Lepak KL Forest Eco Park : Entri Bergambar


Lepak KL Forest Eco Park : Entri Bergambar

di entri ini: akid dan tasya, aku ada cakap yang aku nak update entri pasal tasya lagi kan? hahha tapi tak terupdate. jadi aku combine -kan disini sahaja. sebenarnya gambar di atas ni adalah gambar pada minggu lepas bertarikh 19 julai 2020 (ahad). aku rasa bulan ni setiap minggu, weekend aku dihabiskan dengan perempuan yang satu ini. 

oh pada hari tersebut aku ada jumpa kenalan online yang aku kenal dari omi. HAHAHAH. aku masih punya banyak apps bodoh untuk 'carian kawan' katanya. yela aku tak ramai kawan, itu sahaja tempat yang boleh mewujudkan aku acah - acah ramai kawan dan telefon aku berfungsi secara total. kalau tidak, aku akan mengulang scrolling screen phone sampai aku sendiri nak lempar dekat dinding. betapa tak ada apa lagi dekat situ. 

okay berbalik semula. sebelum jumpa memang dia kata dia terima semuanya. masa jumpa dia masih lagi kelihatan biasa. selepas dua hari, dia minta maaf atas kesibukan kerja. dan pada hari ketiga aku semak aplikasi untuk tengok dia dekat mana. aku rasa masa tu dia ada dekat GM. aku taktahu dia sedang kerja atau bersiar - siar. aku memilih untuk menulis nota panjang di whatsapp. ternyata dia hanya seen. betul apa aku rasa. penerimaan dia pada aku cuma dalam media sosial sahaja. bila jumpa, dia akan buang aku sama macam yang lainnya. 

tak guna bila, dia pandai bagi aku tazkirah tentang tuhan tentang qada qadar tentang semua manusia sama tentang yang membezakan kita semua hanya taqwa. bullshit bila ingat balik. aku cuma harap, kifarah tu datang dekat dia. ditinggal atas dasar muka dia yang tak seberapa sebagaimana dia buat aku, ditinggal atas faktor kerjaya dia yang biasa - biasa, atau ditinggal atas dia tak da harta! tak kisah lah mana - mana. yang penting dia rasa. 


KL Forest Eco Park Kali Kedua

Lepak KL Forest Eco Park : Entri Bergambar

ditakdirkan tuhan, aku berjumpa lagi dengan tasya untuk kali ketiga bulan ni. aku nak penuhkan impian dia. nak merasa ke kl forest eco park. haha. aku lupa yang dia pernah menangis naik cable car. jadi disini, bayar tiket cuma untuk duduk dibawah bukan di atas canopy walk tu pun. hahahha dasar tasyomad betul perangai. dia lebih rela naik bukit jauh - jauh. senata - mata nak view (jambatan separuh jalan), padahal kalau dia naik canopy walk tu (tinggi sikit + gayat) dia dah boleh dapat view macam view orang lain yang dia tunjuk dekat aku. 

Lepak KL Forest Eco Park : Entri Bergambar

oh lupa, sebelum ni aku pernah ke sini bersama boyfreng separuh jalan. korang boleh baca dekat sini: KL Eco Forest. so kali kedua ini lah, bersama kawan aku; tasya! tapi kali ini beza betul. kalau aku bantu dia jalan atas canopy, aku rasa aku yang stuck dekat atas tak boleh jalan. auto freeze. aku takut tinggi jugak macam dia. kalau tak ada orang pegang tangan aku, macammana aku nak jalan sendiri. hahaha. so tasya, gigih kita jalan dekat bawah dan cari jambatan paling rendah. so inilah hasilnya. aku letak beberapa gambar yang sama. kalau tak mahu tengok boleh skip laju - laju. aku letak sini untuk rujukan aku dimasa kedepannya hiks. 

so aku datang sini naik public transport. turun dekat lrt dang wangi dan naik grab sampai ke kl forest eco park rm5. 

Lepak KL Forest Eco Park : Entri Bergambar

Lepak KL Forest Eco Park : Entri Bergambar

lepak sini sekejap je. lepastu aku dan tasya pergi muaz. dia nak berbelanja tudung. aku ikut jela, belum gaji kan. hahahha. aku rasa macam tudung dekat situ terlalu banyak sampai aku tak tahu aku kena beli tudung apa sebenarnya. walaupun murah cuma rm5 rm10. tapi aku tak tahu nak buat keputusan. 

perjalanan dari lrt ke muaz, kami jumpa tempat menarik untuk ambil gambar. so yeah! hahhaa. ada beberapa gambar baru untuk aku simpan lagi. maklumlah, pkp menyebabkan aku tak ada gambar baru ya. 

Lepak KL Forest Eco Park : Entri Bergambar

Lepak KL Forest Eco Park : Entri Bergambar

Lepak KL Forest Eco Park : Entri Bergambar



The Linc KL

Lepak KL Forest Eco Park : Entri Bergambar

disebabkan waktu masih panjang, kami decide untuk lepak - lepak cafe minum latte. so kami pilih the linc kl yang kebetulan dalam tu ada tempat untuk ambil gambar lawa. so, sebelum cari cafe memang kami habiskan masa pusing satu bangunan dan setiap tingkat untuk tengok apa yang menarik dekat dalam. 

kabut juga, sebab tak tahu mana pintu masuk. takut nak masuk sebab macam bukan pintu. ni lawak. sampaikan guard dalam tu lambai panggil masuk baru kitorang masuk. punya lah noob weyh. 

Lepak KL Forest Eco Park : Entri Bergambar

Lepak KL Forest Eco Park : Entri Bergambar

so dalam linc kl ni takde buat apa pun. cuma berborak dalam cafe dengan secawan latte dan bergambar. jadi minta maaf sebab gambar banyak yang sama. harap tak rasa annoying ye. hiks. 

Lepak KL Forest Eco Park : Entri Bergambar

Lepak KL Forest Eco Park : Entri Bergambar

okay itu je rasanya. terima kasih tasya. paling banyak 'melukis' kenangan dalam lembaran hidup aku. semoga tak pernah bosan dan jemu! 

Post a Comment

8 Comments

  1. Akak pernah pi sini dengan anak dara akak..memang best amik gambar area ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. tp kalau dapat lalu jambatan tu best. ni tak leh naik sebab kaki berat! hahhaha

      Delete
  2. Cantik area, cantik tuan gambar :)

    ReplyDelete
  3. tak pernah gi kl forest park lagi. GV pnun gayat juga kalau duk jambatan camtu. huhu

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.