ini kali ketiga kami berjumpa. aku tak pandai buat kejutan. serious memang tak pandai. aku taktahu bagaimana. dengan daya yang ada, aku ajak dia keluar. aku minta M ambil aku di pasaraya. kami tak keluar berdua. kami keluar asing - asing. aku habiskan masa satu jam lebih untuk belikan sesuatu yang aku tak tahu. aku jalan - jalan di lorong yang sama. memerhatikan kualiti dan reka bentuk barang tersebut. lama disitu.
akhirnya kakak yang menjaga lorong item tersebut mengesyorkan aku item lain yang tersedia didalam kotak. ah senang kerja aku tak perlu lagi nak beli kotak. cuma mungkin kena beli beg bagi menyembunyikan hadiah tersebut.
selepas itu, aku beli sushi sebab aku lapar. maaf M ter bad mood sekejap sebab tak makan dari pagi. selepas makan, kami habiskan lebihan waktu di tasik.
UlangTahun
rezeki aku, ada dengan M waktu pertambahan umur nya. terima kasih memilih aku, walau kita masih baru. itu tak kan menjadi satu hal bukan? sebab dengan M aku ada satu rasa. sekalipun M pergi kerana orang ketiga, aku akan selalu sedia dan menerima. atas alasan, kedatangan M ketika ini pun sudah satu rahmat dari Tuhan. M, mungkin lelaki kiriman tuhan yang aku taktahu sampai bila pinjaman. M seolah olah, bayangan doa yang pernah aku minta ke Tuhan. mungkin. atau cuma angan - angan aku. entah. apa pun dihujungnya, itu tetap akan jadi satu tulisan Tuhan yang sudah ditulis dalam 'buku'.
aku memilih duduk diatas rumput bukan diatas kerusi. memandang hamparan langit dengan deruan air didepan kami. berjarak dekat. kami berbual pendek. aku taktahu macammana nak mula, sebab aku segan. hahaha. jadinya, buat - buat la kemas barang. keluarkan kotak kek, terus buka dan potong kek macam nak makan sendiri. padahal,
terus aku cakap "selamat hari lahir" dan aku suap dia untuk suapan kek yang pertama. seterusnya suap sendiri lah ye.
Ucapan Untuk Kamu
selamat ulangtahun umur ke dua puluh enam.semoga berbahagia hendak Nya.dunia akhirat dipelihara.kesihatan dijaga.rezeki melimpah, suka memberi.semoga selalu tak jemu memberi bahagia dan menjahit kenangan kita.menjadi orang paling ada dan takkan berganjak walau apa yang tiba.semoga sudi jatuh cinta berkali - kali walau dah tak ada apa nak kongsi.
terima kasih. untuk kali ini. kenangan dan mimpi.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.