bagi diri aku, cara terbaik mengawal rasa marah dan sedih adalah dengan melempiaskan perasaan tu menjadi satu bentuk penulisan. jadi ini lah hasilnya. mungkin akan jadi sebuah penulisan yang penuh dengan negatif atau penuh rasa benci atau penuh rasa kesal atau penuh rasa kecewa dan putus harapan. entah.
aku jahat sangat ke sepanjang menjadi manusia? aku kadang - kadang tak tahu nak kena jadi baik macammana. aku kena tunduk dekat orang ke, baru orang kata aku baik? aku tak boleh punya hak dan suara sendiri ke untuk diri sendiri? tak layak ke?
aku rasa aku tak buat pape. biasalah tu, bila tak puas hati. kita sebarkan rasa tak suka kita pada orang lain untuk orang tahu keadaan dan jiwa kita bagaimana. cuma mungkin orang salah anggap dan salah tafsir. sehingga aku dianggap memijak maruah orang, bercerita buruk orang. salah ke kalau aku ada perasaan "eh aku tak suka dia, sebab dia pernah sakiti aku, aku rasa dia gila." salah ke aku untuk rasa macam ni? aku harus diam simpan dan pendam? atau bagaimana? 'gila' yang aku maksudkan bukan gila yang benar benar gila sehingga layak masuk hospital sakit jiwa. jauh sekali. gila yang aku kata cuma gila yang .. sebab dia berani macam tu. itu sahaja. malah disalah erti. seperti aku sedang memijak maruah orang. entah. tuhan tolong.
entah. aku sampai rasa, aku perlu mati sahaja. tak perlu fikir apa - apa. cuma perlu fikir gaya bagaimana harus aku mati untuk berjumpa tuhan. samaada dalam keadaan baik atau jahat. sampai aku rasa, aku perlu merayu mengemis simpati tuhan, matikan aku. agar aku tak perlu takutkan ugutan manusia atau sesiapa (semoga mati dalam keadaan baik).
doakan supaya tuhan melindungi aku. andaikata kalau jadi apa - apa, aku minta maaf pada semua. aku cuma mengandaikan jika terjadi apa - apa. kau doa jela aku selalu dijaga tuhan kemana - mana. aku rasa aku perlu seorang pelindung yang akan selalu melindungi aku setiap masa. menjadi penyelamat aku waktu aku malapetaka. semoga tuhan selalu ada, mendengar doa doa yang aku bisik tidak selalu. hmm
terima kasih. aku penat paranoid tak tentu hala. dada aku sakit. aku cuma habiskan masa aku bawah bantal dan menangis dan menangis sehingga tertidur. fak.
2 Comments
It's okay, be yoursef...
ReplyDeleteIt's ok to feel that sometimes. Take care dear
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.