Cuti Habis

aku nak letak gambar dalam entri ni, masalahnya blog macam ada masalah. lama pula nak loading. selalu klik je dekat insert image lepastu from my computer then insert image, done! masalahnya loading lama macam nak kena connect dekat google drive pulak. pishang - pishang. actually aku punya view semenjak pkp memang drop teruk gile. aku akui yang aku dah jarang update semenjak pkp. malas menguasai diri lebih dari segalanya. aku banyak habis masa dekat handphone berbanding diri sendiri, eh. hahahaa. 

apa aku buat dekat rumah? makan tidur mandi ulang alik keliling rumah. hahaha. oh pkp ni memang aku cuti tak buat apa. ada la kerja sikit - sikit bos bagi. lepastu menunggu tugasan dari peserta jika perlu. dengar cerita minggu depan selasa dah kena masuk ofis. ah tak rilek dah hahaha. sebab terbiasa duduk rumah kan sekian lama. 

bayangkan lah, blog pun aku tinggal ini kan kerja, eh. haha. rindu nak kerja sebenarnya. aku kan selalu rindu ofis. ofis tu dah macam rumah kedua. 

oh aku ada cerita, beberapa hari lepas H call aku. macam biasa. mengemis cinta yang dah lama meninggal. kalau tak kenal H boleh scroll blog archive cari content tajuk H. orang kata aku bodoh sebab tak tukar no phone. kemon, takkan sebab seorang babi aku kena berkorban benda yang tak patut aku buat. no phone tu dah lama aku guna kot. dari zaman sekolah. biar dia yang berhabis duit beli no phone baru untuk contact aku. padan muka. 

pasal handphone aku tu, pandai betul dia saiko. dasar buaya tak kena dengan muka. tiba tiba je mention "saya terkilan bila beg kena ragut". OMG. OMG. satu - satu dia sebut apa ada dalam beg tu termasuk telefon aku yang dikatakan wujud dalam loker tempat bekerja.dasar betul dia tu. aku tak boleh betul orang macam ni. kalau membunuh bukan satu dosa, aku wajib bunuh orang - orang bodoh macam ni sebab menyusahkan segenap manusia. 

lepastu aku pantang orang nak ungkit 'kebaikan' aku masa aku dengan dia dulu. tu aku kata, masa ada tak dipandang. dah hilang baru rasa nak kenang. semua dah tak ada guna. dia patut sedar diri yang dia tu lelaki yang tak berguna dan patut berubah dari dulu. bukan sekarang. 

peluang? ah orang macam tu tak layak langsung diberi peluang. daripada perbualan ringkas aku dengan dia 30minit, aku tak rasa perubahan yang dia kata. aku masih rasa dia sama. masaih rasa dia tak guna. masih rasa dia suka memperguna. masih rasa dia suka saiko. masih rasa dia suka acah - acah tak tahu apa - apa padahal dalam kepala hotak dah lukis dah tulis apa je benda yang dia nak buat. 

oh aku dah improve diri aku. dulu dengar suara dia, boleh mengigil nak demam. now dah boleh kawal. dah boleh rilek dan dengar tiap apa penipuan yang dia ingin bicara dengan tenang dan maki secara sopan santun. hahahha. aku tak boleh lah berbaik dengan dia, hati penuh benci. aku malas buang biar kekal ada. 

ei benci betul aku menulis tentang dia. aku cuma harap tuhan tu adil dalam membahagi cinta dari manusia kepada manusia. bukan dia dimasa depan aku nanti. aku cuma taknak tiba tiba tuhan tu lembutkan hati aku untuk dia. kalaulah itu yang berlaku, aku lah paling ralat menjaga hidup dan kenangan aku untuk masa akan datang. aku lah orang paling gagal melukis bahagia sendiri. ya ya. bukan dia dimasa depan aku. 

harap sebelum aku mati, tuhan izinkan aku untuk rasa ruang - ruang bahagia bersama orang yang aku benar cinta dan terima aku apa adanya, terima seluruh kurang dan buruk aku tanpa rungut apa - apa. 

hmm. tu jelah. minggu depan kerja guys. dengan virus masih terbang lagi. ah entahlah. selamat bekerja minggu depan. huhu. okay lah bye. 

Post a Comment

3 Comments

  1. Huishhh.. jangan patah balik pada ex.. Risau benda bakal Berulang..virus yg merosakkan hari hari Kita....Huhu..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dah kerja balik
    hehehe

    ReplyDelete
  3. ohh ni mesti dah masuk kerja kan. selamat menjaga diri. betul tu, virus di mana2. hehe

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.