Kawan Baru

Kawan Baru
aku tak pasti dia akan baca ke tak? sebab dia jarang baca benda alah ni. mungkin akan baca pada waktu dia sedang bosan. hahahha. walaupun entri ni untuk dia, aku tetap akan gunakan kata ganti nama aku dan kau disini sebagai kenangan kita pernah kenal. jangan marah ya. 

pertama sekali aku baru berjumpa kawan baru. aku namakan beliau sebagai M. sama dengan nama aku bukan? Mieza. m&m. dan macam coklet kecik - kecik tu pulak. comel je. hahaa. maaf jika kombinasi tidak sepadan dan tidak sesuai. 

Terima Kasih Tuhan

aku jumpa dia di omi pada waktu aku sedang berantakan dengan yang aku namakannya A. aku tak sure, dia tu A ke Z ke. sebab nama di facebook adalah nama samaran. M yang tolong aku selesaikan masalah jiwa aku untuk menghadapi kekacauan dan ugutan A. 

terima kasih tuhan, datangkan M pada tepat waktu. aku sangka, kita cuma akan sampai disitu. kemudian berlalu pergi menjadi manusia dan melakukan hal - hal biasa serta tak lagi saling kenal. ternyata selepas aku mengadu itu dan ini, dia membantu. masih lagi ada, selepas semua selesai walau tergantung. 

selepas apa yang jadi, aku bersangka baik ke tuhan. ternyata kecewa aku dengan A adalah asbab aku mengenal M. M sering memberi peluang untuk aku tetap menjadi diri sendiri. serta tetap akan selalu memberi ruang untuk aku lakukan hal - hal tertentu pada waktu aku bersedia. 

aku rasa aku selesa. aku taktahu lama mana entah, tuhan menulis kisah aku dan M di dalam 'bukunya'. waima esok sekalipun adalah kali terakhir aku dan M berkawan, aku tetap rasa aku perlu bersyukur. bahawa bukan semua manusia mahu memperguna. bukan semua manusia mahu memperdaya. walaupun mengenal M bukan dalam jangka yang panjang, naluri kuat mengatakan. M adalah orang yang patut dihargai dan disyukuri kehadirannya. 

terima kasih tuhan, entah kali keberapa. 

Yang Pertama

aku fikir juga, kalau aku jumpa. aku tahu aku akan kena tinggal. HAHAH. itu sudah semestinya. tapi entah. kau pulang dan masih lagi seperti selalu. walaupun aku rasa debar ditinggal, aku tetap memilih untuk jumpa dalam keadaan aku bersedia walau aku tak pernah. 

sebab kan nak jumpa di tempat agak jauh dari rumah, aku memilih untuk menyusahkan kau ambil aku dirumah. terima kasih ya. janggal tidak dalam kereta? mungkin masa mula mula duduk dan ketika aku memasang seat belt.

selepas itu aku borak macam biasa. sampai kau mahu hantar aku pulang, aku masih bercerita. HAHAH. pasti kau bosan. 

kami memilih lepak di scm memandangkan pasarayanya yang lebih luas dan besar. pusing satu mall. cari mykori yang tak jumpa - jumpa mungkin terhijab. terjumpa secara tidak sengaja dan tadaaaaaaa. tutup! sedih kejap. lepastu kau bawa aku pergi mcdonals rasa ais cream yang baru. 

aku macam bengang juga. aku rasa aku dah ambil gambar ais krim. sekarang gambar tu tak ada. terpaksa aku ciduk gambar dari google. kau suggestkan aku perisa yang baru. 

Kawan Baru
kau punya

Kawan Baru
aku punya

so kita lepak dekat mcd cerita pasal study kau sampai cari kereta tak jumpa park dekat mana. dalam kereta sambung lagi diskusi pasal study. ahhahaha. mesti kau bosan. aku tahu. 

aku cuma ralat sikit sebab aku tak ada gambar kita berdua. tu je. next time ya, kalau kita masih kawan. aku doa, kita akan selalu jadi kawan. sampai tua sampai uban atas kepala, sampai bila - bila. 

terima kasih untuk harini. 
senyuman kau manis dan rambut kusut kau buat kau kacak. 

- 1 Nov 2020

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.