Hari Minggu Yang Panjang

Hari Minggu Yang Panjang
sumber: google

cuti hujung minggu adalah cuti yang paling diidam semua manusia, termasuk aku. cuti hujung minggu aku kali ini, adalah antara cuti hujung minggu yang paling membeban. mana tidaknya aku cuba sedaya upaya mengaplikasikan ini : cara menghilangkan rasa bosan, ternyata bosan aku tidak hilang. mari, aku kongsi sedikit aktiviti aku sepanjang cuti minggu lalu. 

Awal Pagi

Hari Minggu Yang Panjang
sumber: google

sabtu dan ahad aku melakukan aktiviti yang sama. jadinya aku lamsam jelah ye. senang kerja aku pun nak menulis. awal pagi (sebenarnya mengjangkau sepuluh atau sebelas) aku bangkit. benda paling awal aku capai ialah telefon bimbit yang duduknya hanya disisi bantal yang aku selitkan di sebelah. antara aplikasi yang menjadi pilihan untuk aku jenguk ialah facebook, instagram, whatsapp dan omi. jika perlukan id, hello hello je. hukhuk.

aku akan menolak skrin sehingga urusan aku selesai. jika ada yang perlu dibalas, aku balas. jika tidak perlu, aku akan metutup skrin dan menyambungkan telefon bimbit dengan wayar pengecas. aku biarkan seketika. 

seterusnya aku akan melipat kain selimut yang telah berjasa menutup keseluruhan badanku seperti 'seorang' mayat. oh untuk pengetahuan semua, begitulah cara tidur aku yang paling selesa. terbungkam dalam gebar malam. enak ~ 

minggu ini aku sedikit rajin. hari sabtu aku masakkan nasi goreng pedas yang telah direquest emak. waktu aku bangun, emak telah menyediakan ketulan nugget. memang menjadi kebiasaan aku, makan sampai kenyang baru buat kerja. begitulah. jika aku buat kerja dalam keadaan lapar, aku lebih banyak merungut dan bimbangkan perut yang sedang lapar. 

hari ahad pula emak keluar rumah awal. 

"huk huk." entah kenapa, beberapa minggu ni. aku kerap batuk seperti angin. sekejap ada sekejap hilang. aku masih mencari punca yang masih beterbangan. pagi ahad emak masuk ke bilik dengan harapan mahu meminjam beg bewarna merah hati kepunyaan aku. aku terbatuk kecil ketika emak masuk ke bilik. 

"bangun jela, dah batuk tu. tidur je."

aku seperti biasa, buat tidak tahu.


"nanti tolong angkatkan 'benda' (merujuk kepada kotak penyimpanan beg) ni. mak tak larat."
"okay mak."

selepas adik lelaki aku menghantar emak ke rumah kawannya (atas urusan marhaban), aku bangkit. waktu itu baru sekitar 9 pagi lebih sedikit. selepas melipat selimut aku ke singki mencuci gigi dan muka. aku mengomel sendirian melihatkan pinggan yang bersepah tidak berkemas. 

begitulah aku. kalau malas, malas betul. kalau rajin, rajin betul sehinggakan tidak ada ruang langsung bersenang lenang. selepas mengemas ruang dapur, aku mendapat idea untuk membancuh tepung. dalam fikiran aku sudah nampak bayang - bayang jemput kentang yang dimakan panas - panas. 

ternyata tidak ada kentang di dalam peti sejuk. aku hanya menggunakan tepung, bawang, ikan bilik yang diblend, cili besar, garam, dan sedikit kunyit buat kekuningan. jadilah hari ahadku berteman dengan jemput. aku makan bersama dua lagi adik kecil yang berumur antara 6 tahun dan 3tahun. 

jemur kain? malam selalunya urusan meletakkan hanger memang sudah langsai awal. jadi, aku berehat awal. aku terus sidai kain diluar kerana diluar panas terik. cuma sesekali seperti ada awan menjengah mahu berkumpul menurunkan hujan ke tanah. 


Tengahari

selepas urusan pagi aku selesai, aku ke kamar menilik telefon kembali. melakukan hal hal kebiasaan. menyentuh skrin dan tutup semula. terus aku mandi dan mandikan sekali adik aku yang 3 tahun tu. aku siap dan rapikan dia. kemudian aku mengemas rumah dengan cara vakum sahaja dan mop untuk lebih bersih. 

kalau ikut, rumah aku memang sentiasa tidak bersih. dua orang adik aku yang kecil hobinya memang mengumpulkan sampah. memang menjadi kebiasaan mereka, jika rumah kemas adalah tidak lengkap. mesti akan ada sedikit mainan di hujung sana, sedikit di sini, disitu sedikit sehingga rumah betul - betul kelihatan bersepah. kemudian, mereka akan tinggalkan ruang tamu dan bermain di bilik pula. hahhaha begitulah ya jika ada anak kecil. 

selesai melakukan urusan vakum dan mop, aku akan bersantai santai menghadap kipas untuk menghilangkan peluh yang bertapa sambil menonton televisyen. aku memang jarang masak tengahari jika hari cuti melainkan hanya tinggal aku seorang sahaja dirumah. hari itu, aku cuma menanak nasi sahaja. sejurus selepas itu, emak pulang dan masakkan kami semua makanan tengahari. 

selesai makan, aku vakum pula bilik dan susun barang yang bersepah. selesai itu aku main telefon semula dan habiskan masa menonton filem. jika bosan, aku akan menukar pula dengan membaca buku.

Membaca Buku



untuk minggu ini, aku habiskan masa dengan membaca buku 'manusia' terbitan dari fixi dan karya oleh mama regina ibrahim bersama fahmi mustaffa. buku ini terbahagi kepada dua bahagian. yang pertama adalah bahagian mama regina dan bahagian kedua pula adalah milik fahmi. 

bahagian pertama menceritakan tentang seorang perempuan yang kurang keyakinan diri. mungkin aku patut meletakkan diri aku di dalam watak tersebut untuk lebih bangkit dan jangan lagi rasa gagal hidup.

bahagian kedua pula, adalah kisah fahmi yang telah diberikan sebuah manuskrip oleh mama regina. dan kisah kisah semasa di amsterdam. mungkin aku akan ulas di dalam entri seterusnya. tapi jujur, aku tak pandai menulis review buku. hahaha. macamana eh? 

waktu malam aku mengulangi lagi membaca buku diselangi menonton filem, makan, dan menghabiskan masa dengan media sosial yang semakin membosankan. 


oh lupa, hari sabtu aku ada buat ala - ala photoshoot gitu untuk kempen shopee. hari ahad aku buat boomerang. tapi masih belum post dekat mana - mana media sosial sebab masih menunggu approval dari pihak atasan shopee. hee. 

Hari Minggu Yang Panjang
acah - acah model pan


malam tu, aku masuk bilik dalam jam 10 ke 11 begitulah. dan oncall dengan sesiapa sehinggalah mata aku betul - betul mengantuk. 

ternyata sabtu dan ahad aku sangat panjang untuk dihabiskan kerana tidak ada yang menarik untuk dilakukan. 

Post a Comment

3 Comments

  1. model pan pun cantik bebenor tu...

    ReplyDelete
  2. sabtu ahad hari yg perfect utk bermalas malasan hehe

    ReplyDelete
  3. I think my weekend was a long one too. Tak pergi mana and just duduk dalam bilik and keluar bilik sebab nak makan and main dengan anak buah. And after that berlingkar balik atas katil. But hopefully this weekend would be a little different.
    May you have a great week !

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.