CJ's Family di Genting

CJ's Family di Genting

terlalu lama aku mengulang jarak untuk kembali menulis disini. berkali - kali juga aku terlupa, ini rumah kedua tempat aku meluah rasa. aku disini semula, selepas mendapat beberapa content untuk ditulis. betapa aku selalu kehilangan 'jati diri' di kanvasdakwat. aku tak mahu menjadi seperti orang lain, aku cuma mahu jadi aku. kalau lah engkau faham. tentang apa yang ingin aku jelaskan, mungkin  lebih mudah. tapi tulah, aku tak pandai nak terangkan. aku takut, ada yang kecil hati. jadi cukuplah penjelasan aku yang tidak berapa jelas tu. hahha


Genting Hinghlands

CJ's Family di Genting

kalau kau ada baca entri aku sebelum ni yang menulis tentang gathering CJ, mesti kau tahu aku memang tak mau turut serta dalam acara perjumpaan ini atas alasan - alasan tertentu. atas alasan tertentu juga aku mengubah fikiran aku secara tiba - tiba. entahlah. aku takmau jumpa semua orang sebab aku segan dengan diri sendiri. aku tak nak orang merasa benda sama. entah bagaimana, permintaan aku yang kelihatan mengada - ngada telah sudi dikabulkan oleh semua orang. hiks. 

macam terharu juga bila mereka untuk kali pertama memilih 'ya'. aku taktahu kalau itu mungkin dibuat atas dasar keterpaksaan atau ikhlasnya ada. ada macam - macam drama aku wujudkan dalam group. tapi itu memang aku. dimana - mana pun aku akan buat benda sama. aku menguji kesabaran semua orang dalam menerima aku bagaimana. aku tak tahu kalau mereka semua mual. 


CJ's Family

CJ's Family di Genting

selepas beberapa bulan aku wujud dalam group whatsapp, semua sepakat nak buat acara bergambar atas tujuan kenangan bersama jersey baru. memilih tarikh 11 julai 2020 sebagai pertemuan kali pertama. aku tulis sini sebagai kenangan untuk aku, supaya aku juga takkan pernah lupa siapa yang pernah ada. 

ada hal - hal kecil yang buat aku akan selalu ingat semua orang sepanjang dekat sana. aku rasa itu cuma hal - hal remeh, hal - hal bodoh yang biasa orang lain buat. bagi aku, hal - hal macam ni aku hargai sangat. untuk orang macam aku, hal macam ini terasa sangat besar. aku anggap itu kebaikan yang diorang buat untuk aku. aku tak mampu balas, cuma tuhan je mampu balas kebaikan diorang. aku tahu tuhan selalu dengar doa aku. 

aku tak tahu nak cerita ke tak. HAHAH. nanti orang kata aku gelabah. kejap fikir. 

aku taknak lah cerita, aku macam segan. aku takut orang fikir macam "bapak lah weyh. normal lah benda tu, kau dah nak mati semua orang pasti akan tolong tanpa prejudis" (contoh ayat). aduh susahnya. takpayah lah cerita. aku cuma. babi lah. aku tak tahu macammana nak tulis. aku segan. k aku tulis sikit, supaya bila aku baca balik, aku akan ingat kenangan tu. something jadi dalam kereta masa dalam perjalanan nak naik genting. aku masih stranger aku kira, tapi diorang letak trust dalam diri masing - masing T_T sumpah weyh terharu. 

CJ's Family di Genting

aku cuma 'wow amazing' dekat friendship diorang bertiga yang mewujudkan aku dan sue dalam perjumpaan kali ini. ada drama - drama bodoh yang aku wujudkan sampai diorang kena mention 'kita ni dah macam family'. and it make me cry T_T. how the stranger become a family duh even before they are meet.

aku dengar benda tu dua ke tiga kali juga. sebab aku rasa aku tak normal dalam kalangan diorang. aku ulang - ulang ayat yang menyebabkan semua orang rasa nak sepak aku. dalam pada masa yang sama, diorang mention 'kita semua dah macam family' just to make sure yang aku akan cool down dengan apa yang aku rasa ketika itu. 

CJ's Family di Genting

taktahu. banyak kali dah aku rasa, memilih diorang dulu bukan satu kegagalan dalam hidup. taktahu nak cakap level bersyukur tu macammana. tuhan tu hari - hari terpaksa dengar aku cerita betapa aku bertuah kenal diorang semua (masa ni belum jumpa lagi. dah jumpa seribu kali aku rasa aku bertuah, tuhan susun hidup aku sebegini rupa).

cerita aku ni kelihatan bodoh seperti menambah perasa, tapi tak. aku jujur. aku rasa semua. taktahu ah, aku sayang semuaaaa orang. 

CJ's Family di Genting
CJ's Family di Genting
CJ's Family di Genting

semoga tuhan jaga semua orang dengan baik. semoga kita akan sampai bila - bila. terima kasih pada semua yang sudi terima kurang aku yang aku sendiri tak tahu ada berapa. terima kasih sebab 'jaga' aku dengan sue. terima kasih sudi jumpa. terima kasih sudi luang masa. terima kasih untuk semua hal - hal sederhana. 

Post a Comment

2 Comments

  1. Hal2 yang kecik harini, akan jadi kenangan manis sangat di masa akan datang nanti :)

    ReplyDelete
  2. semoga hubungan kita dengan semua kawan2/geng berkekalan hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.