assalamualaikum bang korie. semoga tuhan merahmati abang hendaknya. dah lama sebenarnya nak tulis surat, tapi tak punya kekuatan. takut menulis dengan diiringi air mata. apa ya nak tulis. haritu banyak nak tulis, macam - macam.
pemergian bang korie begitu terasa dekat dalam hati. kenal dalam dunia blog. blog ni yang menyatukan kita semua sebenarnya. pergi trip sama - sama, bangun pagi muka basau sama - sama, busuk tak mandi pergi camping pun sama - sama. kan?
entahlah bang. pagi tu buka group whatsapp, dapat berita pemergian abang. tak tenteram rasa. buat kerja sambil nangis. dalam masa sama, ada kenangan yang berselang seli dengan muka abang. tak kuat.
walaupun kenal cuma sekejap, tapi kita semua pernah dekat. sebab tu kesedihan singgah dekat hati. tak memecahkan, tapi ketukan yang kecil pun mampu menjatuhkan air mata yang sedikit.
berita pemergian bang korie adalah satu kejutan. dulu waktu aku membenci diri sendiri, aku selalu tanya. agaknya macammana ya nanti kalau aku mati. ada yang tahu ke tidak? kawan - kawan sudi jenguk? ada yang kenal tak? ada yang ambil tahu dan iring aku berjumpa tuhan ke tidak.
berat rasa. secepat itu bang korie pergi.
waktu bang korie left group dengan alasan "undur diri sekejap". aku macam terdetik dihati. 'merajuk ke dia'. tapi sekadar terdetik begitu. tak pulak fikir jauh tentang ini. mungkin bang korie penat dengan drama dalam group kot. begitulah yang ku fikir.
terkilan sikit, sebab dah lama tak bersembang dengan bang korie. group whatsapp pun aku jarang masuk. selalu baca status orang - orang yang bakal pergi, tak sangka. jadi dekat bang korie.
bang korie orang nya disenangi. mulutnya banyak. peramah. senang bergaul. senang membantu. suka menyakat. yang pernah disakat tentunya akan rasa kehilangan yang tinggi. aku yakin.
trip aku ke pahang. naik 4x4 sekali dengan bang korie. bang korie yang tak pernah berenggang dengan kameranya telah menangkap foto aku untuk diabadikan dalam memori kamera bersama yuyin. itu yang sentiasa terimbas dalam fikiran bila nama bang korie disebut.
entah. bang korie sinonim dengan kamera dan bakeri pada pendapat aku. seorang laki - laki yang suka melukis bakatnya pada acuan - acuan kuih dan berkongsikan hasil karya nya kepada umum sehingga memiliki khaisya delite.
bang korie. semoga kenangan abang bersama orang - orang yang pernah kenal abang akan sentiasa hidup dalam diri mereka meski abang tak lagi ada disini. semoga abang baik - baik sahaja di sana. semoga perjalanan abang menuju tuhan dirahmati.
abang pergi disaat tuhan mengerti, kesakitan abang dah tak lalu ditanggung. dunia bukan lagi tempat abang. tuhan tahu, sudah sampai masa abang berehat. berehat menghitung kebaikan - kebaikan yang pernah abang kongsi dengan manusia sekeliling. semoga timbangan nya lebih baik dari semua. berehat lah bang. damai disana.
semoga ramai yang mendoakan kesejahteraan abang disana. semoga bahagia bang. tak ada lagi sakit yang abang tanggung saat disini.
al-fatihah bang korie.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.