Tajaan Eksekutif Halal untuk Pelajar Timur Tengah

Tajaan Eksekutif  Halal untuk Pelajar Timur Tengah


Peluang istimewa kepada Anak Selangor! 


selari dengan peningkatan pasaran halal dunia dan juga Malaysia sebagai salah satu peneraju halal global , ekonomi halal dijangka mencecah AS$6.4 trilion (kira-kira RM26.67 trilion) pada tahun ini seiring pertambahan populasi masyarakat Islam dunia iaitu daripada 1.8 bilion kepada 2.2 bilion penduduk menjelang 2030, sekali gus memberi peluang besar kepada industri terbabit (BH Online, 6 Dec 2018)

Selangor dengan kerjasama di bawah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,SUK telah mewujudkan inisiatif dengan penganjuran “PROGRAM INISIATIF KEMAHIRAN TEKNIKAL DAN IKTISAS SMART SELANGOR (IKTISASS)” yang dikelola dibawah Halal Academy.

selain mewujudkan tenaga kerja dalam bidang halal, peluang ini juga memberi penekanan kepada peningkatan keboleh pasaran para graduan bagi menceburi bidang halal lebih-lebih lagi bagi lepasan Syariah.

Syarat Kelayakan Tajaan Eksekutif Halal

1 - pemohon lahir di selangor ATAU ibubapa lahir dan menetap di selangor ATAU telah bermastautin di selangor lebih dari 11 tahun (dengan pengesahan) DAN;
2 - pelajar lepasan timur tengah DAN;
3 - belum pernah menyertai mana — mana kursus halal eksekutif samaada dari tajaan atau persendirian.
yuran: RM 1,000.00 (dibiaya oleh Selangor)
Maklumat lanjut atau sebarang persoalan, boleh hubungi :
http://bit.ly/HalalExecutiveMiddleEast
training@halal-academy.com

info Halal Academy : 
facebook : www.facebook.com/halalacademymalaysia
telefon : 03-5523 4554

Post a Comment

0 Comments