Rasa yang Tak Berasa

Rasa yang Tak Berasa

ini cuma luahan rasa. aku sebenarnya tengah buat kerja, aku sibuk. tapi sebab aku ter mengadu dekat tasya soal hati. tiba - tiba je lah aku emosi, dengan selsema taknak stop nya, dengan hidung tersumbat sebelah nya. aduh pening kepala aku. 

aku cuma selalu persoal, apakah kekosongan aku ni tak berujung? entah. berat lah isu ni. isu ni paling mental aku nak sebati dalam diri. aku tak de pape istimewa yang buat orang sudi nak simpan aku. kadang penat kenal orang. kalau boleh taknak kenal sesiapa dah, tapi nanti kata tak ada usaha pulak. 

kalau sekadar berdoa bersungguh dekat tuhan tapi tak ada usaha pun macam tak guna. umpama macam berdoa rezeki bertalu - talu singgah, tapi kerja nya cuma bangun makan tidur. dengan harapan, tuhan akan mengirim utusan mengetuk pintu dan berbagi rezeki tanpa perlu buat apa - apa.  hahhaha. 

kalau ikut kata - kata orang beriman, cara terbaik menanti doa dikabul ialah bersabar. yela bersabar lah mungkin sampai tua barangkali. selebihnya diluka berkali - kali, kemudian bersabar lagi. sampai menuju mati. 

Post a Comment

3 Comments

  1. Bersabar, tapi yang paling penting bagi saya ialah Kuat Semangat. Sabar boleh kita sabar, tapi nak kuat semangat tu susah

    ReplyDelete
  2. GV doakan semoga akak sentiasa ceria, happy dan dapat apa diinginkan. InsyaAllah. Aamin.

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.