Halal Crew di Bangi Golf Resort

Halal Crew di Bangi Golf Resort

akhirnya halal crew bagi batch yang pertama telah berlangsung dan berjalan dengan baik. sebelum ni aku pernah tulis mengenai halal eksekutif public dan juga halal eksekutif tajaan. boleh klik pada pautan yang disediakan. 

program ni telah berlangsung awal bulan 9 tak silap. tak penting. hahahhaa. yang penting ia telah pun berlangsung. aku sertakan sedikit gambar buat tatapan kalian. 


Program Latihan Industri dan Penempatan Pekerjaan 

program ni sebenarnya macam latihan industri. pernah tak praktikal lepas habis belajar? pernah kan? macam tu lah konsepnya. seminggu 7 hari. 1 hari kelas dan 1 hari kelas. selainnya ialah bekerja. kalau aku, aku seronok je. huhu. 

kenapa seronok? sebab masa aku menganggur setahun tak ada masa depan, aku pernah berkira - kira nak jadi housekeeping dekat hotel de art. serious weyh! tapi tak sempat merasa bila aku dapat panggilan temududa di tempat kerja sekarang. 

selalu bayangkan aku mengemas bilik - bilik disetiap tingkat. aku tahu penat, tapi boleh kerja 'main - main'. faham tak maksud aku? alaa macam kau kemas bilik kau lepas bangun tidur. sama macam kau tegangkan cadar masa duduk asrama. cadar yang paling tegang adalah cadar paling 'wow'. jap, terimbas kenangan duduk asrama pula. 

okay sambung. setiap minggu ada kelas, dan setiap kelas belajar basic knowledge berkaitan hospitaliti, food dan sebagainya yang berkaitan halal. dapat sijil okay. bukan biasa - biasa. aku rasa kos untuk dapatkan sijil dekat luar, beratus juga. bukan senang tau. 

nak pula program ni dapat tajaan. cuma tu lah. ada syarat pula. kalau tak de syarat, memang fullhouse la kan. hahahhaa. 

diorang ni semua praktikal di bangi golf resort. bagi jadual kelas dan jadual bekerja di department mana tu semua pihak bgr yang akan uruskan. 

setiap peserta ini akan mendapat wang biasiswa dari pihak zakat sebagai wang perbelanjaan sepanjang 3 bulan di sana. 

Temuduga Halal Crew batch 1

Halal Crew di Bangi Golf Resort

sesi temuduga telah berlangsung di halal academy sendiri dan juga di lembaga zakat selangor. banyak tapisan dilakukan demi mencari peserta dalam kalangan fakir/ miskin. aku yakin dan pasti jika sekiranya program ni dibuka kepada public, ramai yang nak turut serta. 


Hostel Peserta Halal Crew

selepas beberapa minggu tapisan dilakukan, akhirnya program pun bermula. semua peserta berkumpul di bangi golf resort. buat pendaftaran, sesi taklimat dan dibawa ke hostel. hostel yang di'bekal'kan ialah sebuah rumah banglo mempunyai beberapa buah bilik didalamnya. 

rumah peserta perempuan di blah kanan, peserta lelaki di blah kiri. jadual untuk pengangkutan adalah setiap setengah jam bermula 6.30 pagi tak silap. 

Halal Crew di Bangi Golf Resort

Halal Crew di Bangi Golf Resort

Halal Crew di Bangi Golf Resort
bilik yang selesa dan luas. ada penghawa dingin

Halal Crew di Bangi Golf Resort
hostel lelaki

Halal Crew di Bangi Golf Resort
kawasan sekitar hostel

kalau hari cuti pishang tak buat apa, boleh lah joging sekitar kawasan perumahan. lepak tasik seluas padang. ambil angin pagi dan petang. nampak macam 'terkongkong' kan diorang? hahahahhaa. tak weyh, dorang expert dari aku. lepak ioi okay. aku pun tak pernah sampai ioi tu. nak beli barang pun ada kedai. 


Kelas

setiap cikgu yang mengajar adalah dalam kalangan cikgu bertauliah yang diiktiraf. 

Halal Crew di Bangi Golf Resort

Halal Crew di Bangi Golf Resort
en aiman 

Halal Crew di Bangi Golf Resort
puan shira

Halal Crew di Bangi Golf Resort


Halal Crew di Bangi Golf Resort
puan hardiyanti

Sertai Halal Crew Batch 2

okay habis dah. hehee. jadi jom sertai program halal crew batch 2. jangan lupa share pada kawan - kawan yang memenuhi syarat dan kriteria seperti dibawah. jangan lepaskan peluang untuk memenuhi kuota ini. info lanjut mengenai sesi temuduga boleh rujuk poster atau whatsapp nombor dibawah.
Syarat: muslim
lepasan SPM (berumur 18 tahun - 25tahun)
dikategorikan sebagai asnaf (Fakir/ Miskin /Muallaf di bawah Lembaga Zakat Selangor)
boleh beri komitmen penuh sepanjang program

Hubungi nombor dibawah untuk maklumat lanjut :- 
017-3301261 (Hp)
Whatapp: http://bit.do/HalalCrewProgram

Pegawai LZS: 
Muhammad Izwan Sulaiman
(Jabatan Pengurusan Pendidikan, Divisyen Pembangunan Asnaf)
0 19-353 2186

Kelebihan Menyertai Program Halal Crew

  • pengalaman bersama industri
  • dari zero to hero
  • sijil Kursus Krew Halal (diiktiraf oleh Majlis Profesional Halal), 
  • sijil Kursus Pengendali Makanan (KKM) 
  • sijil Pengenalan kepada HACCP/GMP
  • makan minum, tempat tinggal, elaun disediakan
  • jaminan kerja bersama Bangi Golf Resort selepas tamat program


Halal Academy Info
alamat
13C-Level 3-Block 2,
Jalan Tinju 13/50,
Worldwide Business Park,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

no tel
03-55234554

emel
training@halal-academy.com

facebook
https://www.facebook.com/halalacademymalaysia/


Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.