curee cafe |
pada hari aku berjumpa Cj's Family, sempat lah aku singgah jumpa tasya dan akid. kedua - duanya 'menginap' di kuala lumpur. disebabkan aku juga dari kuala lumpur, aku katakan pada diorang aku nak jumpa. kedua - duanya okay walaupun tasya sedang dalam waktu kerja. aku perasan yang aku ni suka menyemak dekat tempat kerja orang HAHAHAH. bukan diorang je, ada lagi orang lain. asal ah. aku terlalu tak guna ke?
aku rasa aku tak perlu perkenalkan siapa tasya secara lanjut. aku kenal dia dari zaman kolej 2014 sampai sekarang. terima kasih tetap tinggal dengan aku, hadap duka bahagia aku, jatuh bangun aku, hujan panas sama - sama sepanjang kenal. dia ni orang yang akan payungkan kau, waktu hujan lebat. yang sanggup basahkan diri sendiri demi memayungi orang lain, walaupun kadang - kadang dia kedekut payung. hahhahaha.
Tasya
cuma aku tak faham kenapa, wujud kawan - kawan dia yang xmahu berkawan dengan dia. padahal tasya ni antara golongan kawan yang kita semua patut ada. ah entah. tak faham aku.
aku sebenarnya jumpa akid dulu baru jumpa tasya. sebabkan aku malas nak ubah kedudukan gambar, aku start tulis pasal tasya jela dah alang - alang hari jumpa pun sama je.
so lepas aku habis lepak dengan akid, aku gerak ke bukit bintang sendiri dengan beg besar gajah ala - ala traveller kata ko. nampak normal sebab, di tengah kuala lumpur bawah beg besar gajah macam nak pindah rumah tu benda biasa. sebab aku pakai mask, aku tak segan sangat. yang penting mekap HAHAHHAHA.
aku lepak dalam mall tu (tempat kerja tasya), dari pukul 4petang sampai pukul 9malam kot. kitorang dari aku sampai, sampai ke sudah. memang gosip je weyh. cerita hal kehidupan, hati, hal - hal yang patut dibincangkan. rupanya selain dari rumah aku, ofis yang aku anggap rumah kedua, tempat kerja orang juga boleh jadi rumah ketiga aku barangkali. hahhaha.
oh aku memang letak banyak gambar dekat sini, senang nanti kalau rindu boleh baca balik. lepas 5 6 tahun, aku akan cari balik semua gambar ni memandangkan aku mugkin ada kebarangkalian untuk hilang gambar dalam telefon. jadi, blog tolong pegang semua rahsia dan galeri aku.
so itu je cerita pasal tasya. Akid
akid ni antara orang - orang yang "weyh jom lepak." -- "jom". senang dibawa berbincang lagi - lagi bila berdiskusi soal dunia. hahha kelas. aku kenal akid dari zaman sekolah menangah 2011 sampai sekarang. ni antara barisan kawan - kawan yang wujud pada kejatuhan dan kejayaan aku. diorang tahu aku.
waktu aku dipalau masyarakat, akid wujud untuk berkongsi warna supaya kenangan di zaman sekolah aku bukan warna hitam dan kelabu. akid antara kawan - kawan yang aku akan sayang sampai habis nyawa aku dekat dunia selain dari cyra, tasya, dhi dan beberapa lagi manusia lain.
aku habiskan masa dengan akid di curee cafee berdekatan times square. percayalah, bersembang dengan akid takkan pernah habis. aku rasa aku ni tak boleh nak ada kawan lelaki sebab aku tak sama macam orang lain. bila dengan akid, aku bebas jadi diri sendiri. aku tak perlu nak sorok diri aku, sorok itu sorok ini untuk terlihat sama macam orang lain, untuk aku tak rasa segan dengan keadaan diri aku.
gambar yang korang tengok dekat atas tu; dua dua sedap woi.
akid order japanese curry + macha latte tak silap aku. aku lupa makanan aku order. hahha. tapi ada perkataan avocado + latte.
okay tu je. sebab nak simpan gambar semata, aku wujudkan entri. hahhah.
model awak |
1 Comments
Salam, blogwalking here.:)
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.