu dia yang kopek. tapi aku rasa aku macam kena tipu. tah - tah petai tu beli siap - siap kopek. halah - halah.  

CEO Halal Academy Jadi Chef

tanggal 14disember2021 seawal jam 10lebih macam tu, alif dah tenang - tenang potong sayur. pukul 11 tuntang tungtang dekat pantri. pukul 12.50 semua dah siap. perempuan - perempuan dekat ofis rilek je tak buat apa. hahahahaha. nak tolong basuh - basuh periuk. tapi macam, semua dah settle tiba - tiba. serbasalah pula. 


2 Menu Utama dan Sayur

udang tu hasil kerajinan kak syu togelkan kulit hahhaa. kesian udang tu togel. nak makan pun senang, masuk mulut terus tak ada lah nak kotor kan tangan macam selalu. 

CEO Halal Academy Jadi Chef
tadaaaaa....


macam masak dekat rumah ye dak.  semua bahan ada, serba lengkap. hahhaa. memang kenyang betul. nasib lah aku tak letak nasi banyak - banyak. kalau tak, mesti tak habis. tu pun macam dah penuh. yelah, ingat kan lapar. huhu

lepas dah siap makan tu, en anwar pusing dekat semua meja. dia bagi cekelat pulak. hahahhaha. memang dia na kita semua membesar lah kot. 

CEO Halal Academy Jadi Chef

Roti Sosej dan Keju

oh aku lupa. 13disember en anwar masak lagi. hahahha. banyak betul dia masak untuk staf. mula - mula dia tanya, siapa nak roti. dia nak masak. pastu macam tak ada sambutan. dia tanya lah sorang - sorang.

mieza, awak nak roti sosej tak?
tak apa, saya taknak en anwar.
awak biar betul?
ya betul saya taknak. 
awak ni semenjak kawin sombong betul la. saya masak pun taknak. 
tak pe, en anwar masak jela. saya makan. 

terus dia buat, dan aku pun makan. hahahhaa 

CEO Halal Academy Jadi Chef


pastu semalam kak noi bawa pisang. alif siap dah keluarkan tepung sebab en anwar cakap nak buat cekodok. aku tunggu ler cekodok tu. tak hadir - hadir sampai jam 5.30. tiba tiba, masa tengah whatsapp dengan kak noi tadi, dia makan cekodok. rupanya cekodok tu hadir harini, semalam tak de. hahahhaa. 

takpo, esok aku masak cekodok juga! padan muka. tapi bukan cekodok pisang, takut pishang pula pisang tak ada. hahah k la. aku nak bersiar - siar beli barang ni. gerak dulu geng. 

apa pun terima kasih en anwar selalu masak, bagi saya kenyang. 

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.