Empat ribu batu dari timur ke barat
Satu ribu tiga ratus utara ke selatan dalam satu kepulauan
Satu asal lenggoknya sama
Walau ritmanya berbeza-baza
Dah terbukti filogenetik itu
Kita populasi terawal seakan abang long
Yang mengawal kawasan di setiap sempadan
Hingga laluan Pentas Sunda banjir besar pecahkan
MELARAYU MELARAYU
MANA ALGORITMA MU DULU-DULU
KITA BERSATU SEMUANYA SATU
Tapi hanya sembang lebat sekuat taufan San Calixto
GADAI TANAH GADAI HARTA
GADAI SEMUA SANAK SAUDARA DAN KELUARGA
TAKKAN HILANG DI DUNIA
MANA RELAVENNYA PUSAKA PRIBAHASA
Suasa hilang sudah emasnya
Tinggal lah tembaga
Yang tidak berharga
Melara sampai darjatmu layu
Mimpi yang tak sudah
Hingga kau kecewa
Sikapnya tak seindah tulisan
Sulalatus salatin mahupun si Tun Sri Lanang
Hati suka memaki mencerca martabatkan produksi murahan
Yang bodoh diangkat yang bijak pandai simpan dalam gua
Dari bilik kau ceramah
Tazkirah suruh pakai serban tapi DP kau penuh emas
Singkat ketat sendat melekat Duckmu Arianimu
Lebih mahal dari sarung lima waktu
MELARAYU MELARAYU
MANA KISAH HEBAT SEJARAH DULU
SEMUA PENJAJAH USIR KELUAR
Tapi hanya sembang lebat sekuat taufan San Calixto
GADAI TANAH GADAI HARTA
GADAI SEMUA SANAK SAUDARA DAN KELUARGA
TAKKAN HILANG DI DUNIA
MANA RELAVENNYA PUSAKA PRIBAHASA
Suasa hilang sudah emasnya
Tinggal lah tembaga
Yang tidak berharga
Melara sampai darjatmu layu
Mimpi yang tak sudah
Hingga kau kecewa
GADAI TANAH GADAI HARTA
GADAI SEMUA SANAK SAUDARA DAN KELUARGA
TAKKAN HILANG DI DUNIA
MANA RELAVENNYA PUSAKA PRIBAHASA
SUASA HILANG SUDAH EMASNYA
TINGGALLAH TEMBAGA
YANG TIDAK BERHARGA
SUASA HILANG SUDAH EMASNYA
TINGGALLAH TEMBAGA
YANG TIDAK BERHARGA
MELARA SAMPAI DARJATMU LAYU
MIMPI YANG TAK SUDAH
HINGGA KAU KECEWA
MELA...
RAYU...
KECE...
WAAAAAARGH
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.