Lirik Lagu Playaz

Lirik Lagu Playaz

PLAYAZ - SIQMA, BENZOOLOO, B-HEART, YONNYBOII, DJ T-BONE, KMY KMO & LUCA SICKTA


SIQMA
warsa temu warsa wartanya masihnya keramat
karsa dah tercatat catatannya sudah ku sanad
rangka tiap data perangkaan tujuh sahabat
letusan satu revolusi sejarah baru kan dicatat
seteru kini setuju
terburu datang berpusu
enam hantu sembur ilmu sulam kata penghias lagu
citarasanya dari guru mistik atasannya lempar isi
qarma ulang era baru playaz B sila sambung misi

BENZOLOO
mahu beli sila pay us
tapi janji jangan play us
kau jenis suka bermain?
good, sebab aku playaz
batu gunting kertas
bertanding siapa lagi keras
kau macam gambar belum kena edit
sebab piksel tidak jelas
put in work baru boleh grow
kena laju macam touch n go
jadi nakal macam jfk
sneak in marilyn monroe
tukar jadi suge knight dan sumbat kau dalam death row
bout that tho apa pendapat bila kena death blow

B-HEART
19 years in the game still the same old dream
teraju dengan team mob deep kejar cream
selain itu kite seen and it seems like quality over quantity
kita rembat tu goals, kelibat ku tenfold, sambar bak usain bolt
sabar jangan sibuk
we the ish, we the plumber, kite juga yang gebok
big bro, moiz minta we speak up, yang senyap mula heboh
ketibaan kebangkitan ombak new waves kita luncur
selamat datang ke kuala loco, titik peluh dah jadi lumpur

KMY KMO
bla bla banyak plastik
badan bau bau minyak ransid
yang tau tau cara lastik
boleh sau sau setiap transit
yang kaw kaw makan paw paw
lepas sasaukan fanatik
borak dau dau masa hau hau
basah yau yau dek sintetik
kronik konflik di doktrin silibus silibus si rambo
bergegar ritma dan tempo playaz melaju bak lambo
rangka gerakan cam tango terbang dek lonjakkan mango
'ambrosia' jadi hanzo klasik liga masih enzo

LUCA SICKTA
bila playaz on the move tak pernah bawa bincang terus cincang and woo
yang pincang kena choose side dalam drama sama
tak ke mana tuju apa? like...woo
terlalu banyak raja tanpa cincin
mahkota hanya angan atas angin
kaya bergaya bahasanya miskin
rasa cukup yakin? segala kekal? dah cukup bekal?
siapa yang jamin? rasa dah kebal? dah cukup cekal?
eh, ini kata kata rasa rasa mahu gegar dan
ini mata mata rata rata mahu segarkan
jadi grip lock ini hip hop bukan pop rap gigit lirik itu syirik, you get it?

YONNYBOI
we in the game
selalu ready selalu ada perisai
were not the same
jangan samakan engkau dan aku
conquer ini era biarpun bersawah padi
bila namaku terpapar besar jangan sembang mana aci
nak senang bukan sehari nak susah senang itu pasti


Post a Comment

2 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.